Friday, January 29, 2010

InDaHkaH SEbUAh PeRKAhwInaN?


Wahhhh... Gempaknya tajuk. Bunyinya seperti telah kecewa dengan sebuah perkahwinan.... Oh tidak, saya masih percaya bahawa perkahwinan itu memang indah. Cumanya saya mahu menekankan bahawa keindahan itu datang degan kerjasama semua pihak...  Perkahwinan adalah satu tanggungjawab. Perkahwinan adalah kepercayaan. Perkahwinan adalah satu penyatuan, penyatuan dari segala segi. Perkahwinan bukan semata-mata utnuk menghalalkan perhubungan....Bukan juga untuk mereka yang mengimpikan keindahan semata-mata. (Nota untuk gambar : Gambar ini saya ambil dari http://alfateh.via.my/. Kredit to the website. Gambar ini saya rasakan cantik jadi saya copy dan paste di sini. Anda rasa cantik tak veil yang pengantin perempuan itu pakai? Soalan bertujuan membuang masa org yg membaca... hihihihi.. sorri)

Ini alasannya mengapa saya ingin membebel mengenai perkara ini hari ini...

Ini adalah sebahagian perbualan melalui telefon yang berlaku diantara dua manusia yang sedang mempertikaikan tentang perkahwinan :

Mak Ngah : Naper mak Ndak nak kawen sangat ni??? Perabih lu study tu... Blablablabla (Banyak la leterannya kerana dia memang suka berleter)

Mak Ndak : Kerana nk menghalalkan perhubungan. Tak elok asik keluar berdua, tak elok bergayut telefon lamer, tak elok bercinta, kena kawen baru tak berdosa. (Panjang lagi explaination nya yang aku rasa malas nk taip sebab nanti aku akan tambah dosa sbb banyak sangat tambah perencah kat ayat tu).

Ini pula adalah perbualan dua rakan sekerja mengenai perkahwinan :

Rakan 1 : Naper mata nampak berair jer? Merajuk ker? Kenapa lak kali ni?

Rakan 2 : mmmm... Nampak sangat ker? Tak merajuk tapi merajuk. Kenapa merajuk? Hehehe.. Perkara yang sama. Malas nk tunggu dah, tanyer jer asik tak tahu tarikhnya...Bablablablabla... (Pun malas nk taip lagi, nanti tertambah secukup rasa lak. Yang utama, isi penting dah ada)

Indahkah sebuah perkahwinan sehinggakan mereka asyik masyuk nk berkahwin atas pelbagai alasan. Sudahkah mereka bersedia untuk melangkah ke satu dunia baru yang memerlukan banyak pengorbanan, kesefahaman, penyatuan, pemberian, penerimaan??? Jika sudah bersedia untuk semua itu, sila, sila senaraikan 10 kebaikan dan 10 keburukan sidia yang anda sayangi... Saya paham susahnya nk cari 10 keburukan, maklumlah sedang bercinta sakan. Tp cubalah, cuba cari, kita manusia biasa, mesti ada kelemahan, tak der yang sempurna.

Dah ke belum? Tak per la kalau belum, saya paham, kentutnya pun wangikan... Oh, perkara tersebut dah boleh letak dalam kebaikan... KENTUTNYA WANGI...

Setelah menyenaraikannya, maka pikirkan adakah anda sudah bersedia menerima kesemua 20 perkara yang disenaraikan. Eh.. ada lagi belum masuk senarai? Tak per, sila masuk kan... Seberapa banyak mana yang anda nak.

Eh.. Laaaa... Ada lagi yang belum boleh senarai 5 perkara pun... Hurmmm.... Tak per la ,take your time...

Ok, dah la tu, saya tahu memg kebaikan dia banyak sangat sampai tak cukup sehelai kertas saiz A4 pun. Maka untuk pengetahuan anda, itu baru sehelai kertas A4, dan setelah berkahwin, maka bukan sahaja tak cukup sehelai kertas A4 untuk anda senaraikan, malah sepanjang hidup juga takkan cukup masa untuk senaraikan segalanya. Dan dengan itu sila buat rumus sendiri utk kira berapa kotak kertas A4 yang diperlukan.

Cuma, anda semua perlu ingat bahawa dalam senarai tersebut nanti bukan sahaja akan ada 100 kebaikan, tapi 100 juga keburukan atau mungkin lebih. Dan itulah keindahan sebenar perkahwinan. Dari keburukan2 dan kebaikan2 itu, akan ada rajuk merajuk, pujuk memujuk. gaduh bergaduh, peluk memeluk dan berbagai-bagai lagi scene2 yang jika dibuat telemovie pun tak kan habis dengan 300 episod... Dari perkara inilah maka kita harus berkorban, harus bersatu, harus menerima, harus memberi harus bermaafan... Dan dari perkara inilah akan bertambah kasih sayang dalam sebuah perkahwinan. Sudah kah anda bersedia untuk menerima segalanya??? (Nota kaki perenggan : Wahhh.. kenapa 300 episod. Sajer penulis nk guna angka 3, macam best lak rasanya... hihihihi)

Eh.. Ai tak boleh tido kalau ada yang berdengkur.. Eh, ai geli la ngan ikan keli... Laaaaa.... Laaa, lupakan seme tu... Berusaha la menerima segalanya... SEGALANYA... Barulah indah sebuah perkahwinan itu.. 

Dan ini adalah hanya 10% dari rempah perkahwinan... Jika 10% ini pun belum anda fikirkan, maka sila duduk, termenung, pandang dinding sampai tembus dan mula berfikir... Setelah itu, senaraikan apa sahaja jika anda rasa nk senarai. Jika penat sila berehat atau tido.. Ataupun buat apa sahaja yang anda rasa nk buat...

Jika anda malas nk pikir pun tak per, sila teruskan apa sahaja aktiviti yang anda ingin lakukan.. Moga hidup kita diberkati, dan bagi yang ingin melangkah ke alam perkahwinan. Kahwin la, kerana kawen itu memang indah....

Nota kaki entri kali ini : Saya terlupa letak nota untuk gambar. Jadi nota untuk gambar adalah : Gambar ini saya ambil dari www.zazzle.com.au/  Comel kan beg tu... Gambar yang tiada kaitan dengan cerita. Cuma bila google ada gambar org kawen, jadi saya copy and paste disitu.. tp bukankah gambar itu juga comel Adakah begitu comelnya sebuah perkahwinan??



Wednesday, January 27, 2010

Ohh.. Pahitnya herba ini

Aku adalah seorang isteri dan ibu yang bersikap konvensional. Aku kata begini kerana, aku percaya pada memasak dirumah dapat memikat hati suami dan anak, aku percaya kepada menggosok baju suami dengan tangan sendiri itu boleh menambah kasih sayang, aku percaya membesarkan anak dengan memberi susu badan adalah langkah terbaik walaupun aku bekerja, aku percaya perkara2 yang org sekarang panggil old skool. Walaupun aku ada maid aku masih lakukan perkara-perkara ini. Aku memang old and conventional. Tak per yg penting aku hepi and ok (dan juga dengan harapan suami dan anak sayangkan aku.. sayangkah mereka??? - itulah soalan berbentuk provokasi yang memang aku perlukan dan nantikan jawapannya hihihihihi)


Dan kerana itulah wujudnya gambar disebelah didalam kamera telefon bimbitku. (Nota untuk gambar : Itu adalah gambar Fenugreek iaitu herba yang dikatakan boleh menambahkan produksi susu. Gambar itu diambil diatas meja pejabatku dan disebelah telefon pejabatku. Terdapat juga earphone, radio dan tempat pensel yang sibuk nak enterframe walaupun telah ku cari angle terbaik semasa mengambil gambar). Cukup tu, dah panjang sangat nota. Sila sambung tajuk asal ya penulis.

Aku menyusu badan pada anakku yang kini telah berumur 11 bulan. Dan sekarang aku rasa production susuku berkurang. Seorang kawan telah menasihati aku untuk mengambil herba ini untuk menambahkan susu. Bersama nasihat diberikan juga sekeping kad yang jika aku guna untuk beli herba ini maka aku akan dapat diskaun 20%. Owh.. Banyak tu....



Jadi hari ini tepat jam 1 tghr aku telah pergi ke GNC Live Well untuk membeli herba ini dengan harga RM50.30 (Nota untuk perenggan ini : Harga itu adalah setelah diskaun 20%. Sila kira sendiri harga sebelum diskaun jika anda berminat untuk beli dan tiada kad diskaun tersebut. Sebagai hint aku jimat sebanyak RM12.60).

Selain daripada ini aku juga harus melakukan beberapa perkara lain bagi meningkatkan produksi susu. Ianya adalah :

1. Minum jus lobak merah + lobak putih + susu pekat/susu tepung (ini petua aku baca dari
L
aman Susuanku. Tenkiu ;))

2. Baca dan
surah al-baqarah ayat 60. Amalkan selepas solat, menyusukan, mengepam (ini petua aku baca dari Laman Susuanku. Tenkiu again ;))

3. Bangun malam untuk mengepam susu (ini juga petua aku baca dari Laman Susuanku. Tenkiu again and again ;))


So, doakan aku berjaya ek. Aku dah berniat sejak dari sebelum berkahwin untuk breast feed anak bila aku ada anak. Dan bila dapat anak aku berniat untuk menyusukan dia sehingga 2 tahun. Aku harap sangat sangat aku berjaya...

Nota kaki entri ini : Owh, sekali lagi aku terlupa sampaikan maksud tajuk entri ini. Aku telah makan herba ini dan ianya sangat pahit walaupun aku telan jer... dari baunyer pasti semua dah tahu ia pahit...



Banyaknyer yang berlaku di awal 2010....

Hahahahahahaha... aku pun tak tahu aper tajuk yg aku tulis tu relevannya dengan citer aku jap lagi... Aku sebenarnya banyak membaca selama aku senyap ni... Banyak membaca hal-hal penulisan blog ni...

Macam mana nk tulis blog yang menarik, macammana menulis blog itu juga menguntungkan, macam nk tarik ramai pembaca... Macam2 lagi la... Wahhh... sungguh banyak perkataan "macam"... Hehehehe...

Tertarik jugak aku membaca all those useful information, and i am hardly trying to improve my style of blogging... My writing, my blog appearance n everything. But my plan is to do it one by one. And the first thing is to improve my essay writing skills, how the stories should goes, what are the flow of the language, the vocabulary used and not forgetting the picture... I'll upload some picture of my real life... Why i'm doing this? I dunt know any good reason for it, but i'm doing it just for my self satisfaction. I want improve my writing skill some more because its usefull for me as i'm working in the deaprtment that need me to read, write and build specification, guide line and alots of other technical document.


____________________________________________________________________

What a boring introduction right... Ok lorr stop all the nonsense.... Now come back to "Banyaknyer yang berlaku di awal 2010...."

Seawal bulan januari, dan yang paling penting, ANAKKU dah pandai berjalan... Waaaaa hepinya siibu... ibarat anak dah dapat 1st class degree. Tak kisah la, janji itu adalah pencapaian seterusnya anakku dalam hidup dia... Yang penting aku lagi hepi dari anak.. Hari 1st dia boleh jalan la... Lepas tu... letihnya siibu.. Hahahaha... Naper? Bila dah blh berjalan keje dia nk jalan ajer... Malam pun tak mahu tido, asik nk berjalan..Nk training kata husband... Penatnya melayan, tp takper la, asalkan dia boleh berjalan.. Betul ker takper? Kul 1 baru nk tido belajar berjalan punya pasal... errrrrrr.... Tensen gak la... sampai siibu tertido dulu dan siayah mengambil turn.... Hahahahaha... Baiknyer suamiku... tenkiu abang.. Mmmmmuuuuuaaaahhhh.. Love uuu... Dan sekarang, si anak dah laju berjalan, tp masih sibuk berlatih.. excited mungkin sebab perkara baru dalam hidupnya... Dan sekarang, siibu dan siayah dah kepenatan melayan tp masih juga terus melayan... Terus melayan dan juga telah mendapat taktik bagaimana menidurkan sianak secepat yg boleh... Huahuahuahua... Rahsia ibubapa... (Nota untuk gambar : Itu adalah gambar anakku pergi shopping ya bukan pergi berlatih berjalan. Oh.. cuba teka trolley carrefour atau jusco??)

Januari terus berlalu, 1hb, 2bh, 3hb.... Eh dah tengah bulan... Eh silap kembali ke awal bulan... Adikku yang bongsu tinggal bersamaku sekarg semenjak awal januari...

Bekerja sepenuh masa sambil menunggu result SPM yang akan masak ranum dan gugur sekitar bulan march tak silap aku... bermula rutin harianku yang harus memasak lebih byk dari biasa... Bukan sebab dia makan byk tp sebab nk bagi dia bawa bekal ke tempat kerja.. Kakak mithali aku ni untuk perhatian semua... (Sekali sekala berilah peluang aku perasan okey). Alhamdulillah setakat ni aku tengok dia istiqamah dalam kerja dia, cuma aku sangat tak suka disiplin dia yg terlalu teruk.. tp takper la... aku harap bila dia bekerja dia belajar macam2 perkara dari keadaan sekitar dia...(Nota dihujung perenggan : ADIK AKU SEBENARNYA MAKAN BANYAK GAK. HEHEHE). (Nota untuk gambar : Itu gambar ketika dia sedang bergembira dan belum pun memikirkan bagaimana rasanya mengambil peperiksaan SPM yang sekarang katanya "SUSAH GILER". Rilek dik... Banyak lagi benda susah lam hidup ni... )

Masih berada dibulan Januari... bulan yang pada aku memberi semangat baru dalam kerjaya aku. Walupun aku masih ditempat lama, tp aku kini semakin bersemangat untuk melunaskan tanggungjawabaku. Jangan ditanya mengapa... Tp satu permulaan yang agak baik pada aku... Harapan aku, ianya berkekalan hingga ke hujung tahun ini... Untuk tahun hadapan, moga akan lebih baik lagi. (Jgn kata terlalu awal untuk aku berniat bagi tahun hadapan).

Eh.. Eh... Dah hujung bulan... Laaaa.. Banyak lagi nk cerita.. Tapi tetiba malas pula aku. Tak per la... Cukup la sebagai permulaan pikirku... Permulaan yang fresh dan berbeza dari sebelumnya.. Sesuai la,.. kan ker tahun baru dah ni.. Aku pun dah tua dah tahun ni... Tp takper, aku gembira sebenarnya dengan peningkatan umurku ini... Hehehehe... AKu suka.. Sangat suka... Kenapa.. Nantila sampai satu masa aku pasti bercerita.. Kenapa? Kerana aku sebenarnya suka bercerita... Hehehehe... So lambat laun aku pasti bercerita, cuma bila masanya tiba, harapan ku jangan ader yg termuntah hijau, atau terpenin lalat atau terkesima.. Cuma membaca la jika anda suka, dan tak perlu baca jika ia memboringkan...

Babai, sehingga ketemu dilain entri, Moga aku punya ketetapan hati, Dalam mengharungi cabaran ilahi, agar diri sentiasas diberkati....