Wednesday, December 08, 2010

Diabetes and Pregnancy Part 2

Nk tengok apa yang saya makan hari ni tak??? Oooooo.. Bestnya.. Terasa nikmat sungguh makan benda yang  m_ _ _ _  sebegini. Sila isi tempat kosong selepas melihat gambar dua makanan di bawah. Ada empat huruf yang perlu diisi.. Chewah.. nampak x gaya penulisan saya yang excited. Tak per tgk gambar dulu ya...

Gambar 1


Gambar 2


Ya betul jawapan anda semua. Pengat pisang dan badak berendam!!!! Eh silap, itu klu nya ya... Ya betul, makanan yang MANIS. Mesti arrrr... Sekarang saya dh boleh mkn makanan manis. Enak sungguh rasanya. Dah lama sangat rasanya saya tak makan desrt2 sebegini. Itu semua sebab saya harus berpantang kan. Menjaga makan demi memastikan kencing manis tiada dalam diri...

So, resultnya dah kuar pun. dah lama kuar cuma saya jer tak tahu n tak pasti... Meh tengok sama2.. Tadaaaaaa.. Cup, cup, cup. Ala korang mesti dah dapat agak kan. Mana tak nya, gambar diatas dah kasi klu untuk semuanya... Tapi saya nk tunjuk gak. Sebab saya tengah sangat excited!!

 Nota untuk gambar : Tadaaaaaa... Kalau tak jelas pun takper kan, dah tentu korang tau seme ok cuma saya yang terlebih gedikssss nk tunjuk gak...

So, bila dapat result ni, maka diisytiharkan, hari ni adalah hari paling best sekali dalam tahun ini... Hahahahaha... Nampak sangat saya bercakap tanpa berpikir... Tak kisah la.. Tapi hari ni best la... Sangat hepi..

So saya x mau citer panjang lagi. Saya nk noktahkan disini. Nk sambung kebesan hari ini dengan melakukan beberapa perkara..  Akan ada Diabetes and Pregnancy Part 3 nanti. Di situ saya akan cerita bagaimana menghadapi, mengharungi serta mengatasi diabetes ketika pregnant. Tunggu ek..

And last but not least. Td saya transfer gambar dari tepon dan dapat la transfer gambar2 ini sekali. Nk tengok? Alaaaa... Gambar ape lagi, tentu arrr gambar anak bujang saya yang soleh... Bila hepi2 ni terasa nk peluk n cium dia puas2. Apa? Suami tak yah peluk n cium ker? Suami dah tadi... Dah siap seme dah.. Peluk cium .... ... ... .... .... .... dan banyak lagiiiii... Hahahahaha.... Dah!!! Meh arrrr tengok gambar anak bujangku..

 Nota untuk gambar : Ya betul, dia sekarang sangat la aktif. saya dah tak terkejar dah. Ini pun dia duk atas sofa hanya bila saya kata "Fatih, ummi nk amik gambar ahmad fatih, cepat" dan itu lah hasilnya..

 Nota untuk gambar : Ni waktu nya dia tunjuk perasaan. Bila ummi kata jangan maka dia akan assumed jangan = sila buat lagi!!!! Pandai2 dia ajerrr...

 Nota untuk gambar : Rasanya inilah gambar paling control macho yang berjaya disnap sejak dia dah berumur setahun lebih ni. Kalau tak, jangan harappppp!!!


Nota kaki entri ini : Saya hepi sangat sangat sangat hari ni. Fullstop! ('',)

Thursday, December 02, 2010

Pregnancy dan Masalah Gusi & Gigi...

Oh lupakan dulu pasal diabetes.. Sampai hari ni pun Dr masih belum telefon saya.. Bad news atau good news kah saya masih belum tau... Saya pun malas nk pikir dh.. Walaupun jauh disudut hati ini masih berdebar (sebenar tak jauh disudut hati pun), saya memilih untuk mengekalkan ia disudut tersebut dahulu... Hehehehe...

OK. Maka dengan itu. Sehubungan itu juga. Yang berkaitan dengannya juga. Yang mana2 sesuai la korang guna sebagai wacana ayat seterusnya ini ya... Eh, dh penin apa sebenarnya yang nk disampaikan.. Blh abaikan perenggan ini ya. Hahahahahaha...

Begini ceritanya. Saya kalau mengandung memang tak boleh elak dengan masalah gusi dan gigi. Kiranya, bila dapat tahu saya mengandung tu saya dh tahu, saya akan kena asingkan duit untuk tiga perkara untuk diri sendiri :

1. Pasti la untuk monthly check up dan bersalin
2. Yang juga memang pasti, adalah untuk gusi dan gigi saya.
3. Pakaian ketika mengandung (Yang ni lebih kepada kemahuan ya kawan2. Bila pregnancy kali kedua, ini bukan lagi kepentingan sbb baju yang lama kan masih ada, tp saya kan perempuan... ;) )

Apa? Korang tak rasa macam ada kaitan gigi, gusi dan pregnancy? Hurmmmm, mari saya bawa anda berjalan2 sambil melihat pengalaman saya. Ok mulakan langkah anda dengan dengan melihat kepada darah yang terpaksa dikorbankan ketika menggosok gigi sebanyak dua kali sehari... Banyak tahu... Banyak mcm mana? Banyak la bak kata Dr gigi saya :

"Sy baru jer letak benda ni (alat yang diarg guna masa buat scaling tu. Sori tak tahu nama.) kat gigi awak dah bersembur darah keluar..". 

Ya, bersembur ya perkataan yang dia guna.. So sila la bayangkan sendiri banyak mana darah yang kuar sambil berjalan2 tu ya..

Mari kita teruskan perjalanan ya kawan2... Gigi? Hurmmmm, lagi hebat. Bayangkan ya sambil berjalan2 tu. Masa pregnant fatih hari tu. Eh cup. Sebelum mengandungkan fatih, gigi saya ok jer, langsung takder masalah. Sedap jer makan, tak der lubang, tak der sensitif... Masa mengandungkan fatih, baru dua bulan mengandung, gig saya dh berlubang. Bukan berlubang biasa2 tahu, tapi sampai kena buat tanam akar lagi.. Adoiiii, teruk kan, just in two month!! Bab sensitif jgn cerita la, pantang lambat gosok gigi mesti gigi rasa ngilu. Lepas mkn mesti kena kumur2, kalau tak mesti rasa sakit gigi tak tentu pasal..

Pregnant kali kedua pulak??? Hurmmm lagi hebat. Sebab tu bila kali ke dua ni, saya nampak jer ada gigi berlubang terus suruh Dr tampal, tak mahu tggu.. Sakit tahu buat tanam akar... Tampalan gigi saya yang lama pun kena buat blk kata Dr takut nanti effect gigi.. Sebelum ngandung ok jer tampalan tuh. Adoiiiii... Duit kan seme tu? Dah arrr buat  gigi tu mahal...

Dah la. Letih dh jalan2 sambil citer pasal gigi n gusi ni. Mari kita berehat sambil saya ceritakan kenapa ia jadi begitu...

Bagi yg dh mengandung mesti tahu kan, during pregnancy kita sendiri kena banyak minum susu. Tahu tak kenapa? Ya btl, untuk baby lam kandungan.. Tp korang tahu tak yg sebenarnya susu tu untuk kita gak.. Kalau kurang minnum susu kurang la kalsium. During pregnancy lagi kurang sebab baby lam perut bergantung dan berkongsi bersama nutrien2 lam badan kita especially kalsium. Maka kalau kita tak minum susu seperti saya ni, begitu lah hasilnya... Gigi, gusi, kebas kaki n byk lagi arrr kesannya... Makan kalsium pil pun tak sama ngan minum susu tahu.. Pil lambat menyerap lam badan sebab ia pepejal, tapi susu cecair maka ia mengambil masa yang lebih cepat untuk menyerap lam badan kita yaaaa...

So nasihat sy senang jer.. Korang rajin2 la minum susu  during pregnancy. Kecuali la pembawakan pregnant korg tak leh minum susu, then tak per... Kalau tak sila la usahakan supaya blh minum.  Bak kata kawan saya yang tak minum susu gak :

"Alaaaa ros. Aku during pregnancy memang paksa gak minum. Kalau aku tak minum aku akan pikir aku telah mendera anak lam kandungan aku. Aku bukan ibu yang baik. Maka dgn itu aku telan jer susu sambil tarik nafas n tutup mata"

So apa lagi. Jom arrrr kita beramai2 minum susu. Apa??? Korang belum pregnant? Korang belum kawen pun? Haaaa, rasa tak perlu pun sbb badan sihat jer??/

Haaa, bagi la alasan. Ok, terpulang kat korang. Tp mari saya kongsikan satu fakta yang diberikan oleh seseorang yang boleh dipercayai kepada saya :

Fakta berkaitan sistem badan dan kalsium : Apabila anda telah berumur 25 tahun, maka badan anda akan berhenti atau kurang menghasilkan kalsium untuk keperluan badan. Maka kita perlu mengambil supplement kalsium atau minum byk susu untuk memastikan badan kita sentiasa disupply dengan kalsium yang mencukupi.

Nota kaki entri pregnancy ini : Apa??? Korang belum 25tahun? Hurmmmm, terpulang la, lagipun itukan badan korang.. And sori gak kalau ada maklumat yang tak btl diberi lam entri ini..

 Korang nk gigi korang jadi camni ker bila dah anak dua nanti ????? (Sumber gambar dari : http://michaelyani.blogspot.com/2010/06/cara-mencegah-mengobati-gigi-berlubang.html)

SELAMAT MINUM SUSU KAWAN-KAWAN