OK. Maka dengan itu. Sehubungan itu juga. Yang berkaitan dengannya juga. Yang mana2 sesuai la korang guna sebagai wacana ayat seterusnya ini ya... Eh, dh penin apa sebenarnya yang nk disampaikan.. Blh abaikan perenggan ini ya. Hahahahahaha...
Begini ceritanya. Saya kalau mengandung memang tak boleh elak dengan masalah gusi dan gigi. Kiranya, bila dapat tahu saya mengandung tu saya dh tahu, saya akan kena asingkan duit untuk tiga perkara untuk diri sendiri :
1. Pasti la untuk monthly check up dan bersalin
2. Yang juga memang pasti, adalah untuk gusi dan gigi saya.
3. Pakaian ketika mengandung (Yang ni lebih kepada kemahuan ya kawan2. Bila pregnancy kali kedua, ini bukan lagi kepentingan sbb baju yang lama kan masih ada, tp saya kan perempuan... ;) )
Apa? Korang tak rasa macam ada kaitan gigi, gusi dan pregnancy? Hurmmmm, mari saya bawa anda berjalan2 sambil melihat pengalaman saya. Ok mulakan langkah anda dengan dengan melihat kepada darah yang terpaksa dikorbankan ketika menggosok gigi sebanyak dua kali sehari... Banyak tahu... Banyak mcm mana? Banyak la bak kata Dr gigi saya :
"Sy baru jer letak benda ni (alat yang diarg guna masa buat scaling tu. Sori tak tahu nama.) kat gigi awak dah bersembur darah keluar..".
Ya, bersembur ya perkataan yang dia guna.. So sila la bayangkan sendiri banyak mana darah yang kuar sambil berjalan2 tu ya..
Mari kita teruskan perjalanan ya kawan2... Gigi? Hurmmmm, lagi hebat. Bayangkan ya sambil berjalan2 tu. Masa pregnant fatih hari tu. Eh cup. Sebelum mengandungkan fatih, gigi saya ok jer, langsung takder masalah. Sedap jer makan, tak der lubang, tak der sensitif... Masa mengandungkan fatih, baru dua bulan mengandung, gig saya dh berlubang. Bukan berlubang biasa2 tahu, tapi sampai kena buat tanam akar lagi.. Adoiiii, teruk kan, just in two month!! Bab sensitif jgn cerita la, pantang lambat gosok gigi mesti gigi rasa ngilu. Lepas mkn mesti kena kumur2, kalau tak mesti rasa sakit gigi tak tentu pasal..
Pregnant kali kedua pulak??? Hurmmm lagi hebat. Sebab tu bila kali ke dua ni, saya nampak jer ada gigi berlubang terus suruh Dr tampal, tak mahu tggu.. Sakit tahu buat tanam akar... Tampalan gigi saya yang lama pun kena buat blk kata Dr takut nanti effect gigi.. Sebelum ngandung ok jer tampalan tuh. Adoiiiii... Duit kan seme tu? Dah arrr buat gigi tu mahal...
Dah la. Letih dh jalan2 sambil citer pasal gigi n gusi ni. Mari kita berehat sambil saya ceritakan kenapa ia jadi begitu...
Bagi yg dh mengandung mesti tahu kan, during pregnancy kita sendiri kena banyak minum susu. Tahu tak kenapa? Ya btl, untuk baby lam kandungan.. Tp korang tahu tak yg sebenarnya susu tu untuk kita gak.. Kalau kurang minnum susu kurang la kalsium. During pregnancy lagi kurang sebab baby lam perut bergantung dan berkongsi bersama nutrien2 lam badan kita especially kalsium. Maka kalau kita tak minum susu seperti saya ni, begitu lah hasilnya... Gigi, gusi, kebas kaki n byk lagi arrr kesannya... Makan kalsium pil pun tak sama ngan minum susu tahu.. Pil lambat menyerap lam badan sebab ia pepejal, tapi susu cecair maka ia mengambil masa yang lebih cepat untuk menyerap lam badan kita yaaaa...
So nasihat sy senang jer.. Korang rajin2 la minum susu during pregnancy. Kecuali la pembawakan pregnant korg tak leh minum susu, then tak per... Kalau tak sila la usahakan supaya blh minum. Bak kata kawan saya yang tak minum susu gak :
"Alaaaa ros. Aku during pregnancy memang paksa gak minum. Kalau aku tak minum aku akan pikir aku telah mendera anak lam kandungan aku. Aku bukan ibu yang baik. Maka dgn itu aku telan jer susu sambil tarik nafas n tutup mata"
So apa lagi. Jom arrrr kita beramai2 minum susu. Apa??? Korang belum pregnant? Korang belum kawen pun? Haaaa, rasa tak perlu pun sbb badan sihat jer??/
Haaa, bagi la alasan. Ok, terpulang kat korang. Tp mari saya kongsikan satu fakta yang diberikan oleh seseorang yang boleh dipercayai kepada saya :
Fakta berkaitan sistem badan dan kalsium : Apabila anda telah berumur 25 tahun, maka badan anda akan berhenti atau kurang menghasilkan kalsium untuk keperluan badan. Maka kita perlu mengambil supplement kalsium atau minum byk susu untuk memastikan badan kita sentiasa disupply dengan kalsium yang mencukupi.
Nota kaki entri pregnancy ini : Apa??? Korang belum 25tahun? Hurmmmm, terpulang la, lagipun itukan badan korang.. And sori gak kalau ada maklumat yang tak btl diberi lam entri ini..
Korang nk gigi korang jadi camni ker bila dah anak dua nanti ????? (Sumber gambar dari : http://michaelyani.blogspot.com/2010/06/cara-mencegah-mengobati-gigi-berlubang.html)
SELAMAT MINUM SUSU KAWAN-KAWAN
2 comments:
kawan sy kan..mase mengandung lagi teruk....seme gigi geraham atas bawah kene buang...katenye sakit giler mase tak buang tu lagi....
tu la.. tensen tau zura... Dh la masa pregnant selera makan tak hengat. Tp tak blh nk layan sebab gig tak berkemampuan. Tensen tau... Heheheheh...
Post a Comment