Wednesday, February 17, 2016

Kemaskini terkini

Tiada apa yang terkini.
Masih sama cuma umur makin bertambah.
Perjalanan juga makin jauh.
Banyak yang dah dipelajari.
Banyak lagi yang perlu dipelajari...

Orang kata, makin jauh kita pergi makin banyak pengalaman kita.
Tapi orang tak pernah cakap makin jauh kita pergi sebenarnya makin banyak yang kita kena belajar.
Banyak usaha yang perlu diletakkan,
Banyak juga kesabaran yang perlu diterapkan.

Ya, betul..
Banyak belajar banyak ilmu banyak pengalaman.
Tapi jangan lupa walau sedetik.
Itu semua hak ALLAH.
DIA pinjamkan sementara untuk kita.
Tapi kita kena tahu yang DIA tak pinjamkan semua pada kita.
DIA pinjamkan juga pada semua makhluknya.
Sama rata sama banyak.

Oleh itu..
Jangan sesekali mendabik dada.
Walau setinggi mana kita duduk.
Ada orang lagi tinggi ilmunya walau duduk rendah dari kita.
Kerana apa.. kerana ALLAH maha adil.

Tidak pernah rugi merendah diri.
Tidak pernah rugi hadiahkan senyuman.
Tidak pernah rugi kongsi pengetahuan.
Yang penting lakukan apa sahaja dengan satu niat..
Kerana ALLAH SWT..

Satu peringatan untuk diri sendiri.
Agar bila berjaya terbang tinggi tak lupa bumi dipijak langit dijunjung.





Tuesday, February 16, 2016

I'M bACK

2 tahun tinggalkan blog ni..
Tanpa berita..
Bukan sahaja berita.
Jenguk pun jauh sekali.

Kini kembali.
Kembali menulis.
Kembali meluah rasa.
Kembali bercerita.

Cuma harap cita-cita akan jadi nyata.
Tak seperti selalu, konon banyak nak cerita.
Tapi sunyi tanpa berita.
Senyap tanpa kata.

Sekian.
Coretan ringkas pemula bicara.

Monday, December 23, 2013

Ahmad Fatih dan Lego

Ahmad Fatih boleh duduk dua tiga jam dengan lego.
Diam jer..
Bukan sajer diam, malahan x boleh dikacau dan ditegur.
 
Memula aku risau gak tgk dia diam jer.
Tapi bila tengok apa yang dia buat aku biarkan jer.
Kekadang syok juga.
Seronok tengok kekereatifan dia.
Kekadang aku pun tak terpikir dia boleh buat macam tu.
 
Yang tak tahan cuma satu.
Dia punya sepah memang menyirap jer la.
Nasib baik aku yang kini bukan lagi yang dulu.
Kalau dulu2 aku mana blh tengok bersepah mcm ni.
Nescaya aku ngamuk.
Sekarang, aku biarkan jer.
Malam dah nk tido baru kemas.
 
 
Jom tengok apa dia buat.

Itu hasil sepahan yang dia buat. Masalahnya jgn tolong kemas nanti dia marah. Tapi last2 kita gak yang kemas.
Owhhh.. itu kren kata dia

Sponge bob... kata dia "ummi, kaki dia boleh jauh blh rapat"

Antara robot dan bangunan yang dia buat.

Aku x tau aper. Tapi aku suka.

Pun aku suka.

"Ini nanti jadi menara opis abg ya", kata ku kat ahmad fatih

Ini yang latest...
Nota kaki entri ini : Ini masa kualiti dia ngan ayah dia. Suami aku paling suka layan dia buat benda ni. Kekadang dia boleh buat pertandingan 2 org tu. Saper buat paling cantik dia menang.

Ahmad Faris dan Tisu

Ahmad Faris sangat sukakan tisu.
Sekotak tisu sebulan tak cukup untuk dia.
 
Ok. Saya kena admit yang dia sangatlah pembersih.
Baju kotor sket nk tukar.
Mulut kotor sket nk lap tisu.
Kaki terpijak air sket nk basuh.
Tangan kotor sket sibuk nk basuh.
Lepas basuh sibuk cari tisu.
Selagi tak jumpa tisu maka tangan dia akan terangkat dan terbuka.
Mulut tak abes2 cakap "geli".
Itu la ahmad faris sekarang.
 
Kalau makan tangan mesti pegang tisu.
Pastu dah lap sekali mesti kena tukar tisu lain.
Tak boleh pakai tisu yang sama.
Meh tengok macam mana stail mengada2 dia sekarang...

Makan limau sambil tengok tv..  tisu mesti ada..

Bila air limau meleleh kat tangan dia, dah mula la dia mengelap. Makan x seberapa, mengelap tangan yang lebih

Dah siap pun sama, kena lap lagi. Lepas lap basuh. Pastu lap lagi.

Nota kaki entri ini : Alhamdulillah dapat seoarang anak yang pembersih. Kalau tengah makan ada kuah gulai yang tertitis atas meja makan, dia sibuk minta tisu untuk lap. Tisu dah masuk senarai kena beli tiap bulan sekarang ni. Nasib baik pampers cuma kena beli utk ahmad farid sahaja.

Monday, December 16, 2013

Breastfeeding Part 3... The Journey

Sebut pasal "Journey" ni, dah jauh sebenarnya perjalanan aku sebagai seorang ibu yang bekerja dan menyusu. Insyaallah, dipanjangkan umur serta dikurniakan kesihatan oleh ALLAH SWT, akan genap 5 tahun aku menyusu pada 26 Feb 2014 ni. Tanpa henti tau... Sama umur ngan ahmad fatih la. Alhamdulillah... murah rezeki kami sekeluarga.

Yaaaa.. tanpa henti aku menyusu bermula dari ahmad fatih dilahirkan sampai la sekarang. Yaaaa, walau mengandung aku tetap menyusu. Aku pernah cerita sebelum ni kat sini. Macam2 dah jadi sepanjang hampir 5 tahun ni... Teringat bagaimana aku bermula sebagai seorang yg innocent... hahahaha.. innocentnya.. sampai la sekarang, aku kira aku dah jatuh kategori senior kut.

Walau senior, tak bermakna aku dah master dalam bab2 menyusu ni, tp boleh la kalau aku nk share sket2.. Aku pun masih belajar.. Buktinya, pamplet yang aku dapat masa memula aku belajar menyusu dulu sampai sekarang aku masih simpan. ader melekat kat peti ais tu... kalau ahmad fatih kacau, sanggup aku kejar dia satu rumah... sayang tuuuu...

 


Hospital yang bagi aku... Banyak info kat pamplet yg satu ni.

Eh... jap... tajuk tadi the journey kan? ok back to niat asal aku bila aku taip "the journey" tadi.Sebenarnya aku nk share pasal scheduling of pumping...

Sepanjang tempoh aku menyusu ni satu yang aku maintain dari dulu sampai skrg adalah schedule aku mengepam. Sangat penting ya ibu2 sekalian. Kenapa korang tanyer? Yer la, bila kita mengepam ni, satu cara utk pastikan hasil pengepaman kita sama jer sepanjang masa adalah dengan memastikan schedule pengepaman kita adalah sama setiap hari. kalau tak sama pun, hampir sama la...

eh, tak boleh nk menten?
keje tak tentu masa?
kena outstation, tak boleh nk cari masa mengepam?
eh, eh, eh eh... alaaaaaa... x boleh la...

ok. itu semua alasan.
Meh nk tanyer...
Sesibuk mana pun korang keje ada x sampai tak lunch?
ataupun sampai tak blh rehat petang kalau kursus tu?
Eh, tak boleh lunch? takder rehat petang??
ish ish ish... zalimnya bos korang...
heheheheh.. aku tau bunyinya sangat sarkastik.

Sebenarnya, yang nk aku gambarkan adalah masa boleh dicari.
Ini schedule aku dari dulu sampai sekarang...

Session 1
5.30am 
Bangun2 tido pagi, terus aku pam...
dapat la dalam 6-10oz.

Session 2
12.30pm - 2.30pm
Most of the time aku akan pam time lunch... tapi kekadang cepat sket, kekadang lambat sket, tp dalam jangka masa tu la..
time ni dapat la dalam 10 - 16oz.

Session 3
5.00pm - 7.00pm
ini biasanya sebelum aku balik keje la.. kalau ader kursus lepas abes sesi petang aku pam la...
dpat la dalam 6-10oz juga...

Session 4
11.00pm - 12.00pm
ini biasanya abes sesi malam... kalau kursus la...
dapat dalam 6-8oz

Session 1 sampai 3 tu aku buat kalau aku keje macam biasa dan takder apa2 kursus atau outstation. Takder la session 4, sebab bila sampai umah jer, hero2 aku kompom gayut tak ingat.
Session 1 sampai 4 tu aku buat kalau aku kursus sampai malam atau kena outstation la kan. 
Each session aku akan normally pam 10minit. Paling lama adalah 15 minit. Which is sgt jarang. 

Alhamdulillah, setakat ni macam tu la jadual pengepaman aku, dan aku berjaya menyusu 2 anak aku sampai 2 tahun.. In fact ahmad fatih sampai 3 tahun setengah, and ahmad faris sekarang 2 tahun 11 bulan, masih lagi meyusu share dgn ahmad farid yang 3 bulan.

Alhamdulillah... murah rezeki mereka dapat menyusu susu ibu.

Owwhhhh ya... aku bernasib baik sebab aku keje gomen. Jadi time tu blh la aku arrange sket2. Namun tak seme la senang bagai yang dirancang. Keje aku ni byk outstation, wajib la sekali sebulan. kekadang sebulan 3 kali pun ada. And sekali outstation wajib 5 hari waktu bekerja. Dan ada sampai ke sabah pun. Dengan semua halangan tu serta mengamalkan jadual macam di atas aku masih dapat menyusukan anak sampai 2 tahun, serta dapat mengepam dan mengekalkan production susu.

Alhamdulillah, aku bukan nk riak, tapi aku sangat bersyukur. Sebab aku tahu seme yang terjadi adalah rezeki dari Allah untuk aku dan keluarga. Tapi aper pun, rezeki tak datang terpijak. Semua kena usaha. Dan Allah dah janjikan, setiap yang berusaha akan pasti dapat hasilnya...

Petua aku? Aku tak der mengamalkan apa petua.. cuma yang aku sentiasa pastikan :
1. Walau macam mana sibuk atau letih atau malas pun aku, schedule kat atas tu wajib ikut.
2. Walau jauh mana atau lama mana pun aku pegi, aku akan doa pada Allah, susu aku ada untuk anak2 aku. Jangan kurang walau terpisah 5 hari.
3. Pemakanan kena jaga juga la... aku banyak minum air masak. 2L sehari memang kompom. Biasanya lebih. And kalau mood nk diet datang, sehari aku wajibkan juga amik nasi sekali. Kalau menyusu insyaallah korang akan automatic kurus walau tak diet. Jangan bimbang kay.
4. Apa lagi ek... Aku pun tak tau... setakat ni itu jer aku rasa... aku tak amik any supplement. Dulu masa memula menyusukan ahmad aftih, ada gak la cuba, tp aku ni kalau bab supplement memang fail...
5. Aku ingat yg paling penting, adalah doa kepada ALLAH SWT. Walau macam mana usaha kalau korang tak minta dan Yakin  pada Yang Kuasa, maka usaha pun entah kemana.. tapi doa harus disusuli usaha yang berterusan ek.. Aku bukan sempurna, bukan juga ustazah, tapi aku share apa yang aku buat... 

Nota kaki entri ini : Aku penah mengepam sambil drive. Puncanya bukan la sebab terlalu sibuk, Tapi aku terlalu malas nk pam. Tapi bila masuk kete aku rasa rugi kalau tak pam, so aku pam la juga sambil drive. Aku yang cari susah kan... hihihihi