Friday, April 30, 2010

3 Idiots

Dah lamer saya tak tengok cerita hindustan. Selain daripada chentaku dirumah mengharamkan cerita hindustan, saya sendiri merasakan yang cerita hindustan sekarang ni tak semenarik dulu.. Dah takder lagi tau tukar2 10 pasang baju sepanjang nyanyian, tak der lagi lagu2 yang best macam "mere churiyaaaa"... Hahahahaha....

Nota untuk gambar : Saya amik gambar ni disini. Korang baca la kat sini pasal cerita ni sket2. Tu kira macam saya promote. Sila tonton ya bapak bapak dan ibu ibu sekalian... 

Okayla, dengan penuh harapan didada agar chentaku tak membaca blog saya pada hari ini, maka saya isytiharkan hari ini sebagai hari "3 Idiots". Citer hindustan yang berherokan Amir Khan serta pelakon lain seperti karena kapoor dan, lain-lain yang tidak dapat dinyatakan disini kerana saya tidak kenal mereka tapi lakonan mereka dalam citer ni best.

Saya nk promote dengan mengatakan yang saya nangis tengok citer ni. Tp tetiba teringat kata kawan2 seuniversiti saya dulu.."Rosma ni tengok gerak khas pun nangis"... Kihkihkihkih... Tp saya tak pernah nangis tau tgk gerak khas.. Tapi citer ni memang best, bukan citer cinta tp cerita persahabatan dan bagaimana sebuah persahabatan mempengaruhi kejayaan dalam kehidupan. Tapi cinta ada gak la, tapi sket sangat dan cute pula tu...

Wahhh.. saya adalah seorang promoter yang memang tak tahu nk promote produk saya, sebab itu saya tak boleh join jualan langsung (Sila amik perhatian kepada sesiapa yg buat MLM, saya bukan target  yang bagus untuk diajak berbisnes sebegitu, so abaikan saya).

Dah la. saya tak mahu promote lagi. Sila la tengok. Cerita ni sangat best. Percaya cakap saya, eh silap, percaya la pada tulisan-tulisan saya ni. Cerita ni memang best... Hurmmmm, kalau saya cerita sinopsis disini, ianya akan jadi novel pula, maklum la, saya kan ada sindrom terror membebel. Tengok ya, janji ngan saya kay.. Anda akan ketawa, menangis, gembira, terharu dan pelbagai rasa lagi sepanjang anda menonton citer ni nanti walaupun 3 idiots ni banyak berkisarkan pasal engineering tau... Banyak innovation yang berkaitan ngan engineering ditunjukkan lam citer ni...

Nota kaki entri hindustan ini : Terbayang zaman muda-mudi diuniversiti dulu. Sibuk mengelap airmata dan air hidung sehingga habes sekotak tisu sambil menonton cerita Kuch Kuch Hota Hai. Itu belum cerita bagaimana sanggupnya sampai ke dewan exam lambat sebab tonton cerita Winter Sonata.. Kihkihkihkih... Seronok oooo, sampai sekarang rasa thrilled nya...

.................

Hari ini suami saya dijemput ke Shah Alam.. Ada tanggungjawab yang harus dilunaskan atas arahan yang tiba-tiba diberikan. Tiada apa yang hendak dinyatakan, cuma ingin mendoakan yang terbaik untuk nya.. Moga dipermudahkan segala urusannya oleh ALLAH SWT.

"...Dan tidakkah diperakui bahawa Tuhan yang menciptakan langit dan bumi berkuasa mencipta semula manusia sebagaimana yang diciptanya dahulu? Benar diperakui, Dia berkuasa. Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila menghendaki sesuatu hanyalah berfirman: "Jadilah!" Maka jadilah ia.Maka Maha Suci (Allah) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada- Nyalah kamu dikembalikan." - Surah Yasin Ayat 80 - 83


Nota kaki entri ini : Saya sebenarnya tiada mood nk bekerja atau memulakan apa-apa sahaja tindakan. Mungkin kerana memikirkan, adakah ini sebenarnya langkah pertama yang akan suami lakukan untuk terus maju ke depan dalam bidang yang tak pernah saya impikan untuk dia ceburi... "Baik abg pergi main golf. Walaupun berjam-jam lamanya, sekurang-kurangnya sayang tak risau begini..."

Wednesday, April 28, 2010

A motivation

I have a freind, a very good freind. And yesterday he called and its normal when he called. But yesterday, he sounds demotivated. But, that was actually normal too... And since it is normal, so there come an idea on writing an entry for him. A entry that full of courage, motivation, inspiration and all the positive things that will bring him a new spirit on his so called "loved job".

So, this is for you and i hope each time when u feel urself demoralized because of anything, u can always google to my blog and read this entry. Dont take it wrongly, u can alwiz call me but maybe sometimes i cant be there for you, so this entry will alwiz replace me. Or may be, its boring to listen to my bla bla bla bla bla or so called "leteran", so this entry will be a very short, precise and straight to the point but will've full of inspiration.


Wahhhh..Bunyi gempak giler pengenalannya... Hahahaha.. (Separator..)


I alwiz told you, "u r the best in the making". And don't ever forget that, because that was the key of your success. Why??? Because that was a long journey on making the best in this world. And along the way, u'll faced alots of thing, sometimes there is joy and happines but almost of the time u'll fall down and u've to get up. Why?? Because u r on the way to be the best among the best. Nothing goes easy along that way. And please, dont take to long to get up, otherwise others will left u behind..

U alwiz make a comparison to others, which is good, but please dont do it if it'll give you a negative impact. Why??? Because u r already good and of course everybody are better when u start looking at them but not at  urself. So, start looking at urself, find ur own quality, improve n polish it till u feel urself better than others.Remember this, everyone have their own quality but not everyone know how to polish it. Or u r one of them???



Wahhh, inikah yang dikatakan pendek, tepat dan TEPAT???? (Separator lagi)


Last but not least. Dont let others bully u okkkk!!! Dont just follow whatever they asked u to do. (But please do it, if he is ur boss, because boss is alwiz right.. Hahahaha...). Do it, if its really make sense, but some time u r too honest, too polite (which is not u.. hehehehe) until everybody take advantage on you. U r big enuf to think watever is actually right and wrong. So please think. before do any action. But you, alwiz make an action first then think last..

This will be the last. Bro, believe me on this. U may be learn a lots of thing in a hard way. And thats mean, u'll face alots of trouble, u'll fall down alots of time, u'll cry until u cant count how many it is. But, put this in ur mind, only THE BEST will know the taste of  THE SUCCESS which come with their own EFFORT.

Wahhhh.. Mujurla dah abes... hehehe (Separator sebelum cover)


Foot note : I LOVE VICTORY, but along the way, only ALLAH knows how it feels. So start rewarding urself even it is just an achievement on finishing ur daily task. And after that u can say " I LOVE MY JOB". Why??? Oh, come on la, u must love ur job, if not where come the money to buy the reward for your urself??

Monday, April 26, 2010

Ntah aper-aper!!!

Saya sudah banyak kali nk update entri untuk blog ini. Udah la buka pagi ni terpaksa cuci habuk dulu, kalau masih belum ada entri konpem bersawang dua tiga hari lagi.

Saya sebenarnya sentiasa berniat untuk update. Contohnya minggu lepas, saya baru buka new post, maka datang mesej dari boss yang berbunyi :

Boss : Kena siapkan presentation UKB untuk mesyuarat pagi.

Saya : Ok

Walaupun sebenarnya kurang ok.. Dari kaler tulisan yang dipilih pun sudah tahu. (Hahahahahaha... Mati saya kalau boss baca.)

Contoh lagi, pada hujung minggu ini, saya baru buka komputer.. Tp fatih pula yang sibuk nk explore the computer. Kata ayah...

Ayah : Tak per ummi, biarkan fatih meneroka.. (Ehhh, macam pernah dengar ayat yang sama pada iklan televisyen jer...)

Ummi : Teroka la fatih, rosak laptop ummi, kita claim dua kat ayah, satu untuk ummi, satu untuk fatih teroka.. Boleh yah????

Maka tiada la update, dan habuk pun bertebangan singgah di sini...

Maka pagi ini, sebelum mulakan tugas dan masih belum berbreakfast lagi kerana kawan-kawan mungkin berpuasa atau sedang berdiet... Aduhhh, panjangnyer ayat, tp maksud sebenar ayat dan entri masih belum sampai.. Saya mula kan semula ayat tersebut ya..

Maka pagi ini, sebelum mulakan tugas,  saya pun membuat la entri ini (Wahh, itu ajer ker ayatnyer???). Sekadar entri untuk saya membebel dengan perut yang sedang bernyanyi riang.. Ok la, sudah la dengan bebelan yang ntah aper-aper ini (baru sampai tujuan tajuk entri, hehehehe ), saya stop dulu, nanti saya buat entri yang sebenar...

Nota kaki entri ini : Saya tetiba bersemangat untuk bekerja. Wahhh!!! Eh, eh, saya kena breakfast dulu... Hahahaha, ada sahaja alasan. Tunggu mesej dari boss lagi barangkali baru rajin bekerja...

Wednesday, April 21, 2010

Accessories Kepunyaan Ahmad Fatih

Sebelum mula aper2 citer, saya ingin tunjukkan gambar ahmad fatih yang semakin nakal, eh, bijak, eh, anak soleh ummi la ummi nk tunjuk ni...

Nota untuk gambar : Ahmad Fatih bersama Moksu..

Cerita pasal accessories ahmad fatih ni memang ada banyak. Owwhhh, i mean accessories dia byk bukan cerita yang banyak. Tp ini kali ummi nk citer berkaitan kasut sikecik ummi ni. Umur baru 1 tahun 2 bulan lebih kurang, tp tgk la koleksi kasut dia... Kalah ummi...

 Nota untuk gambar kasut : Ini la kasut ahmad fatih.Dah ader 5 pasang semuanya. Ahmad fatih, nanti besar sila belikan ummi 5 pasang kasut yer setahun... (",)

Mmmmm, ada kasut yg ke taman untuk main2, ada kasut yang pegi jalan. Ehh, fatih dah pandai klasifikasi kan kasut? Bijak sungguh anak ummi.. Hehehe.. Hurrmmm, nampak tak semua, ummi dah mula spoiled kan ahmad fatih dari kecik lagi. Ahmad fatih, sila berdikari ya, jika ummi beli lagi kasut maka ahmad fatih perlu nyatakan bahawa "ummi, ahmad fatih tak perlukan kasut, tp ahmad fatih perlukan pampers lebih". ("Eh eh, bukan pampers ummi dah beli ker???")



Semua yang diatas tu adalah kasut yg dibeli mengikut pembesaran tapak kaki ahmad fatih. And sekarang ahmad fatih dah pakai kasut saiz 5. And yang terbaru ahmad fatih dah ader kasut yg lagi besar saiz dari tapak kaki ahmad fatih. Namun anak soleh ummi ni sangat sukakan kasut tersebut hingga terpaksa dibawa tido bersama kekadang tu. Kalau nk jalan2bagitau nk pegi jalan, maka ahmad fatih akan pegi amik sendiri kasut dan cuba pakai la kunun. Ahmad fatih memang suka pakai kasut tp sebenarnya belum pandai pakai kasut.. Ummi konpius sekejap dengan kenyataan ahmad fatih suka pakai kasut tu, eh, ooooo, ini la kasut feveret dia tu...  

Nota untuk gambar  : Ini bukan ummi beli, tp moksu n maktam hadiahkan. Sebab tu saiz besar.. Tp ahmad fatih tu tak pandai jaga hati ummi, yg org lain beli suka sampai nk bawa tido, tp yg ummi beli simpan jer lam almari... Ummi ngajuk...(^_^)

Haaaa, itulah alkisahnya kasut sikecik comel ummi ni... Koleksi kasut macam org dah besar. Saper salah? Ummi jugak. Ok, ummi nk stop beli kasut ahmad fatih, kalau kasut tu dah x muat nanti, ahmad fatih pinjam kasut ayah jer yer.. Kasut ummi pun blh kalau nk, tp ahmad fatih kena belajar catwalk lu la... Hehehehe...

Nota untuk entri kasut ahmad fatih ini adalah : Kata ayah, anak adalah amanah ALLAH SWT, maka kita seboleh-bolehnya jaga amanah ini sebaiknya dan tak boleh mengharapkan apa dari amanah ALLAH ini. Maka dengan itu, ummi tak nk mintak ahmad fatih belikan ummi kasut 5 pasang setahun, tak elok tak ikhlas. Harapan ummi mmmmmmmmmmmmm hanyalah....



ahmad fatih beli 10 pasang dah la... Hahahahha, ini kalau ayah baca mesti ayah educate ummi lagi ni...Ampun ayah, ummi sayang ayah... Ehhh, Ahmad fatih, 10 biji beg juga ya, untuk dipasangkan dengan kasut tersebut..Hehehehe..


Tuesday, April 20, 2010

Akhirnya...

Akhirnya, bertunang juga adik ku yang seorang itu. Dah kukatakan walaupun sudah panjang berjela leteran ku tetapi dia tetap dengan keputusannya... Inilah kaler pilihannya hidup dia...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT, akhirnya semuanya berjalan lancar dan sudah selamat segalanya. Sebuah majlis yang sederhana tetapi cukup meriah dengan kehadiran seme adik beradik juga saudara mara. Majlis pertama yang semua kami adik beradik buat sendiri. Uppsss, ada la juga bantuan dari orang lain, tapi ini kali most of the things and arrangement was done by us.

Hampir seme kami buat sendiri tau. Contohnya hantaran, kami semua sama2 berusaha menyudahkannya. Sebelum ni mak sedara yg buat, sbb kami ni kayu sket, but this time kami cuba try test buat, alhamdulillah. Ini lah hasilnya.. Eh, yg kaler biru tau, yg coklat tu dari sebelah lelaki...

Nota untuk gambar : 7 berbalas 5. kawen nanti berapa la agaknya....

Makeup bakal pengantin pun samer, kami adik beradik juga yang buat. Tp kredit untuk ina juga. Ina ni kawan baik der, tp dah close giler ngan adik beradik serta keluarga kami... Meh la tengok bakal pengantin yang telah diconteng oleh amatur2yg tak bertauliah.... Heheheh..

Nota untuk gambar : Bakal pengantin ni sangat sukakan kaler biru. Kalau boleh, bibir pun nk pakai lipstik biru.

Ini pula gambar2 setelah siap sarung cincin oleh ibu bakal pengantin lelaki... Seme saya dah compile jd mcm ni sebab tak byk gambar yang diambil menggunakan BB ni kerana tuan punya BB sibuk menguruskan majlis... (Hahaahahaha, bunyi mcm majlis besar2an)

Nota untuk gambar : Yang pakai baju hijau Ben 10 tu bukan bakal pengantin lelaki kerana telah direject disebabkan baju yang dipakai bukan kaler biru. Kan dah dinyatakan td, bakal pengantin gilerkan kaler biru...

Setelah majlis selesai, kami semua pun berpuas hati dengan majlis tersebut (ini adalah ayat karangan ketika di tingkatan 3 dahulu). Yang penting sebelum kami semua bertolak balik ke rumah masing2, semua pinggan mangkuk n periuk belanga siap dicuci. Mengemas tinggal kat bakal pengantin setelkan. Bukan apa, latihan tu, untuk persediaan mengemas di rumah mentua nanti..

Lauk pauk juga tak der yg boleh ditapau untuk kami adik beradik yang memang tak berniat nk tapau ni, seme sedang elok untuk majlis serta buah tangan kepada saudara mara, serta jiran tetangga. Alhamdulillah, semua pun dah beres. Yang tinggal sekarang, cuma persediaan untuk malis perkahwinan. Mcm mana la nanti. Dah tak lama tu, katanya nk buat bulan 8 tahun ni juga. Tak kisah la, Kan ker baik yang elok itu dpercepat-cepatkan.. Bakal pengantin pun dah tak sabar kut?? (Sila jawab ye bakal pengantin).

Kami adik beradik berkonvoi balik dari umah ma, seronok pula rasanya berkonvoi begitu. Singgah semayang dimasjid kemudian singgah pula dinner di temerloh (tu la saper suruh sombong tak mau tapau lauk???) Selepas makan baru semua berpecah ke destinasi masing... Hurmmm, saya dah rindukan seme orang, dah lama sangat rasanya tak berkumpul begitu...

Nota entri pertunangan ini : E, angah ucapkan tahniah .  Seme pun hepi dengan majlis ni dan mendoakan kebahagiaan E. Tp ingat tau, pengajian harus dihabiskan, e harus jadi doktor serta isteri yang berjaya tau... Ja, kamu bila lagi??

Friday, April 16, 2010

Breast Feeding.

Hurmmm, hari ni aku nk cerita berkaitan penyusuan ku kepada ahmad fatih buah hati pertamaku....

Lately, aku berasa sangat risau berkenaan susu ku yang makin berkurang. Banyak sgt kurangnya rasaku. Aku berniat nk susukan fatih selama 2 tahun, maka bila jumlah susu yang dipam hari2 itu makin berkurang, maka aku amat risau. Tp mungkin juga aku pregnant, tp ini 500% belum tentu. Tp kalau betul , macam mana. Itu pikirku...

Lalu aku telefon adikku untuk bertanya dan dia mengesahkan adalah ok utk menyusu dan mengandung serta menyuruhku mencuba mencari info di susuibu.com. Dan alhamdulillah aku terus dapat jawapannya. And it was OK. I'm happy wiv that info and from that i'm start googling from 1 blog to another blog which is connected to breast feeding. Its quite interesting reading all this blog where all young moms are very positive in giving their best to their children in breast feeding.















 Nota untuk gambar : Dua2 ni gambar fatih masa dia berumur lebih kurang, 4 bulan tak silap aku.. Sekarang dah setahun dua bulan... Lagi 10 bulan nk masuk 2 tahun... Moga aku berjaya...







Kalau tak percaya cuba la baca blog diarg ni semua. Nah, ini Ibu Fahri, ini lagi Ibu Addin dan Nasa, ini lagi Kak Ereena. DAn banyak lagi. Dah lama aku tak berkesempatan melawati dari satu blog ke satu blog begini.  Dan apabila aku baca blog diarang ni seme, macam2 petua aku dapat, macam2 perkara aku belajar dari penulisan diarang.. Tp bila baca blog diarang ni aku rasa terkebelakang pasal menyusukan baby ni. Ader juga yg aku rasa nk jadi cam diarang, jadi aper, MBFPC. Tp puas aku google tak dapat caranye, kalau ader pun tak jelas. Nanti la, aku drop by lagi kat blog diarang ni n tanyer diarang...

Ok la, moral of the story, kerisauanku dah makin berkurang tentang penyusuan td, tetapi aku akan bertekad berusaha untuk susukan fatih sampai dua tahun seperti tekad asalku. Tp aku memg tak pernah ubah tekad cuma lately aku sedih memikirkan ahmad fatih kalau aku tak dapat susukan dia... So, mungkin juga kesedihan itu mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Badan pun lately tak bersemangat langsung, lemah jer...

Entah laaaa, tolong la yer semua kengkawan, doakan la saya berjaya susukan ahmad fatih selama dua tahun dan lebih... beri la saya semangat. Sedihla bila lihat penghasilan susu makin berkurangan... Positf rosma, positif!!!!

Nota kaki keluhan hatiku ini : Saya betul2 nk susukan ahmad fatih sampai 2 tahun..

Monday, April 12, 2010

Fatih dan tarik upih

Ini pula kuhidangkan kisah si kecik yang nakal dirumahku itu...

Kan saya pernah kata si kecik ni amat bijak pandai negotiate agar kepentingannya diutamakan... Lihatlah, dia berjaya. Dengan ayahnya tu. Kalau ngan ummi dia tak yah negotiate pun blh dapat, tp ayah skill kena baekkk, agar kemahuannya dilayan...

Ehh, lupa, seme pun tahu kan tarik upih tu permainan yg duduk lam daun pokok aper ntah, pastu ader org tarik kita... Best tau, duluk kecik selalu main. Kalau tak dapat bayangkan mcam mana sekarang saya persembahkan tarik upih abad ini. Dah banyak moden dah. Tak perlu daun2 lagi dah dan tak perlu main kat laman umah lagi dah. Lam bilik dengan kain batik ummi pun jadi...

Taraaaaaaaa........

Nota untuk gambar : Kata ayah kalau nk ramping pinggang boleh la jadi tukang tarik fatih...

Fatih ni bijak. Sebelum kejadian ini, ayah dia sibuk tgk bola tanpa mengambil tahu hal disekeliling, Ummi, standard la, malam ahad sibuk gosok bajuMain la fatih sorang kay. Lagipun kata ayah fatih ni dah manja sangat, so biarkan dia berdikari main sorang. Tp dia senyap2, amik kain batik umii, pastu duk sibuk bentang atas lantai. Pastu dia duduk atas kain tu, pastu buat muka blur n tak paham aper, pandang jer ayah dia lelama sampai ayah dia perasan. Ummi dah lama perasan , tp ummi pikir pinggang umii dah ramping so ummi buat tak nampak... Hahahahahaha...

Bila ayah perasan, dia buat2 sibuk tarik kain tu, nk ikat la kunun dan dengan itu maka ayah telah jatuh kasihan dengan anaknya yang bijak itu.. Kihkihkih, cair juga hati ayah akhirnya, melayan la sikecik bijak pandai tu... Nah, lihat la seronoknya dia bermain...

Nota untuk gambar : Lihat perlawanan bola  di televisyen itu kalah dengan ahmad fatih. Tapi kan ayah, tadi ahmad fatih dah teman ayah tengak MU lawan kat kedai mamak. Sekarang ayah teman la ahmah fatih pulak main tarik upih kat dalam bilik jer tak yah gi kedai mamak pun. Kita kira 0-0 kay..

Itulah ahmad fatih. Ummi sebenarnya setuju sangat ngan ayah tu. Ahmad fatih sekarang bertambah2 manjanya. Penin kepala ummi. Apa yg dia hendak kalau tak dapat mesti nangis. So, ummi sekarang dah byk buat tak tahu kalau dia menangis. takut ummi yang spoiled ahmad fatih. Ummi nk ahmad fatih besar nanti boleh berdikari sendiri...

Nota kaki entri ahmad fatih ini : Ahmad fatih, ummi ngan ayah sayang sangat ngan ahmad fatih. Tapi ahmad fatih kena ingat, suatu hari nanti ahmad fatih harus juga berdiri atas kaki sendiri untuk terus berjaya. Kalau harapkan ibu bapa sepanjang masa maka ahmad fatih tak baleh berjaya. Dan yang penting, bukan semua benda kita boleh dapat. So untuk dapatkan sesuatu kita harus berusaha sendiri jangan harapkan orang lain dan jangan sesekali menangis bila tak dpat sebaliknya terus berusaha sampai dapat.

Hi Tea @ Saujana Golf Resort

Inilah aktiviti hujung minggu saya... Wahh, ini kalau rinel baca dia mesti kata macam mak datin pegi2 hi tea. Tp sebelum dia buat kesimpulan biar saya yang buat dulu... Anyway hi tea ni terjadi di Saujana Golf Resort yang kat Kajang tu. Dekat jer dari rumahku, lam 15 minit camtu.

Ini program saya pegi bersama jiran2 tercinta seramai 9 orang semuanya. Mereka ni semua geng mengaji di kawasan kejiranan saya tu. Saya sorang jer yang tersesat.. hehehehe, dan saya yang paling muda, tp paling besar. Tak caya? Meh tgk gambar ni...

Nota untuk gambar : Mereka-mereka yang vogue dalam gambar diatas dari kiri belakang adalah, Kak Azua, Kak Maziah, Kak Azie, Kak sue,  dan dari kiri depan Kak Pah, Kak Ita, Kak Yati, Kak Liza dan ehem ehem adik Ros (perasan muda sekali  sekala)... Kihkihkih...

Haaaaa.. Sekarang dah percaya kan??? Tp percaya la, itu adalah effect dari baju yang dipakai. Huhhhh, kena buat decision ni samada nk band terus baju tu atau kena mulakan diet... So, kerana sayangkan baju tersebut maka saya kena mula berdiet. Hwahhh.. Saya nk berdiet??? Bagaimana ya?? Pagi kena makan sebab lapar, tghr lapar juga sebab byk guna otak buat kerja.. Malam???? Yang ni pula adalah meal wajib sebab kena layan suami terchenta makan... Waaaa, bagaimana ni???? Semua macam wajib jer.. Nanti la saya pikirkan bagaimana cara terbaik untuk berdiet kerana untuk band baju tersebut adalah susah kerana ianya sgt cantik... Hehehehe...

Meh nk citer program hari tersebut pula. Ianya bermula dengan ceramah yang best dari ustazah yang sangat cantik iaitu Ustazah Norbahyah menganai tajuk "Cantik di Mata, Cantik di Hati". Ini ceramah untuk isteri2 la kan. Abes yang tu, ader pertunjukan cara pemakaian tudung serta make up muslimah. Lepas tu lagi ada pertunjukan fasioh muslimah, serta pencarian pesera sporting dan vogue pada hari itu.. Di antara program2 ni ada la, cabutan bertuah and yang paling ptg makan... Ini lah makanan pada hari tu, tak berapa nk best tp ok la... Namapun hi tea kan, tak der la meal2 yang heavy.. Sebelum tu, nk letak gambar ustazah cun dulu..

 Nota untuk gambar : Yang pakai tudung pink tu adalah dia. Tak sempat nk snap muka dia sbb dia rush nk ke Melaka, ada ceramah pula disana. Kata dia bodyguard kesayangan dia dah tunggu tak blh lama2.. Hehehehe, alaaa, husband dia laaa...

 Nota untuk gambar : Ada nasi goreng cina, rendang yang kater adik yang serve tu dah basi, kue tiow grg, dan byk lagi. Tp biasa la, saya kan baru nk berjinak-jinak mengambil gambar ni. So saya asik fail jer, bila teringat nk amik gbr, maka kami semua telah kosongkan seme makanan... Makan lebih enak rasanya dari amik gambar kut rasa saya..

Ok, maka dari hi tea ini saya tahu bahawa seme neighbor saya sibuk "bermukabuku". Saya seorang sahaja yang tiada itu "mukabuku". Wahhhh, saya yang paling ketinggalan nih.  Ada antara mereka ni, amik jer gambar terus export ke mukabuku... Jauh sangat ketinggalan saya ni.. sayup sayup jer rasanya... Hahahahaha... Harus dikejar mereka ini..

Nota kaki entri ini : Banyak ilmu saya dapat dengan meyertai hi tea ini. Terima kasih kak azie ajak saya join.

Thursday, April 08, 2010

Dimanakah saya???

Saya mengupdate entri ini setelah melihat sudah lama saya tak update. Bukan ape lately saya sbk sungguh dengan kerja2 harian. Saya pun tak tahu kenapa. Banyak kerja kah saya? Atau sebenarnya saya tak tahu menghandle kerja saya? Entah la.. Yang pasti saya betul2 tiada masa sekarang, 24 jam ibarat 24minit sahaja lajunya bergerak...

Ditambah lagi saya seperti kehilangan diri saya lately.. Saya buat kerja saya, tp saya jiwa saya tiada disitu. Saya siapkan kerja saya, tp bila dah siap, saya rasa semua pun tak kena... Abes kerja saya blk rumah, pun saya masih rasa lemah. Saya memasak, tp saya rasa sy tak tahu menu apa yg saya nk masak. Nk berehat dan tido, pun masih rasa diri ntah kemana.. Tido mlm langsung tak lena. Asik terjaga dan tgk jam. Bukan terjaga kerana saya tak sabar nk pegi usaikan kerja dipejabat, tp terjaga disebabkan alasan yg saya sendiri tak dapat pikirkan..

Diri saya ntah kemana, kepala saya kosong, hati saya tidak berperasaan. Tp saya harus senyum, harus ketawa, melayan persekitaran, agar seme tahu saya masih disini. Walaupun saya sendiri sangsi dimanakah saya... Saya lemah, lemah badan, lemah semangat, lemah hati, lemah perasaan..

Nota entri ini : Kelemahan dalam diri saya ini menyebabkan saya hampir melanggar org pagi ini diatas jalan raya. Saya tak mengelamun tika memandu, saya tidak bercakap telefon juga tika itu, saya sudah bersarapan, saya tidak juga dengarkan celoteh radio hinggakan lupa diri.. saya fokus kepada memandu, namun saya hampir eksiden pagi ini.... Kemanakah saya waktu itu????

Thursday, April 01, 2010

Keluarga Saya

Nama saya Rosmawati. Nama emak saya, Jah dan nama bapa saya, Azmi. Saya ada enam (6) adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Hari ini saya ingin bercerita mengenai keluarga saya kerana tiba-tiba saya merasakan saya rindukan mereka. Saya rindukan mereka selalu tetapi saya memang seorang yang tidak pandai dan tidak tahu untuk menunjukkan perasaan itu. Lagipun saya kan dikenali sebagai seorang yang garang di dalam keluarga, maka saya kena control macho saya. Lagipun, saya kan kakak.

Enuf, enuf. Saya terasa letih apabila saya perlu berskima begitu. saya bukannya terror karangan bahasa melayu ni.. Pekse dapat result bagus pun sbb cikgu yang berusaha lebih (nota untuk ayat itu : saya buat ayat ini utk perhargaan bagi guru2, apabila saya baca tajuk utama surat khabar hari ini menyatakan "Seksa jadi Guru").

Inilah keluarga saya. Saya sebenarnya buat entri ini kerana salah seorang adik saya akan kawen tak lama lagi. Saya tahu dia baca blog ini tp saya tetap nk menulis berkaitan dia hari ini. Okay, mari saya kenalkan adik beradik saya. Mak n ayah saya tak perlu enterframe takut nanti mereka dikejar paparazi kerana gambar mereka sangat exclusive untuk dipaparkan disini.

 Nota untuk gambar : Ini gambar diambil ketika kami semua muda mudi lagi dan sehingga entri ini ditulis jua kami masih muda mudi dan tentunya lagi cantik dari ini gambar. Cuma yg sudah besar cuma anak2 sedara kami yg tiga ituuuu, teka la yg mana ;)

Cukup tak 6 org? 1, 2, 3, 4, 5.... aik, maner sorg lagi, kejap saya pikir saper sorg lagi..... Hahahahaha, itu lah dia adik bongsu saya. Dia kan adik, so dia harus dibuli untuk amik kakak2 terchenta punya pose. "Kami kan kakak" Hehehehe.. Kejap cari gambar yg dia ada...

Nota untuk gambar : Gambar ini diambil dahulu sblm gambar td. Tp sebab tak center, kami semua senyum lagi sekali agar tukang amik gambar paham tanggungjawab dia untuk amik gambar lagi sekali.

Haaaa, itu la dia, yg pakai baju.... Eh, kena buli lagi... Sian adik, terus amek gambar ye dik. Lagipun entri ini untuk e, bukan utk adik jd gambar adik angah tak upload. Lenkali jer la... Kihkihkih.. Seronok dapat buli dia, walau di entri sahaja...

Dalam gambar kat atas tu, along, saya n der dah kawen. And masa gambar ni diambik kami baru jer kawen. I mean saya n der, along dah lama kawen, skrg pun tgh expected anak no 4. Ini gambar masa raya pertama saya n der jadi isteri. Waktu ini seronok. Kami berkumpul ramai2, semua orang ader. Der la yang akan buat seme org ketawa, along kan baik so dia gelak ajer, saya pulak tumpang gelak n kalau perlu tlg marah. Ija, pun samer tumpang gelak sebab dia memang suka control macho, e tukang tambah meriahkan suasana dengan aksi tangannya n adik tukang lengkapkan perisa...

Itu dulu, tp lately, saya rasa dah lama sangat kami tak berkumpul bersama. Semua pun sibuk dgn aktiviti masing2. Yg dah kawen dgn family, yg blm kawen sbk belajar. Berhubung pun hanya melalui telefon. oh ya, semalam ma saya telefon, ini kali kasi arahan vetonya supaya bailk 2 hari lebih awal untuk majlis pertunangan adik saya nanti. Harap2nya kali ini kami semua dpat berkumpul lagi, sama2 bergelak ketawa lagi, sama bergembira lagi, sama2 bergaduh lagi..

Dan setelah lama tak berkumpul, tetiba adik saya pulak dah nk kawen. E tu la. Dah puas saya bisingkan jangan kawen lu, abeskan belajar dulu. Dia langsung tak nk dengar.  Tp bila saya pikir2 blk, itulah perjalanan hidup dia, saya harus bagi dia peluang untuk corakkan hidup dia. Saya dulupun tak der sesaper tlg kalerkan warna-warni hidup saya, seme saya sendiri yg pilih kaler2nya dan corak2nya saya yg buat. Tak adil pula saya nk kacau penceritaan warna-warni hidup dia kerana mungkin kaler yg saya pilih bukan la kaler kesukaannya. Tp saya mahu dia paham bahawa saya bukan sesajer nk bisingkan dia, cuma saya sayangkan dia dan kalau blh saya tak mahu dia gagal dalam apa jua yang dia buat. Saya dah lalui dulu perjalanan hidup ni, dan saya tahu, akan ader byk jatuh bgnnya. Saya pikir saya tak mahu dia jatuh, tp saya pikir lagi, kalau dia tak jatuh, nanti kalau tetiba dia keseorangan dan dia jatuh, bagaimana dia nk bangun kalau dia tak pernah belajar bangun sendiri..

Maka saya lepaskan dia.. Saya pikir lagi, mudanya dia baru 21 thn... Saya pikir lagi. Dan kali ini saya yakin dia blh kerana  keluarga saya sendiri dah byk kali jatuh, dan setiap kali kami jatuh kami berjaya bangun kembali. Setiap dari kami berusaha untuk bangun. Dan kami berjaya berdiri. Maka saya yakin dia telah bersedia dan sebenarnya saya masih mengharap dia bersedia dan jauh disudut hati saya, saya tahu dia bersedia, saya cuma harus yakin, pada dia n yang ptg yakin pada diri saya juga untuk yakin pada dia. hahahhaha, mesti penin bila dibaca....

Ok la, saya pula terasa sayu membuat entri ini. Saya kan memang senang mengalirkan air mata. Maka saya akan berhenti membebel (insyaallah), dan tunjuk gambar adik saya yg bongsu yg dibuli td. Kerana dia dibuli maka dia sendiri amik gbr dia. lagipun dah takder adik lagi untuk diarahkan amik gambar...


 Nota untuk dua2 gambar : Saya sayangkan mereka semua walaupun saya suka marah mereka. Yang mana satu E dalam gambar ini??

Nota untuk gambar : Ini gambar de. Dulu dia kecik hati sebab saya tak upload gambar dia masuk friendster, tp dia tak tahu, saya upload paling byk gbr dia, tp seme tak berjaya. Seme sebab internet problem. Dulu kan saya tak mampu beli komputer dan broadband sendiri, maka saya tumpang2 jer kat mana2 update seme tu, kekadang berjaya kekadang tak. Tp sekarang dah ader, maka saya upload gambar dia sampai berjaya.... I love u der...

Dah la, walau nk berhenti membebel tp saya masih terus membebel. Cuba bayngkan bagaimana dua org ini bersabar dengan bebelan saya...


Nota untuk gambar ini : Tp kalau korang tgk gambar ni pun tahu, mereka sebenarnya bukan bersabar, tp mereka assume leteran saya sebagai sound effect dirumah itu... So blh diabaikan jika tak suka akan sound effect  tersebut.

Nota kaki entri ini : Saya sayang mereka semua sangat2...