Monday, March 29, 2010

KURSUS KENEGARAAN


Ingatkah lagi entri saya yg patriotik satu waktu dahulu??? Hehehehe, inilah sebabnya... Inilah kursus yang saya pergi dengan membawa minibar seberat 20kg itu.. Kesian suami tercinta kerana terpaksa mengangkat beban seberat 20kg itu hingga ke tingkat tiga. Saya lambat mendaftar dengan sengaja, lalu dapat  la saya bilik di tingkat tiga... Tp tak per, walaupun di tingkat tiga tp saya dapat roomate yg sgt best... Thanks ina, for being patient with me for 5 days (",)...


Hahahaha, ingat lagi ayat saya pada ina setelah berlari sejauh 2km

Saya : Ina,saya rasa peha saya dah kecik la.. Hehehehe,


Ina : Rosma!!! Pshyco arr rosma ni...

Bergolek-golek ina gelak.

Sudah pasti dia bergolek, saya lari baru 2 km, tp saya tak kira yg saya makan dengan sedapnya sebyk 6 kali sehari sepanjang 5 hari kursus dan tanpa malu saya membuat kesimpulan dengan perasan terhadap diri sendiri..

Saya berkata dalam hati : Wahhh, 6 kali ker?  Tp ina, itu bukan salah saya, memang dia sediakan makanan, pastu mknn best lak tu, kan ker tak baik tolak rezeki? Naper, saya salah ker (dengan muka yg macam nerd n skema serta suci murni tak bersalah)?? sebab tu la saya tak tolak seme mknn, sy kira yg lari tu jer, letih tau, 2km, saya lari 14 minit.. Ina lagi terror 13 minit jer..

(Nk ckp kat luar malu kat ina, tp nk buat camaner saya memang pshyco bab kuruskan badan ni... Kihkihkih)

Selain dari itu, aper yg mengembirakan ek?? Ader lagi, saya dan ina, pada hari pertama, telah champion memakai bj yg salah tema. Seme pakai tracksuit, tp kami pakai bj kurung putih n kain susun hitam waktu senaman pg... Kami berdua ajer nampak ayu di pagi yg hening itu!!! hahahaha, bila tanyer seme org, bila dia org umum tukar tema baju. Dan jawapannya, waktu solat subuh... Waaa, sudah kantoi kami tido waktu dengar tazkirah paginya... hahahah, tp kami sekali lagi bergelak ketawa. Tp ini kali gelak ketawa dengan cuak tkt didenda.. Nasib baik kami dua budak baik yg comel, lalu tak der la didenda... Hehehehe.. Perasan lagi...

Ader lagi, ini rahsia juga. Ina tak bagi tahu sesaper lagi kan?? Suami kesayangan saya yang hari2 datang amik susu ahmad fatih tu bukan sahaja amik susu, malahan bawa pelbagai makanan untuk saya. Mengalahkan adik2 sekolah asrama tu. Suami saya itu pun satu juga, bawakan mknn laksana roomate saya ader 10 org... Wahhhh, byk kan, itu la sebabnya org lain pegi kursus ini kurus dan letih, tp saya mmmm.... sihat dan semangat. Tp kan lepas lari 2km itu saya memang rasa saya kurus sket... Btl kan ina??? Kihkihkih...

Haaaa.. Ini lagi satu. Saya yakin ina tak citer lagi kat cik fara yang saya memalam tido dekat2 dengan ina, Bukannya saya tkt pasal dengar citer  hantu cik ina n cik isma tu, tapi kan kipas tu tak sampai kalau saya tak rapatkan katil kita tu. Betulll, Panas tau. Alaaa, rapat sket jer, lagipun cik ina tido malam sgt dsiplin, postur tido nya tak langsung bertukar sampai ke pg... Heheheh, ini kalau cik izzat n cik rinel tau, dia mesti kater, saya memang suka dekat2 ngan pompuan...

Ini saya mahu eksyen sedikit. Kumpulan kami menang tempat kedua pertandingan nyanyi lagu patriotik. Alaaa, lagu Cemerlang , Gemilang, Terbilang tu la. Seme kata kemenangan kami tak adil sbb nya juri yg menilai adalah fasi kami, siap bg standing ovation lagi apabila kami habis mendedangkan lagu tersebut. Hehehehe, nampak sangat bias. Tp tak kisah la, janji menang, lagipun ader tiga juri kan hari tu. Tenkiu kepada fasi kami en hafidzi dan ahli kump saya yang cemerlang gemilang n terbilang iaitu, saiful, kak amy, umi, intan, shahril, faizul, rezwan, zati, azlina, hazwan n zul . (Fakta pertandingan : Kumpulan yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga, semuanya kumpulan juri-juri yang menilai. Adil la tu.. Kihkihkih)

Walaupun byk lagi kebestan pegi kursus itu bersama roomate yg best, tp kalau saya cerita lagi maka akan menimbulkan kejelesan pada cik fara dan juga menimbulkan syak wasangka pada cik rinel n cik izzat... (",)

Back to the Kursus Kenegaraan yang dihadiri, maka saya akan buat sedikit kesimpulan,  dari apa yg saya perolehi sepanjang kursus 5 hari itu :

1. Ramai yang kata kursus ini pro UMNO, tp saya kata ia pro KERAJAAN. So sesiapa shj kerajaan yg memerintah, kita harus sokong supaya kita sesama dapat memajukan negara.

2. Owwhhh, konsep 1 Malaysia yg sekarang ni heboh diperkatakan tu... Haaaa, saya dah paham konsep yang diwar-warkan oleh Dato' Seri PM kita tu. So, saya cadangkan seme org cuba2 la paham, supaya kita blh sama berusaha mencapai apa yang telah diamanahkan pada kita tu.

3. Perlembagaan Malaysia? Cuba teka apa dia perlembagaan malaysia? Apa isi kandungan dia, at least bagi satu la, tak yah byk... Saya tahu, ader sesiapa nk tahu? Penting oooo untuk kita tahu Perlembagaan Malaysia ni.

4. KESYUKURAN. Bersyukur saya dapat duduk di negara berdaulat, MALAYSIA TANAH AIR KU... Jom la, mari kita sesamer kekalkan kedaulatan ini, tak perlu gaduh2, sama2 bersatu, semua rakyat malaysia, tak kira bangsa, tak kira agama, berusaha ke arah memartabatkan lagi MALAYSIA di persada dunia.

5. Haaa, kan akhir tu ada exam. Seme soklan exam adalah berkaitan perkembangan Malaysia yang terkini. So, nk pegi kursus ni rerajin membaca paper, atau sekurang2nya, rajin2 la jaga tepi kain Negara kita ni... Tak pun paling2 malas pun, korang kosentret la time LDK tu, konfem leh jawab.

Banyak lagi yang saya dapat, ianya sesuatu yang saya rasa satu penerimaan dan seterusnya penghayatan ke arah menghargai negara kita. Bukan la sesuatu yg boleh saya tulis, atau saya bukan penulis yang baik untuk mengeksperesi segalanya, namun kini saya tahu, saya harus berterima kasih kepada datuk nenek kita serta pemimipin yang ada kearah memberikan apa kita nikmati hari ini... Mungkin mencari kesilapan org lain adalah sesuatu yang mudah, namun tidak salah untuk kita berterima kasih pada apa yg kita dapat dan sama2 berusaha untuk memajukan lagi atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang ada sekarg... dan yang penting bersyukur atas nikmat yg ALLAH kurniakan..

Entri ini punya kaki : ALHAMDULLILLAH.

NEIGHBORHOOD

Sejak jumaat malam sabtu lagi aku nk mencoretkan perihal kejiranan kawasan perumahanku...

Aku bersyukur kerana rasaku membeli rumah dikawasan perumahan ini adalah satu keputusan yg btl aku n husband buat. Selain daripada rumahnya yg aku kira cantik, ianya juga berdekatan dengan segala jenis kemudahan, dekat carrefour, jusco, balakong, kajang, byk kopitiam utk melepak... Tak lama lagi, akan ader pusat perubatan az-zahra yg akan dibina di kawasa berdekatan, 10 minit jer dari umah...  Ok la, itu dah kira jauh dari boundry yg aku cerita.

Ini aku ingin bercerita perihal di dalam kejiranan ku..Aku punya lebih kurg 39 jiran (sebab kawasan tu ader 70 buah rumah jer, tolak 1 yg kami semua blm tahu status penghuninya, tinggal 69, tolak 30 buah rumah yg masih sbk buat renovation, tggl la, 39 lebih kurg).. Walaupun aku tak hafal nama semua org (itu adalah kelemahanku, ingat nama org), tp kami kenal antara satu sama lain...

Itu lah permulaan ceritaku ini... Kami kenal satu sama lain kerana mungkin kami ni hidup macam kat kampung2 tu, walaupun bukan 100% tp 80% seperti itu... Lagi 20% tu mungkin sebab seme org kuar pg blk pun dah ptg... Tp walau blk ptg kami sempat lagi borak2 tau petang... Paling tidak pun, sempat la bertegur sapa sekadar bertanya khabar dan berbahasa sebaris dua..

To cut the story short, here i list down the reason why i feel like living at the village... I mean real village.. Bukan Kampung Baru kay...

1. Akan ada majlis yassin sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
2. Ada kelas mengaji quran setiap minggu, gilir-gilir rumah lagi..
3. Kalau ada yg balik haji, kami beramai-ramai ke rumah tersebut, meraikan org blk hj, bertanya khabar, berkongsi cerita, minum air zam2...
4. Kalau ader yg sakit, walaupun pakcik guard yg duduk jaga kat pondok kawalan kat depan kawasan perumahan tu, ramai2 akan pergi melawat.
5. kalau ada yg masalah, seme akan duduk sama-sama berbincang informally kat wakaf kat taman permainan tu, kedai kopi tak der, kalau ader aku konfem jualannya laris.
6. Petang2, dihujng minggu atau di hari kerja, kekadang akan ader borak2 kosong di wakaf yang sama, kekadang pihak lelaki, kekadang jemaah pompuan..
7.Anak2, seme samer2 bermain, berkawan, bergaduh, bergembira bersama... ,mak bapak? Berbual, anak nk gaduh? Pandai la korg setel sendiri... Bebudak kan tak kemana gaduhnya, 5 minit kemudian main blk...
8. Yang terbaekkk, kebanyakkan yg duduk kat sini ada maid, dan kami saling menjaga tepi kain maid masing2. Kalau ader yg tak kena, cth  nya ada maid2 ni pegi borak ngan org2 yg tgh buat renovation kat umah berdekatan, pasti akan sampai kat tuan umah yg maid tu keje.. Best kan??? maid memang tak berani buat tak tentu hala.. Even jiran chinese sebelah umah aku pun siap report lagi kat husband aku aper maid aku buat.. I likeee...

Dan byk lagi, aku pun dah malas nk citer, sbb nanti org akan kater takkan seperfect itu kejirananku?? Hehehe, itu tentu sebab mereka dengki. Ok la, to be frank, ader la kekurangannya, tp apa2 shj kat dunia kan ade kelebihan dan kekurangannya, dan kalau kita tak habes nk citer pasal kelemahan tersebut maka sampai bila kita akan tetap disitu, takkan maju kedepan, takkan berjaya, takkan bahagia..

Nota kaki entri kejiranan ini : Aku sebenarnya susah juga awalnya nk join mereka ni, sebab mereka ni seme dah pangkat kakak ngan aku, tp mereka kakak-kakak yang sempoi.. Aku suka... Mereka selalu share ngan aku bermacam perkara, dari perihal nk jaga umah, suami, agama, garden, anak, masak, segalanya...

Friday, March 26, 2010

Suatu Perjalanan

Wahh.. Tajuk kedengarannya akan jauh berjalan... Hahahaahha.. Dekat jer, dan sesungguhnya perjalanan yang dekat inilah yang menaikkan temperature serta pressure diriku...

Mari aku kongsikan "suatu perjalanan" ku ke suatu tempat untuk mencari sesuap nasi setiap hari...

Ianya bermula dipagi hari sesudah subuh...

Nota untuk gambar : Actually waktu ni dah pukul 6.50 camtu, dah lamer pun subuh berlalu...  ('',)

Dan perjalananku yang akan mengambil masa.. hurmmmm.. tak tentu laaa, kekadang 30minit, kekadang 45 minit, kekadang satu jam dan ada kalanya lebih dari 1 jam... Dan inilah yang kulalui hari2 sepanjang perjalanan ku...


Nota untuk gambar : Ini bukan parking ya , tp jalan raya... Eh, memang la jalan itu kan ader signboard, tp parking pun ader signboard gak... Hehehehe, "suatu perjalanan"

Nota untuk gambar : Minum lah vitagen jika anda sayang perut anda. Eh, betul!!! Fatih kalau minum vitagen mesti tak sembelit...

Nota untuk gambar : Eh, eh.. cantik tak model lam signboard tu?

 Nota untuk gambar : Aku blur nk letak nota aper untuk gambar ni, sebab masa aku amik gambar ni pun aku sesajer nk....  Ntah, tak tahu, korang layan jer la gambar column ni, cantik aper, siap ader kaler merah, kelabu, putih... Kalerpul ni ;)

Nota untuk gambar : Jusco, Carrefour... Aku tolong korang baca aper lam gambar blur di atas. Samer la blurnyer gambar tu gan otak ku waktu aku menekan punat camera henfon ku... 

Aku sebenarnya tertekan dengan keadaan jalan raya yg rasanya setiap hari jam. Tak pernahnya ok. Lalu aku mencari alternative melayan diri sendiri.. Bergembira sambil memandu dan memandang kiri dan kanan. Lalu ku tekan henfon dan mengambil gambar.... Ini lah hasilnya, dan byk lagi... Tp tu la, hari ni lembap pulak blutut ni transfer dari henfon ke computer. So ini jer la yg aku blh download...

Suatu perjalanan yang kurasakan indah untuk diingati. Sepanjang perjalanan aku senyum sorg, aper sebab pun aku tak tahu.. Tp yg pasti aku tergelak juga kerana sedang sibuk aku berfotografi sorg2 , ader yang memerhati dan mungkin sambil memikirkan gilakah aku... Biarlah, janji hatiku senang... Senang melayan jam yang aku kira sampai bila2 pun takkan berkurang, makin bertambah mungkin... 

Bersyukurlah dengan apa sahaja yang dilalui, kerana aku pasti ada yg lebih teruk lagi di tempat lain...

Nota kaki entri mengembirakan ini : Aku gembira...

Monday, March 22, 2010

Buang Bayi

Aku sebenarnya jenis yang tak suka nk salahkan org jika tak tahu hal sebenar yg berlaku.. Tp ini kali aku rasa sgt tersentuh hinggakan aku terasa ingin marah dan malas nk amik tau apa sebenarnya yang berlaku pada org yg melakukan perkara ini.... Cuba lihat gambar2 ni semua...


Apa perasaan korang bila tengok gambar camni? Marah kan???? Ntah la, ramai org sekeliling aku ni bersusah payah nk dapatkan anak... Sanggup buat macam2 agar mereka dikurniakan cahaya mata. Sanggup berhabis duit dan harta semata-mata berusaha untuk menambah zuriat. Tp mereka ni???

Tak tahu kan mereka ni masih ada hati atau tidak. Atau sekurangnya mereka kan punya otak untuk berpikir kalau pun sudah tak punya hati... Insan kecil ini tak minta dilahirkan. Mereka yang melakukan perkara ini lah yang melahirkan.. Tp kalau dah melahirkan kenapa harus dibuang, kenapa harus dibunuh, mengapa harus disia-siakan.. Mereka masih kecil, masih tak tahu apa2. Masih pun belum dapat melihat warna-warni dunia ini...

Aku bukan ahli ugama yang pandai menulis nas-nas dari alquran yang berkaitan, aku juga bukan la ahli pshycology yang pandai menasihati. Namun aku hanya la seorg manusia biasa yg aku rasa masih ada hati juga punya otak untuk berfikir. Oleh kerana itu, maka aku marah, marah akan tindakan yang aku kira keterlaluan untuk dipikirkan jauh sekali dimaafkan.

Cukup la kemarahan ini aku catatkan disini, agar bagi sesiapa yang membaca sama-sama muhasabah diri kita, atau mungkin orang-orang disekeliling kita. Aku bukan orang besar atau org penting yang boleh pengaruhi semua org untuk berubah, namun aku rasa aku perlu amik perhatian tentang perkara ini. Ini bukan la dugaan bukan juga gurauan tp satu kebenaran yang aku rasa amat pahit untuk diterima oleh semua org yang waras akal pemikirannya.

Maka harapanku, dengan sedikit sumbangan ini ada yang terbaca, lalu menelefon sanak saudara atau sahabat handai untuk saling mengingati atau sekurangnya berbual kosong berkaitan perkara ini dengan tujuan untuk sama2 membantu ke arah mengurangkan perkara yang tidak bermoral ini. 

Sebagai pengakhiran, aku ajak semua melihat gambar bayi comel dari ipoh yang dibuang kedalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di sebuah pasaraya. Dan, untuk pengetahuan semua yang mungkin tidak tahu, bayi sekecil ini hanya tahu menangis itu pun bila mereka lapar, dahaga, berak, kembong dan disakiti... Mereka tak tahu apa2 selain dari itu. Salahkah mereka?????

Nota kaki entri ini : Kalian rasa apakah punca sebenar kepada perkara ini?

Dua Tembam

Inilah dua tembam yang ada kat umah sekarang. Namun walau ader dua tembam ini kekadang bila keduanya tidur aku akan tetap rasa sunyi Itu la sebabnya aku sedang berusaha gigih sekarang ni. Berusaha menambah bilangan ahli keluarga...

Aku teringin sebuah rumah yang meriah dengan suara anak2... Aku berangan untuk menghantar semua anak aku sekolah berasrama, supaya hujung minggu, aku dan suami akan ke sekolah mereka untuk melawat dan memantau perkembangan mereka. Bila cuti sekolah, aku akan pastikan seme ada dirumah, makan bersama, main bersama, shopping bersama dan sama2 memeriahkan suasana... Itu lah kemeriahan yang aku idamkan , (bukan aper, kiranya weekdays tu aku n suami blh la haneymoon, heheheh), kemeriahan dalam sebuah keluarga yang serba sederhana.. tak sabar lak rasanya nk tua bersama suami...

Nota untuk gambar : Itu gambar yang diambil ketika aku dan suami sibuk berblackberry di petang Ahad. Yg kecil tentunya si ahmad fatih yang soleh, bijak, nakal tapi baik hati,, hehehehe. Yg besar tentunya maksu yg sedang berbahagia bercuti sementara menunggu keputusan kemasukan ke universiti... 

Nota kaki entri ini : Soleh dan bijak itu adalah sebahagian doa yg tak pernah aku lupa untuk anakku dan maksu memang sangat berbahagia bercuti, berbahagia tido, makan, tengok tv dan berehat. "Jangan ingat angah tak tahu tau dik, seme angah tau aper adik buat hari2" (aku memang garang).. hehehehe

Friday, March 19, 2010

hatiku yang rawan

Aku sedang sangat risau. Risaukan si kecik Ahmad fatih yang lately asik terjatuh n terhantuk kepala sahaja. Terasa macam aku nk kosongkan jer seme perabut yg ader kat umah tu...

Fatih ni pun satu, sejak pandai berjalan ni buasnya yg amat sgt. Pastu asik jatuh jer. Asik nk main jer. Letih ummi kejar.. Sekarang hati ummi dah rawan memikirkan dan merisaukan akan ahmad fatih... Malam td terjatuh sampai luka bibir... Berdarah lagi.. Sampaikan ummi tak boleh tido malam duk tgk n jaga fatih supaya tak jatuh mana2 lagi. Dah la fatih tido buas, malam ader kat tepi ummi, kul 2 ada kat atas dada ayah. Kul 4 dah ader hujung kaki ummi n ayah.. Pagi kul 5.30 dah melintang kat antara ayah n ummi...

Risau hatiku tak tertanggung lagi... Baru setahun, tp eksiden macam2. Tu belum kira yg kepala terhantuk kat katil sampai lebam. Ibu jari terhimpit cermin sampai ader darah beku lam jari.. Ya ALLAH, aktif sungguh Ahmad Fatih... boleh Ahmad Fatih tlg duk diam n kalau nk berjalan tu, "SILA PANDANG BAWAH, jgn berlagak pandang depan jer"...

Mari ummi tunjukkan transformasi ahmad fatih yang semakin aktif...

Nota untuk gambar : Lihat senyum sopannya. Ni dia belum blh jalan... So, memang control abes la.. NEXT ----->>

Nota untuk gambar : Ni dia baru boleh mula jalan. Masih boleh control senyum, tp lihat la. Senyumannya menggambarkan keaktifan nya.. NEXT ---->>

Nota untuk gambar : Tu dia dah boleh lari.. Adoiiii, tgk ar, duduk atas kerusi makan tu pun dah tak mau.. Tensen btl.. Senyum pun sekadar amik ati ummi yg sibuk nk amik gbr dia. Tak per yg ptg sempat senyum ek fatih... Ohhh lupa, itulah sepupu fatih yg sgt baik ati rajin menjaga fatih sementara ummi makan dengan lahapnya kue teow yg mahal di rose sari cafe...

Nota kaki entri ini : Sesungguhnya membesarkan anak adalah amat seronok, tp melihat jatuh bangun dia sepanjang tempoh pembesarannya adalah sesuatu yang amat besar tekanannya.

Monday, March 15, 2010

BlackBerry

Bermulanya hari isnin setiap minggu seperti biasa... Dan seperti kebiasaan juga mood bekerja pada hari ini mengambil masa yg panjang untuk di warming up... Dan hari ini rasanya akan lebih pjg masa yg akan diambil memandangkan esok aku akan pergi berbengkel di PD selama 3 hari... 

Waaa... maka permulaan entri ini juga tiada kaitan dengan tajuk diatas adalah disebabkan kelambatan pemprosesan maklumat yg asik jam dr td... Hehehehe... Berlaku conflict dimana hati inginkan tajuk itu, tp idea yang mengalir dari otak tidak dapat memproses lalu terkeluar la semua perkara yg tak tahu apa kaitannya lalau tertaip la oleh kedua belah tangan kiri dan kanan... 

Okay sudah blh dikaitkan... Untuk guna blackberry ni, memang dua belah tangan kiri dan kanan perlu digunakan supaya dapat menaip ngan lebih laju. Eh.. Hahahaha, masih juga aku jam sehingga aku tak paham aper yg aku sendiri cuba sampaikan..

______________________________________________

Ini lah hadiah sempena umur ku yang bertambah tahun ni... Yg macam touch screen tu (actually it's a clickable screen) husband aku beli untuk aku, n yg ader keypad tu untuk dia sendiri...


Ok, dengan ade benda ni maka aku n husband sekarang boleh bermesej sebanyak mana dengan free menggunakan blackberry messenger. So, boleh la aku ajak husband berchatting setiap masa walau aku tahu dia tak byk masa untuk itu... Tp tak per aku akan sentiasa anta icon2 yg pelbagai supaya akhirnya dia membalas dengan bertujuan bertanya apa maksud icon tersebut..AKU SUKA sbb dia BALAS juga... Hehehehe..

Nota kaki entri blackberry ini : Aku sebenarnya masih sibuk belajar pelbagai features yg dioffer oleh blackberry ni... Tp setakat ni apa yg aku sgt suka adalah internet connection nya sgt laju.. Kalau ade lagi yg aku suka akan datang setelah aku mentelaah blackberry ini akan aku catitkan disini...

Thursday, March 11, 2010

Saya JAM!!!

Saya sepatutnya sibuk pergi buat kajian berkaitan Performance of Spring Isolator hari ini. Semalam telah pergi dan berjaya bawa balik data yang saya dan kawan sekerja yg pergi bersama tak dapat nk analyse sehingga sekarang. Maka dengan itu saya telah tertekan dan tak dapat memikirkan apa lagi yang harus saya buat. Saya telah buat beberapa perkara untuk menyelesaikan masalah ini dan antaranya :

1. Saya telah membaca pelbagai bahan diinternet berkaitan basic of vibration - but none of them is actually related to what i am doing right now.

2. Saya telah habis khatam buku manual vibration equipment ini - but it just explained on how to use it. (Nama pun manual kan... hehehehe)

3. Saya telah bertanya kawan2 sekeliling, juga negatif...


So, ini kira yg terakhir la saya berusaha, ada sesaper yg blh tolong saya? Tolong ajar ker? Tolong cadangkan any kursus yg blh membantu ker? Tlg pinjamkan buku berkaitan vibration ker? Tolong kasi any link yg blh saya baca ker? Anything la.. And thanks terlebih dahulu diucapkan atas apa2 shj yg anda akan cadangkan...

Saya jam, jd tiada nota kaki untuk entri tertekan ini... Tp ini ayat ini pun dah kira nota kaki la...Ape-ape jer la. Yg penting saya JAM.

Cemerlang Gemilang Terbilang

Ke puncak penuh keagungan
Ke lembah penuh kemuliaan
Satu hati satu rasa
Impian pasti menjadi nyata

Demimu Malaysia tercinta
Kami menggegam tekad
Membawa bangsa negara
Ke puncak keagungan

Demi bangsa
Demi negara
Ayuhlah kita bangkit berjuang

Maju bangsa
Maju negara
Kita dipandang mulia

Cemerlang gemilang terbilang
Negara dan juga bangsa
Mari buktikan pada dunia
Malaysiaku berjaya

Cemerlang Gemilang Terbilang

Hehehehe... Sungguh patriotik aku pagi ini... Kenapa ya??? Nanti lah, busy arr setelah balik dari kursus ni... Tp aku bangga, inilah lagu bersifat kenegaraan bertama yang aku belajar dan HAFAL.. oooppps, selain lagu NEGARAKU tu la... 

Nota kaki entri patriotikku ini : Aku rasa inilah pertama kali lam hidup aku sukakan sejarah Malaysia. Sebelum ini??? Baru tgk buku2 sejarah, mata dah berair, mulut dah menguap,  air hidung juga mula la nk meleleh... Tp sekarang, aku bangga jadi RAKYAT MALAYSIA.U olls? Bangga tak? Huhhhh, aku tau jawapannya, aku pun mcm korang gak.. Tp itu dulu la.. sekarang, aku dah tua, dah kena mula sediakan platform untuk anak aku supaya dia pun dapat nikmati apa yang aku nikmati sekarang...

Wednesday, March 03, 2010

Hesstar Mini Bar -HR-55MBS

Inilah minibar yang telah dibeli suamiku untuk aku bawa pi kursus nanti... Nampak cam kecik, tp besar gak dengan beratnya 20kg... Tak kisah la, dia yang hantar saya nanti, so dia yang akan angkat.

Semoga saya berjaya susukan anak saya sampai 2 tahun...  Doakan ya kawan-kawan. Saya sangat-sangat berharap saya berjaya.

So, nota kaki entri ini adalah, kesedihan saya sedikit terubat sbb saya tahu saya akan dapat mengepam susu dan menyimpannya dengan selamat sepanjang kursus nanti. Mengikut urusetia juga, suami saya blh datang hari-hari untuk amik susu tersebut. Thanks ya bang, bersusah payah sokong sayang setiap masa...

Tuesday, March 02, 2010

A quick One..

1. Saya tetiba takder mood nk buat kerja sedangkan pagi td sy sangat bersemangat.

2. Saya kena pegi kursus yang memerlukan saya pakai baju putih macam budak sekolah dan dipadankan dengan skirt hitam.

3. Saya masih lagi bersedih memikirkan anak saya yang terpaksa saya tinggalkan selama 5 hari untuk ke kursus seperti di perkara 2 diatas.

3. Saya baru sahaja menelepon urusetia kursus tersebut bertanyakan perkara penyusuan saya dan daripada perbualan itu saya sedang berpikiran untuk membeli minibar bagi menyimpan bekalan susu anak saya....

4. Saya kena tinggalkan anak saya.. Macam mana ni...


5. Saya dah rasa nk nangis ni. Kalau saya nangis lagi maka ini sudah lebih 5 kali saya menangis.. Saya sgt sedih... Mungkin itu juga penyebab saya hilang mood bekerja.

6. Saya kan kater nk kena update action plan. Ianya telah terupdate kini, tp bukan saya update, sebaliknya ia auto update, seme kerja saya harus disiapkan lebih awal dari yg sebelum update. Senarai kerja say juga bertambah.. Wahhh.. Saya kena jadi superwoman jika berterusan begini.

7. Saya baru jer tumpahkan air dimeja pejabat saya, hikmahnya, meja saya dah kemas sebab kalau tak kemas maka seme kertas kerja saya akan basah.... 

8. Saya akan bekursus dari 4-8 March 2010, maka lambat lagi la update pasal percutian saya....

Nota kaki entri ini : Saya tertekan.. Saya takder mood. Saya nk nangis. Saya sedih. Saya banyak keje. Saya sangat beremosi tika ini...