Friday, December 30, 2011

cerita anak-anak saya

Entri ini adik saya yang cadangkan untuk saya tulis. Kata dia mesti best. Tapi saya rasa, saya dh hilang skill untuk menulis. Hari ini saya mencuba.

_________________________________________________________________________________

Korang mesti tahu iklan, yang wardina dengan anaknya (saya tak sure anak dia ker tak, tp iklan tu budak kecik comel tu anak dia la kan). Iklan yang citer pasal magnet tarik besi tuh. Iklan susu tu, tapi saya lupa susu aper. Nk google pun malas. Hehehehehe...

[[[[Eh jap, selingan. Saya selalu berangan nk jadi ibu cam wardina tuh, boleh cerita ngan anak2 pasal magnet tarik besi. Pasal sains. Saya nih, nk cerita pun tak pandai. Berkaitan sains pula?? Adoiiii. Kalau itu skema pemarkahan seorang ibu, maka gagal la saya. Nasib baik tak. Phewww... Phewww..]]]]

Ok, back to track. Ingin saya memperingat kepada semua sebelum kalian terus membaca. Bagi sesetengah orang ini cerita mungkin diaggap belagak. tapi bagi saya, ini cerita mengharukan hati saya sebagai seorang ibu yang tak bijak untuk cerita pasal sains. Haihhh..


Nota untuk gambar : Ini pose maksu suruh buat kan fatih? Kata mak su special untuk mak der yang jauh dimata...

 Ini cerita berkaitan saya dan empunya yang dalam gambar di atas. Cerita bermula dengan kenakalan nya yang disokong penuh oleh ayahnya. Okey, stop! Kenyataan itu tidak adil. Ayat yang lebih adil adalah, ayah dia suka sangat menggalakkan dan membelikan kereta control utk fatih ni. Ahmad fatih pulak, dari tak tahu apa2, sampai sekarang dah pandai main. Pandai la juga menggerakkan control car nih kedepan dan belakang. and yang paling tak tahan, seme tempat dia nk lalu, termasuk bawah kabinet2 saya.

So, one day, dia telah menggerakkan kereta nya ker bawah kabinet tv saya, pastu oleh kerana sifat keibuan saya yang melonjak-lonjak (chewahhhh.. padahal saya serabut), saya pun usahakan la menghulurkan tangan saya untuk mengambil kereta tersebut. Sementara ayahnya pula, cuba mengontrol menggunakan remote supaya kereta tu blh keluar. Tapi malagnya usaha kami, tidak berhasil, tak sampai dek tangan dan juga kereta tersebut telah terlekat pada wire2 yang beselirat kat bawah kabinet tuh...

Tiba-tiba...

Dengan machonya.. datang la ahmad fatih.... Taraaaaa...

Dengan pistol airnya yang telah rosak.. (Panjang juga pistol ni. Dah byk kali saya pikir nk buang pistol ni, sbb dia selalu acah nk pukul adiknya ngan pistol tu).

Menunduk didepan kabinetku, lalu memasukkan pistol tersebut ke bawah kabinetku, lalu menolak kereta tersebut keluar dari bawah kabinet tersebut dengan jayanya....

Senangnya.

Terus saya amik n peluk n cium dia. And pada masa yang sama, terus saya teringat kat iklan wardina ngan anaknya tu.. Terharu saya. Bijak juga ahmad fatih ni. Barangkali sel-sel dalam otak dia dah bersambung2 mcm dalam iklan tu kut... hahahahahhahaha... Byk sgt tgk iklan saya nih...

Ok la, tu jer la... Sblm bontot saya ni kembang lagi. Tak der org puji pun saya kembang sendiri. Bangga dengan pencapaian anak2. Ya ALLAH, aku tidak bermaksud untuk riak. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan ku di alam maya ini.

Jap, jap. Tu saya cerita dia nakal kan. Tapi gambar kat bawah ni saya nk tunjuk dia masa masuk hospital hari tu, drug overdose kata doktor. Tapi ntah la. Saya tak mahu cerita byk. Itu detik paling menakutkan saya. Traumanya masih terasa hingga ke hari ini.Sampai demam2 saya. Saya share gambar jer ya...

Nota untuk gambar : Eh, ni adik kesayangan ahmad fatih... heheheh, mesti kena letak gak.. Lagipun masa di ward, adik, ayah dan ummi setia tido di hospital meneman abg. 

Nota untuk gambar : Ni masa di ward dah, dah ok alhamdulillah, cuma doktor monitor blood pressure n nadinya...
Nota untuk gambar : Sedih kan? Bila dia nakal saya asik marah jer kat dia, tapi bila dia sakit, saya jadi tak keruan. Serba tak kena dibuatnya.... :( 

Nota kaki entri keibuan ini : Kata maksu, fatih jadi macam tu sebab khasiat susu ibu. Nak tahu kenapa? Fatih masih lagi breastfeed! Melampau kannnnn???

Keluh kesah diri ini....

Saya sekarang sebenarnya tengah betul-betul jadi seorang pemalas. Malas nk pikir aper nk buat kat opis. malas nk pikir aper nk masak hari2. Malas jua nk pikir apa nk taip untuk entri disini. Puas sudah saya cari puncanya, tapi tak berjumpa.

So apa yang saya buat hari2? Jawabnya, saya ikut flow sahaja, apa perlu, saya buat, apa penting, saya dahulukan. Apa yang nak, saya usahakan cari. Ikut jer... Kalau flow mcm terhenti saya pun terhenti, silap2 saya terhantuk. tapi bila terhantuk saya tak sedar pun, cuma saya akan rasa sakit seminggu kemudian. By that time saya akan kata "Eh, bila terhantuk ni, sakit la". Lepas tu dah. Layannnnnn...

Teruk kehidupan sebegini. Semangat tak der. Motivation zero. Hepi? Sedih? Boring? Tensen? Ntah. Saya pun tak tahu beza dh what those feeling feels like. Sedih kan life saya. Xper la, malas pikir dah.

Cuma sekarang, saya sedang belajar untuk banyak bersyukur. Bersyukur atas apa yang saya ada. Kesihatan. Keluarga. Pekerjaan. Rumah. Makanan. Minuman. Segala yang saya ada. Saya tahu apa sahaja yang telah ditentukan untuk saya adalah yang terbaik.

Mengeluh? Saya selalu mengeluh. Tipu la kalau saya kata saya cuma tahu bersyukur. Sudah tentu saya tahu mengeluh. Malah selalu. Sebab itu la saya kata saya sedang belajar untuk bersyukur. Mungkin juga sebab saya sudah letih mengeluh.

Nota kaki entri tak berkesudahan ini : Saya tahu, apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Itu saya konfem!!

Thursday, November 17, 2011

GENETIK

Ramai yang kata wajah mereka berdua mengikut genetik wajah saya.. Dan syg tak boleh konfemkan yg itu..
Namun apa yg saya pasti kesiriusan itu adalah genetik ayah mereka.. Heheheh. Tak percaya??? Ini buktinya....

Monday, November 14, 2011

NO PAMPERS

Selalu sangat dah saya cerita perihal anak2 kepada kalian semua. Walaupun kekadang saya rasa kalian pasti boring membaca hal berkaitan anak2 saya, tapi apakan daya, itu la sahaja benda yang saya menarik dan wajar nk dikongsi bersama. Perkara2 lain saya kurang pandai nk share, bukan apa, kehidupan saya ni simple sangat, tak banyak yang menarik nk dikongsi.

Sejak dah jadi ummi kepada 2 orang bujang ni, kehidupan saya memang dipenuhi oleh mereka sahaja. Suami? Of course la memenuhi juga. Tapi kan, tak boleh cerita banyak pasal dia, dia kan pemalu.. Hehehehe...

Back to my lovely sons... Hari ni sebenarnya nk share perasaanku yang berbunga kembang berkaitan perkembangan anak2.. dah lama juga saya cuba usahakan fatih supaya tak perlu pakai pampers lagi. Dah 2 thn 8 bulan, dah besar utk pampers pada saya. Tapi ahmad fatih ni anak yag manja dgn ayahnya. Dan ayahnya pula setiasa rasa anaknya kecik lagi... Lagi2 pada waktu mula2 saya declare NO PAMPERS for fatih tu masa dia baru 2 tahun 2@3 bulan camtu...

So waktu, bila fatih mandi ngan ayah dia jer, pasti hari tu pakai pampers la fatih... Lagi satu, pada permulaan peringkat tak pakai pampers ni, budak2 akan selalu buang air. Ada la dalam 15 minit sekali. Sampai tak cukup la seluar fatih. Sampai hampir putus asa dan kepenatan la mengemop rumah, saya n maid... Nk marah pun ada. Tapi saya usahakan juga...

Dan sekarang, usaha saya berjaya. Fatih dah boleh kuar shopping dari pagi ke malam tak perlu pakai pampers lagi. And, diapun dh pandai nk kasitau saya bila nk buang air. Saya bangga dengan anak saya. Biarpun org kata, dh lambat sebab dah 2 thn 8 bulan pun umurya, tp saya tetap bangga dengan dia... At least itu satu pencapaian utk dia. Dan saya tak lupa cakap terima kasih kat dia, sebab dia cakap kat saya bila dia nk buang air.

Bukan apa, ahmad fatih dah lama juga boleh bercakap, tapi ntah kenapa bila nk buang air, berat btl mulut dia nk ckp.. Kekadang temper juga saya dibuatnya. tapi itu lah anak2.. Itu la juga ahmad fatih yang buas nya super extra...


Nota untuk gambar : Nakal kan dia???

Sebelum saya tutup cerita panjang lebar saya ni, saya nk share juga proses "NO PAMPERS" step by step utk ahmad fatih ni. Mungkin juga boleh jadi panduan untuk ibu2 lain yang x nk anak dia pakai pampers lagi :

Step 1 : 1st few weeks :
Fatih asik2 buang air every 15 minutes. Kalau kurang minum susu every 30 minutes, tp kalau baru lepas minum susu 10 minit pun ada... Kena sabar kay. And kena sedia byk seluar.

Step 2 : After sebulan.
Dia dh pandai schedule every 30 minutes camtu. Cuma kekadang ada gak la tersesat.. tapi masih tak boleh bagitau lagi. Cuma kita kena pandai la timing bawa dia ke toilet utk buang air... Peringkat awal ni memang kita la yang kena jaga timing. Utk nk ajar dia kan...

Step 3 : After 2, 3 months.
Dah boleh tahan sampai dua jam. tapi kekadang terlepas juga. Banyak2 sabar ya. Pastu timing tu kita juga yang kena jaga. masih juga kita yang kena bawa dia ke toilet...

Step 4 : 4, 5 months
Dah normal buang airnya. Macam kita. Sehari 2 atau 3 kali. Dah pandai tunjuk sign bila nk buang air. Tp masih mengharap kita utk bawa dia ke toilet. Harap dia, sanggup lagi basah seluar. Pastu baru kasitau " Ummi, fatih kencing". Tensen!!!

Step 5 : After 6 bulan
Dah pandai cakap nk buang air.. Yeaaaa.. Tahniah fatih... Terima kasih sayang...

Nota untuk gambar : Dh besar pun anak ummi...

Moral of the story, kita la yg kena banyak bersabar, kerana warna-warni proses itu banyak turun naiknya...

Nota kaki entri ini : Bila fatih dah berjaya camtu, tetiba ayahnya bersuara "Faris bila lagi nk start tak pakai pampers???" Boleh??? Hurmmmmmm....




Wednesday, October 12, 2011

Bila Faris mula bereksperesi...

Rasa2 adik pikir aper tu ya??
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 10, 2011

Sambil Makan Strawberi cicah coklat....

Hehehehe....

Seronok seronok seronok...

Walaupun harus pergi bekerja ke cameron highlands dan mengorbankan weekend, namun hasilnya berbaloi. Sempat menikmati udara sejuk serta panorama indah di puncak bukit. Yang penting kerja dilunaskan dan kemudian, mari kita makan strawberi cicah coklat.. Hola!

Hurmmm, pasal kerja tak mau cerita, sebab nanti bila cerita muka jadi ketat kerana laporan lawatan masih belum pun dimulakan... Put it aside 1st. Hari ini, mari kita sama2 menikmati cerita indah keenakan strawberi cicah coklat di atas bukit cameron highlands (Eh betul, bila dah sampai KL, dah lain pulak rasa strawberi tu).

Bukan nk cerita pasal strawberi sangat, sbb gambar makan strawberi pun tak sempat snap, mungkin sebab sedap sangat kut... Hehehehe... Yang benarnya, saya bukan la orang yang pandai merakamkan detik-detik indah sebegitu, kecuali mengukirnya dihati... Maka disini hari ini cuma nk share jalan-jalan saya di cameron highlands bersama orang-orang tersayang... Jom.. Tak banyak sangat pun, cuma beberapa keping...

Di ladang strawberi kepunyaan orang melayu yang saya rasa sangat bersih...

Nota untuk gambar : Yang kutip strawberi 2 orang jer, yang lain sibuk nk amik gambar...

Nota untuk gambar : Nampak tak muka bersungguh dia??

Nota untuk gambar : Yang ni lagi la bersungguh2...

Nota untuk gambar : Mereka memang bersungguh2 kutip strawberi, bukan berlakon okey...
  
Nota untuk gambar : Mereka memang bersungguh2 bergambar, bukan kutip strawberi okey... Hehehehehe....

Okey, next mari kita pegi Teh Boh Plantation Resort minum teh....

Nota untuk gambar : Kata fatih "Sedapnya O O"

Nota untuk gambar : Adik yang sememangnya tak pernah reti duk diam...

Nota untuk gambar : Hurmmm... Ummi sorang jer yang sibuk nk amik gambar, yang lain jaga hati ummi jer tuuu..

Kemudian kami ker kea farm untuk beli sayur-sayuran. Namun oleh kerana ahmad fatih dan ahmad faris yang sama sibuk beli sayur maka langsung tak terpikir nk amik gambar...

Eh, eh, terlupa lak, otw back dari Teh boh plantation kami sggh di cafe Bharat, bukan minum pun, cuma untuk tukar driver n co pilot... Ayah dah letih bawa kat jalan yang pusing2.. Jom tengok new set of cabin crew...
Nota untuk gambar : Proudly present, our new pilot.... ADIKKK...

Nota untuk gambar : Since ABANGGG dah senior, jadi co pilot cukup supaya boleh guide adik...

Dah la, dah la... Dah banyak sangat gambar. Dah letih korang nk layan... Aper pun, walaupun sekejap sahaja perjalanan kami, dan tak ke mana pun lawatan kami, tapi sangat enjoy okey... Yang penting bersama mereka semua...

Eh, eh, mana nya makan strawberi cicah coklat ni???? Hehehehehe..

Nota kaki entri ini : Alia, thanks ya, sebab alia tumpangkan kak ros maka mereka yang saya kasihi ni berjaya naik ke atas... Thanks alot  alia  n hubby serta azizi yang comel sebab tumpangkan auntie...

Thursday, September 29, 2011

Its Wednesday.. But its with sentences...


Nota untuk gambar : It's a lovely breakfast box from my sister. Tacing.. Tacing.. Tacing giler. Walaupun ai ni kakak yang garang n bila marah suka cakap yang bukan2, still dapat breakfast comey ni dari dia...
Adikkk... Adik tahu kan, tanpa breakfast box ni pun angoh sayanggg adik sangat sangat sangat...


Tuesday, September 27, 2011

Dua bujangku...

Ntah kenapa, dua hari ni rasa macam nak cerita pasal anak2 pulak... Hurmmm, itu pun penyeri hidup seharianku...

Semalam saya berusaha gigih menyiapkan blueberry cheesecake dengan anak2 bujang saya, fatih and faris... Apa saya buat dia mesti nk satu, apa saya rasa dia pun nk rasa... end up, dia yang jadi juri segala masakan saya. Adik dia pulak, bila tengok abg sibuk rasa dia pun sama la sibuk kan... Atas keperihatinan fatih dan faris yang sibuk nk jadi juri masakan saya la, maka saya terfikir entri ini...

Nota untuk gambar : Konon tolong ummi jaga adik.. Tapi dia sibuk ajak adik tolong ummi kat dapur. 

Apa sebenarnya saya nk cerita pasal fatih???
Saya sebenarnya nak share rasa terharu saya dengan kelakuan / perangai ahmad fatih yang sangat tahu menghargai.. Kenapa saya cakap macam tu? Saya kasi contoh jer la, nk buat karangan nanti panjang pulak.

Contoh 1 : Ayah suap nasi pada dia... Dan selepas setiap suapan dia akan kata ...

Fatih : Terima kasih ayah....

Contoh 2 : Dia sibuk nak rasa apa yang saya masak.. Kemudian saya tanya, "Sedap tak?"

Fatih : Sedap. Terima kasih ummi...


Contoh 3 : Bila dia nk nenen dia akan kata (Ini bila dia good mood la)

Fatih : Ummi, fatih nk nenen boleh?
Ummi : Kejap boleh, ummi kasi adik dulu.
Fatih : Boleh, terima kasih ummi.

Tapi kalau time badmood :  Fatih nk nenen la ummi. Nak jugak...

Cukup la kut tiga contoh, banyak2 nanti tak abes nk khatam... Hehehehe, tp sesungguhnya dengan setiap terima kasih yang keluar dari mulut dia, saya sangat bahagia...

Ahmad faris pula? Ada yag menarik kerr?
Entri sebelum ni kalau ada yang perasan saya kata faris ni demam pun tidak. Tp sebenarnya faris ni ada satu penyakit lain yang sangat merisaukan saya...

SOY ALLERGY.


Bunyi macam allergik biasa jer. Tp masa first time dia kena, abes merah n bengkak satu muka dia. Itu takper, insyaallah saya blh handle, sbb fatih dulu pun mcm tu. Tp apa yang sangat merisaukan saya adalah, dia akan restless and hard to breathe.Dan masa first time dia kena tu jugak, sampai kuning dah faris ni satu badan...

So, bila ke hospital, doktor sahkan itu SOY ALLERGY dan memang itu la akan jadi apabila baby tersebut consumed smth yang ada soya. So, hampir seme makanan baby ada kandungan soya. Jadi ahmad faris ni, sangat cerewet pasal makan. Dia hanya boleh makan makanan yang saya masak jer, makanan segera saya sendiri was was nk kasi... Makanan segera baby yang ada kat pasaran almost 80-90% ada soya...

Macam mana n bila SOY ALLERGY ni akan diatasi???
Macam mana tu kena trial and error.. Bila itu juga kena trial and error. But it'll goes, just the matter of time and i've to do trial and error selalu.. Which is, buat saya fikir seribu kali nk buat... Sanggup ker tengok buah hati pengarang jantung saya tu sakit? Adooiiiii, lotih den mikir...

So kesimpulan nya untuk ahmad faris ni adalah, dia tak boleh makan blueberry cheesecake semalam, sebab apa? Sebab dalam cheese ada kandungan soya yang tinggi. Sangat tinggi actually.. Kesian kan???

Nota kaki entri ini : Melihat anak-anak membesar dengan pelbagai kerenah itu sangat membahagiakan...

Monday, September 26, 2011

AHMAD FARIS ASRI

Sebetulnya, saya tak pernah buat entri untuk ahmad faris ni kan... Hari-hari duk pikir, "kena buat nih, at least satu"... Bukan apa, takut nanti bila dia dh besar n tahu baca belog mak dia, dia kata mak dia tak sayang dia lak... Hehehehe, hurmmmm, bebudak sekarang ni tak leh nk predict pemikiran dia...

Ok la, lets start.. Tak kenal lagi kan ahmad faris saya yang hemsem tuh... Ok, mari mari mari, saya introduce...

Nota untuk gambar : Tengok kaki kecik dia sure la comel... Hehehe... Sajer bagi good impression dulu... But dont ever judge ahmad faris by his feet..
Ahmad faris ni sebenarnya adalah seorang anak dan adik yang  SANGAT baik.. Susah nk merengek walaupun sakit. Kekadang saya pun tak sedar dia tak sihat. Redha jer aper abg dia buat kat dia. Kalau dia menangis tu maksudnya dah sakit sangat la tu...

Ahmad faris ni seorang yang sentiasa mengalah dengan abg dia. Kecik2 pun dh nampak tau.. Dia kalau nampak abg dia nk manja ngan umminya, dia pandai cari keje sendiri untuk bagi abg dia manja2... Tapi jangan berlebey ok, kalau tak nanti dia tarik rambut abg dia...

Ahmad faris ni kalau tengok saya sibuk n dia merengek lapar susu, pastu saya kata tunggu jap, dia akan diam and buat keje lain sampai saya bagi susu... Betul2 memahami walaupun masih kecik.

Ahmad faris ni cepat dalam segala hal, 2 bulan lebih dah boleh meniarap, masuk 4 bulan dah boleh merangkak, and now dah masuk lapan bulan, dah sibuk memanjat sana sini and dah boleh berjalan sambil berpegang pada sofa, coffe table, dinding and apa2 yang ada disekeliling... And senyap2, dia dh boleh seme ni, tak pernah merengek tak pernah demam...

Namun begitu, walupun dia baik dan mengalah, dia lah anak yag aktif nya tak tekejar, lajunya tak tercapai, tapi senyap sorang dia jer... Sedar2 seme dia dh boleh buat... And dia sebenarnya, sangat la manja dengan caranya yang tersendiri...

So, proudly present, AHMAD FARIS ASRI...

Nota untuk gambar : Ini gambar yang paling seksi dia ada... Itu pun maksu yang amikkan..
Nota kaki entri ini : Faris, UMMI SAYANG FARIS SANGAT-SANGAT tau...

Tiap kali cerita pasal anak-anak, air mata saya pasti mengalir....

Wednesday, September 07, 2011

Nek ma


Nek ma with cucu cucu tersayang...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 06, 2011

Nota buat diriku

Assalamualaikum wbt,

Ingin ku tulis nota buat diri sendiri, agar suatu masa nanti dapat ku singkap masa-masa silam dalam fasa kehidupanku. Dalam setiap fasa, ibarat sebuah persinggahan di sebuah pelabuhan. Kadangkala indah, damai berlagu riang, kadangkala bising dengan hiruk pikuk kehidupan, kadangkala jua kosong tanpa sebarang pengertian…



Namun itulah sebuah perjalanan, turun naik suatu kehidupan. Tiada yang lebih hebat merancang selain yang MAHA ESA. Namun kita sebagai hambaNYA sentiasa harus bersyukur, sentiasa juga harus bersedia, sentiasa menerima dengan redha, kerana setiap yang berlaku telah ditentukan, dan sesungguhnya apa sahaja yang DIA kurniakan telah DIA ketahui bahawa kita mampu mengharunginya…



Cuma..

Cuma yang membezakan bagaimana kita mengatasi, bagaimana kita menguruskan setiap dugaan yang datang. Itu jua penilaian yang dibuat olehNYA. Itu juga pemarkahan yang dicatit oleh hulubalangNYA. Berjayakah kita di akhir perjalanan itu? Atau mungkin kegagalan yang kita pilih? Mengapa harus dipilih sebuah kedukaan di pengakhirannya?



Yang pasti, kita punya pilihan yang lebih baik. Pilihan yang kita sendiri telah maklum jalan serta liku-likunya. Itulah sebuah kehidupan, dimana kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Pilihan yang kadagkala, malah selalu, mengaburkan penglihatan mata hati kita.



Walau apa jua yang kita huraikan, pastinya penghuraian yang terbaik adalah dari yang MAHA ESA. Carilah kerana semuanya ada, tinggal usaha yang menentukan kejayaan sesebuah pencarian… Moga kita semua ditempatkan di dalam golongan yang diberkati dan dicucuri rahmatNYA.



Nota kaki entri ini : Nota ini kutulis agar suatu masa ia menjadi peringatan buat diri ini bahawa landasan yang disediakan telah jauh kutinggalkan.

Monday, September 05, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Nota untuk gambar : Raya terindah di hatiku...

Tiada kata yang ingin kuucapkan kecuali :

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang membaca dan mengenali. Seribu kemaafan kupohon andai ada kelakuan, perkataan serta gurauan yang berkesan dihati. Halalkan jua atas segala yang diberi atau termakan.

Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga...

Nota kaki entri hari raya ini : Banyak yang ingin kuceritakan... namun mcm biasa, masih dalam perancangan.. Ampun yaaaa, panjang betul perancangan saya.

Wednesday, July 20, 2011

Blurrr...

Dah lama sangat saya tak update apa2 entry diblog saya ni. Idea banyak. Merata saya duk rangka untuk buat post. Tapi setiap kali itu lah, saya rasa saya bermasalah untuk habiskan karangan saya tu. Ada yang bila saya baca nampak mcm tak tahu apa cerita, ada lagi intro citer lain, tengah citer lain, pastu dah nk tutup tak tau nak citer aper pulak..

Saya macam blurrr jer..

Pelik..

Tak reti nak buat ayat...

Soooo, bila seme ni ada, maka karangan tersebut akan jadi ntah2 apa2.. Kiranya kalau karangan budak sekolah tu, cukup la 300 patah perkataan tetapi, isi takder... Hahahahahaha... nampak sangat saya penin...

Memang pun. Saya memang penin. Tapi kaann.. Tak tahu pening aper.. Hahahahaha..

Nota kaki entri ini : Saya duk risau takut skill saya membuat laporan telah hilang sebab ada kawan yang kata, menulis blog ini adalah satu cara kita untuk improve our writing skill. Huhhhhhh...

Wednesday, July 06, 2011

@ Dynasty Hotel

Alamak.. Tersend la pulak. So assume entry td tu salah.

Saya berada di dynasty adalah kerana kerja. Bekerja ditempat baru menuntut lebih byk masa di luar berbanding di pejabat.

Kalau dulu mungkin seronok dapat kerja di luar, tp bila skrg dh selalu kena keluar byk juga implikasinya kpd kerja2 di pejabat. Byk yg terpaksa ditangguh... Byk juga yg tergendala.

So, moralnya. Bersyukur la dengan semua perkara yang ada disekeliling kita.. Insyaallah setiap apa yg telah ditetapkan adalah yang terbaik utk kita..

ALHAMDULILLAH.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@ Dynasty Hotel

Buat aper kat dynasty hotel??? Hurmmmm, sesajer buang masa kat sini. Hehehehe..

Xder la. Keje kat dyNasty skrg. Jd tea lady kat cni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 14, 2011

@ Pusat Angkasa

Being work at my new office I'm no more a mech engineer. I've to cover evrth. So what I'm now???

Hehehehehe,TODAY I'm in space development team. Interesting huhh?

Nota untuk gambar di atas : Replika of Razak Sat and antenna
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Demoralized

aku sesangat demoralized saat ini. Tak tahu kenapa tapi aku masih tercari2. Masih bingung. Mungkin kerana terlalu penat bekerja tanpa henti minggu yang lalu...

Tapi, apa alasan pun aku btl2 demoralized. I need somth to cheer me up or to motivate me.

Hurmmmm, I need to fresh me up..

Nota kaki entri ini : ...... I am DEMORALIZED!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 10, 2011

Jus Alfalfa Wheatgrass

Tetiba rasa nk berkongsi minuman yang membantu saya menambahkan susu badan. Actually alia yang kenalkan jus ni pada saya. setelah mencuba alhamdulillah membantu.

Korang mesti tanyer, sure ker membantu? Camaner tahu ianya membantu... Alaaaaa, korang beli jer la, tak mahal pun kalau nk dibandingkan dengan susu formula, tp outcome nya pada anak anda dan anak anda tak boleh dibayar dengan duit. Kalau tak caya cuba tengok entri alia yang ini, siap ada gambar and harga.

Untuk menjawab juga persoalan rakan2 sekalian, bagaimana saya tahu ianya membantu adalah kerana saya mengalami bengkak susu ya kawan2, walaupun setelah 4 bulan umur ahmad faris sekarang... Wahhhhh, ayat sungguh skema. Hehehehe... Betul!! Last saya kena bengkak susu adalah masa dalam pantang hari tu, itupun sebulan pertama kelahiran jer, lepas tu dh tak der sehinggalah sekarang setelah 2 minggu saya amalkan minum Jus Alfalfa Wheatgrass.

Oleh itu kawan2, marilah kita beramai-ramai menyerbu ke Jusco Hypermarket dan membeli jus ini. Mari mari mariiiii.. Eh cup!! Sila pause sekejap.

One more thing, makanan2 tambahan ni kekadang berkesan ikut badan seseorang tu juga. Ada yang okay dengan makanan ni ader yang tak, ikut kesesuaian sistem badan juga. Maka kalau korang tak try, korang takkan tahu ianya berkesan ker tak. Tapi kalau korang dah try and tak berkesan, pesan saya yang pertama, jangan marah saya... Yang kedua, jangan putus asa mencuba, banyak lagi makanan atau minuman tambahan utk tambah susu i.e : shaklee punya supplement pil. or,  Fenugreek (boleh beli di farmasi GNC Live Well) or mata kucing kering yang direbus buat air (boleh dapat di kedai ubat cina) or air lobak putih (boleh buat sendiri, tapi bau dia sangat tak best) or macam2 lagi. Cuma sesuai atau tidak jer. Betul tak alia?

Okay Play semula.. Mariiiii, kita pergi jusco. Lagi pun tengah sale sekarang ni... Hehehehehe..

Nota kaki entri ini : Korang kalau dah pegi jusco, sila fokus ya kawan2. Jangan yang nk dibeli jus alfalfa, tapi yang dibawa balik benda lain.... Hehehehe..

Friday, June 03, 2011

Breast Feeding Part 2... Menyusu ketika mengandung.

Ingat lagi tak entri saya yg ini. Alaaaaa, yang berkaitan breast feeding tu la.. Hehehehe...

Sedar tak sedar saya dah menyusu 2 tahun 3 bulan 3 hari... errrrr, cam salah jer tu.. kiranya sama ngan umur ahmad fatih la. Non stop, walaupun saya mengandungkan ahmad faris dulu, ahmad fatih tetap menyusu. Dannn sepanjang perjalanan itu, banyak turun naiknya, pelbagai jua komen yang saya terima dari pelbagai jenis orang. Tapi, saya tetap menyusu. Bukan bertujuan nk memanjakan ahmad fatih, atau cuba membuktikan saya boleh, tp saya betul tak sampai hati nk berhenti menyusukan ahmad fatih waktu itu... Saya pernah cuba, tp teresak menangis ahmad fatih... Sayu tahu hati saya sbg seorang ibu...

Nota untuk gambar : Dulu masa saya mula menyusu, puas saya adjust untuk kasi baby selesa ngan positionnya. tapi sekarang, piece of cake jer semua position kat atas tu.. Hahahahaha, tumpang lalu, saya berlagak kejap ya..
(sumber gambar : http://www.apsh.kpjhealth.com.my/Breast-Feeding-Twins-article-4444.html)

Okay, hari ni saya cuma nk share beberapa perkara yang org tanya@tegur@pesan kat saya apabila saya mengandung dan menyusu.. antaranya :

1. Kata orang : Ishhhh, bahaya tahu mengandung pastu menyusu pulak.
Jawab Komen Saya (sebab saya senyum most of the time org tegur saya) : Hurmmm, jawapannya, sila tanya doktor O&G anda, i'm sure, they'll give u the right advice. Apa yang saya tahu, betul merbahaya, sbb bila baby menyusu boleh sebabkan contraction, so blh sebabkan premature birth. Tp kalau anda mempunyai uteres yang kuat, maka anda boleh teruskan menyusu. Insyaallah dengan izin ALLAH, tak der apa2. Tapi ingat, please ask opinion@advice dari orang yang lebih tahu dan sila makan makanan yang berzat mengikut diet yang betul.

2. Kata orang : Uishhh, mengandung pun menyusu? Tak cukup zat baby lam kandungan tu nanti.
Komen saya : Alhamdulillah, dengan kuasa ALLAH ahmad faris dilahirkan sihat walafiat, 3.19kg. 3 months plus dah boleh meniarap... ALHAMDULILLAH.

3. Kata orang : Uishhh, minum darah dah ahmad fatih tu. Cacing nanti.
Komen saya : Alhamdulillah, setakat ni belum lagi dan moga-moga ALLAH lindungi anak2 saya dari segala penyakit2 yang merbahaya tuh...

4. Kata orang : Ni menyusu ni, merbahaya ibu mengandung ni, nanti tak larat nk bawa baby sampai 9 bulan. 
Komen saya : Alhamdulillah, ketika saya mengandung kan ahmad faris, tak banyak kerenah diri saya, selain dari kepenatan. 

Saya bukan nk menggalak sesiapa menyusu ketika mengandung atau nk berlagak kata saya ni boleh buat apa sahaja, cuma saya cuba nk katakan mitos2 tu kadang2 bukanya semuanya betul. Tapi bukan nak kata salah dan mengarut. Orang2 tua ni menasihati berdasarkan pengalaman mereka, jadi tak salah kalau kita dengar apa nasihat diarang. TAk salah juga kalau kita nk ikut. Tetapi, kita juga perlu ingat bahawa semua pun terjadi dengan kuasa yang MAHA ESA. So, setelah berusaha, berserahlah kepadaNYA. Isyaallah, dia akan permudahkan apa yang betul, dan akan berikan petunjuk jika ada yang salah...

Nota kaki entri ini : JIka anda betul bertekad untuk susukan anak2 anda, insyaallah akan dipermudahkan olehNYA.


Thursday, June 02, 2011

Remote Astro

Sepanjang melalui proses pembesaran ahmad fatih ni, banyak benda yang terkorban. Contohnya, pinggan mangkuk kesayangan saya, pelbagai jenis remote, botol miyak panas, ubat gigi, periuk belanga saya pun kemek dijadikan drum, dan macam2 lagi la...

To cut the story short, antara operation expenses (OPEX) yang pasti adalah pembelian remote astro. Dah jadi cam consumable items la kiranya remote astro ni. Mana taknya, asik terkorban dek penangan ahmad fatih. Tiap bulan mesti kena beli satu. Semuanya bermula bila dia boleh berjalan, kira2 waktu dia berumur 11 bulan macam tu...

Bila dia boleh jalan = dia boleh capai barang sendiri = dia boleh try baling barang sendiri = dia boleh sorok barng sendiri = macam2 lagi la yang dia rasa interesting utk try test dan menggembirakan hati dia. So, benda yang dia paling selalu baling adalah remote astro tu la. So, kalau saya kata dia sekarang dah umur 2 tahun lebih, korang rasa berapa remote astro saya kena beli??? BETUL.. BANYAK jawapannya, saya pun tak kira.

Mula2 saya ngan suami geram gak la, tengok remote dibaling pecah... Kekadang tu kalau tak pecah akan dibaling sampai pecah la. Kira baru puas la hati Ahmad Fatih bila tengok benda tu pecah. Yang bijak bestari nya dia, kalau saya assemble balik yg pecah tu kasi dia main, langsung dia tak layan. At the end yag elok juga yang dicari and dibuat main...

Tapi kan, yang ni la satunya2 remote astro yg bertahan, which is husband saya beli RM7.90 kalau tak silap. Dah tak terkira berapa kali ahmad fatih baling, sepak cam bola, pijak and lompat atasnya, tp masih lagi ok, walaupun keadaannya sebegini......


Nota untuk gambar : Remote ni sekarang ahmad fatih pun dah boring nk baling... Dia tengah belajar guna lak sekarang. Mungkin balingan nya sia2 belaka... Hehehehehe
Remote ni kan, betul2 banyak berjasa pada ahmad fatih, yang tak original lagi tu.. Dah berapa kali bederai dah remote tu. Dia layannnn jer ahmad fatih. Sebuah remote yang penyabar. Harap2 dia akan bersabar melalui satu lagi proses pembesaran hero saya iaitu, ahmad faris.

Nota kaki entri ini : Ahmad Fatih, entri ni ummi memang buat khas untuk ahmad fatih, supaya bila nanti ahmad fatih dah besar and ader adik kecik, jangan marah adik tau, tapi bersabar jer tengok remote tu pecah.. Cam ayah ahmad fatih bersabar ngan ahmad fatih.

Father & Son

Satu kaedah penting untuk menidurkan anak kesayangannya...

Nota kaki : Entri ini dan entri sebelumnya adalah percubaan mengepost blog menggunakan telepon.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

IMG-20110429-00096.jpg

Ahmad faris in bed..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aku yang blur...

Satu pagi yang hening...

Dimulakan dengan hari tanpa tujuan..

Melalui satu jalan yang penuh dengan dugaan..

Melayan pikiran yang kosong sepanjang perjalanan..


Tiba sudah di destinasi tujuan...


Namun masih mencari di mana diri berada..


Dalam sinar mentari pagi yang indah...


Aku masih tetap kosong...

Masih tetap mengikut aliran...

Tanpa dapat fokus pada satu tujuan...

Friday, April 29, 2011

Ikhlas kah kita membantu???

Lately suami saya sibuk tolong orang sana sini sehingga kurang masa di rumah. Ya la, dah la balik dari opis pun dah dekat pukul 9 mlm, pukul 9.30 mlm dah janji jumpa orang lagi.. Adoiiiiii... Mengeluh la saya... Hehehehe, standard la saya kan, biasanya dah kena marah baru puas hati n belajar memahami keadaan...

And kali ini husband saya tak pulak marah di atas sikap saya yang mengada2 tu, sebaliknya bila saya mengeluh dan bertanya :

"Naper la abang rajin tolong orang memalam ni.."

Jawab dia rigkas dan padat :

"Bila menolong abang berniat, supaya dia segera lepas dari kesusahannya dan selepas itu dia dapat beramal dengan ALLAH SWT dengan sempurna."

Apa ya jawapan yang sesuai untuk menjawab kepada jawapan suami saya..

Saya jawap apa? Hehehehe, dah mati kutu saya dengan jawapan itu. Lalu saya pun.........

Tarik tangan suami dan cium tangannya seraya berpesan

"Bawa kete baik2 and cepat balik yaaa..."

Nota kaki entri ini : Saya tak pernah terpikir untuk berniat begitu apabila menolong. Itu kah definisi ikhlas yang sebenar???

Thursday, April 28, 2011

Bila anakku dah dua...

Ramai kawan-kawan yang lama tak jumpa bila jumpa kata saya dah kurus... Letih ke kerja tempat baru soal mereka?... Hurmmm.. Sebetulnya, kurus bukan sebab kerja sangat, tp penyumbang utama adalah 2 hero saya dirumah....

Jadual kerja masih sama, cuma mungkin lebih sikit dari dulu... Tapi bila anakku dah dua ni, kerja dirumah lebih sket... Contohnya..

Bila anakku satu,
Balik susukan dia terus ke dapur masak, sblm kul 7.30 dah siap masak, lepas masak dah boleh mandi.. Lepas mandi and sembahyang dah blh mkn, by 9.00 paling lewat dah boleh golek2 berehat...

Bila anakku dua,
Balik susukan anak yang ke-2 dulu sementara tggu yang pertama balik dari taman. Dia balik susukan dia pulak... By 7.30 baru siap susukan dua2. Sembahyang dulu, baru ke dapur masak.. Pukul 8.30 mcm tu baru siap masak, nk terus naik tetiba ada pulak yang menangis nk susu lagi.. Susukan dulu. Tengah menyusu, suami tercinta dh balik kerja.

Nota untuk gambar : Dah dua anak sayaa....

Tengok muka dia yg keletihan, kesian pulak so terus ajak makan dulu. Makan2 sambil berborak aktiviti harian, dah pukul 9.30. Relaks kejap lepas makan sbb kalau mandi terus nanti perut buncit, dah pukul 10 pulak.. naik atas tak boleh terus mandi kena amik turn sorang2 sebab sorang kena main2 ngan anak2 yang dua... Hehehehe..

So, at least paling awal pun pukul 11 mcm tu baru blh golek2.. Tapi baru nk lelap, tapi ehhh.. terlupa nk kena susukan faris supaya dia tido. Faris tido, fatih pulak ajak main dulu. Nk terus tido kesian pulak ngan dia, so main2 jap ngan dia.. Kejap punya kejap at least 12.30 baru la dia tido..

 Esok kul 5.15 pagi jam dah bunyi.. bangun masak katanya, nanti ahmad fatih nk makan aper?? Hehehehe.. Siap masak, pam susu pulak untuk ahmad faris... Baru la blh mandi and siap pegi keje.. (Tu belum citer tgh mlm at least dua kali bangun susukan ahmad faris...)

Macam tu la kitarannya untuk 5 hari seminggu, 20 hari sebulan...

Eh cuppp.. Ada lagi...

Bila anakku satu,
Boleh la tggl anak yang tgh tido, and kita blh rehat2 atau buat keje lain...

Bila anakku dua,
Anak yang kedua tido, masih kena perhatikan yang no. 1. Kalau tak nanti, tanpa disedari yang no.1 dah elok terbaring dalam baby cot sebelah yang no. 2... Tak ker letih tu bekejar dari luar ke dapur untuk jenguk dia setiap masa. Pernah la sampai hangit goreng ikan.. Hehehehehe...

Eh, cuppp lagi.. banyak lagi kalau nk cerita.. tapi sebetulnya, itulah buah hati pegarang jantung saya dan suami. Walaupun kami berdua keletihan tapi berbaloi-baloi tengok anak membesar depan mata..

Nota untuk gambar : Setiap hari saya pesan, "ummi ngan ayah keje fatih jaga adik ya..."

Nota untuk gambar : Setiap hari saya pesan "nanti adik cepat besar boleh main ngan abang ya"

Seronok sebenarnya punya ramai anak walaupun sepanjang perjalanan itu banyak cabaran dan dugaan yang kita perlu tempuhi...

Nota kaki entri ini : Harapan saya, agar saya dan suami dapat menjaga amanah ALLAH ini sebaiknya...

Tuesday, April 26, 2011

Eczema

Nota kepala entri ini : Entri ini saya tujukan khas buat objek dalam gambar entri ini. hahahahahaha, saya sedar saya kelihatan kurang waras melalui ayat di nota kepala entri ini...


Sebut pasal eczema, saya rasa macam saya, family dan eczema sangat dekat antara satu sama lain.. Bukan la saya ni suka kan eczema, tapi sebabkan eczema ni la suami saya sampai kata ;

"tak per sayang, nanti, bila abang dah kaya akan abang bina satu hospital betul2 kat depan umah kita ni..."

Hahahahaha, itu adalah tanda meter ketensenan dia dan habis limitnya... Bukan aper, dulu masa ahmad fatih dia selalu kena eczema... anak 1st kan, standard la saya... Saya dah memang kalut orangnya, ditambah lagi pengalaman pertama ada anak ni, terover la sket, pantang sakit sket, klinik, hospital, klinik, hospital, klinik, hospital... Hehehehehe.. Saya OVER dan saya tahu itu... Tp saya cuma concernkan kesihatan fatih waktu itu...

Ok, so bila saya dah biasa dengan ahmad fatih, maka skrg bila ahmad faris pun kena eczema saya dh blh relax sket, dah boleh handle situation sket.. Hurmmm.. Hurmmm... (Itu bunyi deheman berlagak yaaaa sebab saya dah makin coooollll.... Hahahahahaahah)

In fact saya dah ambil precaution dari awal lagi,,, Bantal dia dah antimites, baju dan kelengkapan dia seme dah digosok, dan macam2 lagi la.. Tapi, apalah perancangan kita manusia ni kalau dibandingkan perancangan ALLAH SWT.. Maka dgn itu, faris pun dapat la eczema juga... Dan semalam saya ke klinik, dan saya pun dah tahu krim apa akan diberi oleh doktor kepadanya,,, Dah siap hafal nama krim tu... Krim tu ibaratnya dah jadi sebahagian dari family saya... Hahahahahahaha...


Nota untuk gambar : Owwhhhh, METASONE hidup kami pasti sepi tanpamu.. Hahahahahahahhahahahahahahahhh..
Moga ALLAH lindungi anak2 saya. Aminnnn..

Nota kaki entri ini : Sila rujuk nota kepala entri ini.

Monday, April 18, 2011

Saya rindu kamu semua.... :(

Assalamualaikum wbt...

Ini entry saya tulis khas buat kawan-kawan lama di ofis lama.. Saya sangat rindu dengan korang semua. Sirius.. Saya menangis ketika menulis entri ini dan saya tak malu mengaku... Saya betul rasa sendiri disini... Tanpa kawan2 tanpa sesiapa... Terasa disisihkan, terasa bodoh, juga terasa rendah diri...


Nota untuk kamu yang dalam gambar : Saya rindu kamu semua dan detik-detik itu...
Bukan bermakna mereka disini menyisihkan saya atau memperbodohkan saya atau merendah2kan saya.. Mereka semua baik disini. Cuma keadaan disini membuatkan saya rasa begitu.. Saya rindukan gelak tawa kamu semua.  Saya rindukan gosip kamu semua. Saya rindukan gurau senda kamu semua. Saya rindukan gangguan dari kamu semua. Saya rindukan kamu semua.... Tak jumpa lagi yg macam kamu semua disini..  Terasa macam mula2 saya masuk JKR dulu, keseorangan tanpa teman... Susahnya saya nk sesuaikan diri disini..

Letih sudah rasanya ditransfer kesana kemari.. Moga ada yang terbaik menanti didepan nanti. Dan saya yakin pasti apa sahaja yg ALLAH telah rancang untuk saya itu lah yang terbaik untuk saya... Doakan saya ya kawan2...

Fara and Ina...

Rinel and Zul

Nota kaki untuk kamu semua : Saya rindu kamu semua sangat2. Korang sihat tak? Percaya la, saya perlukan kamu semua tika ini...

Nota kaki entri ini : Buat adik2 saya ditingkat 20. Saya juga rindukan kamu semua. Tapi puas sudah saya cari gambar kamu semua.. Kita tak pernah bergambar bersama kan? Sedihnya saya.... Tiada kenangan yang dibawa bersama.. Ketahuilah, bahawa kamu semua banyak mewarnai kehidupan saya... Thanks dayah, elly n merry...

Tuesday, April 12, 2011

Dari Sisi Seorang Lelaki Part 2

Korang yang lelaki jgn judge saya by the title of the entry jer.. Saya nk citer perkara baik pagi ni ok.. Ini adalah kerana saya melihat pengorbanan seorg bapa di tepi highway pagi ni.. wah!!! Bunyi mcm mereka berjuang di tepi jalan.. Hahahahaha..

Saya yang sebenarnya dilahirkan dengan satu pandagan yg skeptikal terhadap lelaki. Mengapa? Ikhlasnya jawapku, DULU saya tak pernah jumpa lelaki yg saya rasa saya blh bergantung dgn mereka. Pesimis kan saya dulu-dulu???  (SEBAB TU SAYA KAWEN LAMBAT.. HAHAHAHAHAHA)  Tp itu la hakikatnya. Dan kalau ader pun lelaki yag saya btl respect, that was my grandpa.. Bersusah payah, mengayuh basikal menghantar saya ke sekolah di umurya lewat 50an ketika itu.. Dan dimana saya sekarang ini pun adalah kerana dia.. 

Ooooopppps, jgn cpt menilai saya, saya memang pesimis, tp tak der la bermakna saya terus tak suka lelaki. Saya dikelilingi oleh ramai lelaki. Ini adalah kerana bidang yang saya ceburi lebih dipelopori oleh lelaki. Its feel gud to be here, i mean among them, being challenged by them, work together with them, joking with them, But after all, they've their own quality inside them, which changed my perception by now...

Panjangnya intro, but that was a typical me.. Hehehehehe...

Hurmmm, utk korang yg rasa lelaki ni semenya jahat, korang silap... Kalau saya ckp cthnya suami saya nanti macam riak pulak, walaupun saya bersyukur ada seorg suami yg tak pernah kenal erti penat dalam membantu saya dalam melakukan semua kerja, dari hal rumah sehingga la ke membesarkan anak.. A million thanks to him... Which i know still doesnt enough to express it that way, but, still, "thankss abanggg"...

Mengarut lagi.. Adoiiiiii.. Fokus!! Fokus!!! Fokusss!!!!

Ok, pagi ni sedang saya sbk mencilok ke kiri jalan, terlihat la olehku, seorg bapa mengangkat keluar seorang anak, dari kereta.. Saya terus melihat... Dia kemudian, mengangkat seorg lagi anak keluar dari kereta,

"kembar" detik hatiku;

Kemudian dia meninggalkan anak2nya disitu, dan terus bergerak ke bahagian tempat duduk depan kereta..

"Uishhh, biar benar, kang tak pasal anak dia lintas jalan camtu jer, tak ker naya" detik hatiku lagi, sambil terus melihat;

Dan, dia terus dgn aktivitinya mengeluarkan seorg lagi anak dari tpt duduk dpn yg aku rasa dalam umur setahun lebih... Di dukung anaknya yang itu, dan dipimpin yg dua lagi ke sekolah.. Hurmmmm, terkelu aku disitu, sambil keretaku terus melepasi sekeluarga td..

Sempat ku jeling, "oowwwh, isterinya mesti dah ke tpt kerja lebih awal ni" fikirku bila kulihat keretanya kosong...

See, lelaki sekarg dah pandai tolong isteri, dah boleh ringankan beban isteri... They r not the conventional type like before.. Mereka bukan lagi lelaki yang hanya tahu duduk bersilang kaki dan tunggu seme siap depan mata. Bersyukur la, dan berpandangan baik la kita perempuan2 ni terhadap mereka. Cuma kita sebagai isteri jgn la byk komplen atas pertolongan mereka.. Biarkan jer mereka lakukannya cara mereka, at least mereka membantu bukan.. dari kita komplen, baik kita berterima kasih dengannya. Tak ker itu mengeratkan lagi hubungan kita suami isteri...

Selalu kaum-kaum wanita ni akan kata "Alaaaa, diarg ni tak tlg pun tak per, lagi diarg tlg lagi menambah keje kita, lagi serabut almari kita, lagi bersepah dapur kita... ". Dan mcm2 lagi laaa. Camtu la lebih kurg ayat dia... Tp kita kena ingat lelaki ni, kalau itu lah caranya kita berterima kasih pada pertolongan mereka, nescaya, cukup tiga kali mereka tolong, lepas tu pasti mereka tak nk tolong lagi...

Korang mesti ingat saya sekarang dah pro lelaki. Tak der la mcm tu.. Cuma pada saya, tak salah kita bertolak ansur. Kalau kita nk mereka paham kita, apa kata kita yang mulakan paham mereka dulu. Tak rugi pun... Kalau kita dah saling memahami, saling bertolak ansur, makin ringan la beban kita sekeluarga... Itu la sisi seorang lelaki. Ego mereka kan tinggi.... Mestilah orang lain yang kena mula dulu... Heheheehhehehe...

Eh, eh, mesti ada yag kata. Pompuan pun ada ego apa... Saya setuju!!! Tapi konsep yang ingin saya cadangkan disini adalah, kita saling memberi dan menerima.. Kerana utk saling memberi dan menerima, harus ada yang memberi terlebih dahulu. Dan dari pandangan saya, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tak gitu???

Nota kaki entri lelaki ini : Dont ever set a limit in watever helps we ask from man... Let them do it as their own way.... Because, that is best DARI SISI SEORANG LELAKI.

Nota untuk gambar : Tak ker sejuk mata memandang, tengok lelaki yang penyayang mcm ni... Haaa, apa lagi, mari kita mula tanamkan rasa tolak ansur dalam diri kita...

Wednesday, April 06, 2011

New office..

A few days behind i got a sms from a good fren asking about my ofis.. So, here it is. Nothing special, but good enuf for me to start a new process on learning and adapting a tough job here...

Nota untuk gambar : This view is exactly behind my ofis..

And this is much more interesting...

Nota untuk gambar : Its a lake, and you know it and please ignore the manhole. Heheheheh..

So, if any of u r coming here, please drop by my ofis okay, i wanna ask u all to cruise at the lake together.. Nice eh. Lets try together...

Nota kaki entry pejabat ini : I'm feel small here, very small.. Hurmmmm, still need time to adapt alots of new thing...

Monday, April 04, 2011

Anak2 Ku

Just a quick once since i've to go out after this... Let me introduce my new baby.. Walaupun tak der la "new" maner but its still new. Urat2 yang kembang pun masih belum kuncup2 lagi.. Masih lagi terasa sakit badan ni sekali sekala akibat meneran sepenuh tenaga pada 24 Januari 2011 yang lalu.. (Itu cara terbaru ya memberitahu bila dia dilahirkan.. Hahahahahahaha)

Ok, straight to the point.... Let me introduce, AHMAD FARIS BIN ASRI.



Eh, cilap cilap... Camaner blh silap donlod nih... Hehehehe,sajer2 jer.. Itu la AHMAD FATIH BIN ASRI yang dari hari ke hari makin hemsem tapi YA ALLAH aktifnya tak terkejar dek saya...

Kay la kay la.. Mari la saya perkenalkan sekali lagi adik kesayangan ahmad fatih iaitu ahmad faris... Proudly presenttttt......

........... AHMAD FARIS BIN ASRI

Tembam tak? Tak????? Hurmmm, seme baju abang dia yg umur 4, 5 bulan dia dh blh pakai tau... Tak caya?? Kay la, mari saya zoom dekat sket, utk lihat ketembaman dia...



Tak nampak lagi tembamnya dia?? Camtu lain kali la saya upload lagi gambar dia.. Nak keje pulak, ni pun dah kira lambat start nih...

Nota kaki entri pertama ahmad faris : Seme gambar tak der "nota untuk gambar". Lets the picture talk itself...

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...