Tuesday, November 24, 2009

Bengang..

Aku bengang betul pagi ni... Seingat aku, aku adalah antara manusia yang sangat susah nk marah. Susah nk naik angin. Lagi pulak nk bengagn kat org, setahun sekali pun susah. Tp pagi ni dah ader org buat darah aku nemyirap sampai ke kepala....

Alkisahnya dalam perjalanan aku ke pejabat pagi ni. Aku lalu la kat satu jalan ni, yg mana memg hari2 aku jalan kat sini... So bila masuk jalan ni lam 200m, aku kena himpit kekiri utuk masuk simpang kira lam 500m didepan. Keadaan jalan ni lak adalah sedikit sibuk sebab kat tempat aku kena masuk kiri tu ader jln dari sebelah kiri kena msk kanan utk ke jalan lagi satu la...

So setiap pagi, aku akan buka signal perlahan-lahan minta laluan kat org yg memg kat lane kiri tu untuk tumpang masuk sbb aku kena masuk spg kiri kat depan tu, kalau lambat nanti aku terlepas, dan aku akan tambah pulak kejemman jln yg kat sebelah kanan tu. tapi aper yg terjadi pagi ni, ada la sebiji saga warna ala ala gold kelabu gitu, yg tak mau kasi aku masuk.. aper masalah dia pun aku tak tahu.. lagi aku ke depan lagi dia himpit aku.... Sian kat motor 2 yg tersepit kat tgh antara kami... Aku kater dia ni mungkin nk pegi lu, sbb dia pun nk masuk spg kiri mcm aku. So, aku buat fast calculation, and decide bg jer dia jalan lu, pastu aku ikut jer dia masuk spg kiri tu...

Tapiiiiiiiiii.... Dia lagi himpit aku... Naper ntah????? Lalu la woiiiii!!! Aku kasi jalan tuh!!!! Jalan depan tu pun kosong tak der kete, so ko blh pilih nk ke kiri ke kanan secara senang lenang. Kitarg seme berhenti utk kasi ko jalan tuh. Tak mahu, lagi himpit aku... Suka hati ko la. Aku tekan myk sket terus hulur depan kete aku n masuk lane kiri tuh??? Kete tersebut???? Brake terkejut. Lantak arrr lam ati aku.... Tp bila aku tgk side mirror aku, dia senanyer nk masuk lane kanan. Pastu terkedek-kedek lak tu... Menambahkan jem sedia ader... Dia membuang masa aku hampir 5 minit td, dan sekarg dia senanyer nk ke kanan.. Kalau dia bertolak ansur dr td kan ke aku dah ke kiri n dia dah selamat ke kanan????

Huhhhhhh.. Pemandu sekarg ni aku tgk tak reti nk bertolak ansur.... Seme kira nk cepat n nk menang. Aku dah baik hati kasi jalan tak reti lak nk pusing tayar kete amik kanan. Suka hati korang laaa... asal korg sampai opis cepat ek... Tak sampai gak. Kalau bertolak ansur kan dah sampai cepat sket... mmmm.... Letihhhhh... Letih bengang ngan org...

Monday, November 23, 2009

MONDAY BLUES


SEPERTI BIASA PAGI ISNIN YANG KURASA LEMBAP... DAN SEMEMANGNYA IA LEMBAP SEBAB HUJAN SEMALAM SELAIN DARI DIRIKU YG KURASAKAN AGAK LEMBAP... BIASA LA MELAYAN MOOD MONDAY BLUES YANG SENTIASA MUNCUL SETIAP HARI ISNIN SEJAK BERKURUN LAMA NYA...


SELEBIHNYA AKU MENCARI ALASAN KEPADA KEMALASAN AKU UNTUK MEMULAKAN KERJA PADA SETIAP HARI ISNIN SETELAH AKU BERCUTI SELAMA DUA HARI IAITU SABTU DAN AHAD... WALAU SEGEMBIRA MANA PUN AKU PADA HARI TERSEBUT MONDAY BLUES TETAP KAN MUNCUL PADA HARI ISNIN. NORMAL KAH AKU BEGINI? SEMUA ORG MELALUI KAH APA YANG AKU LALUI? ADAKAH PERKARA BEGINI NORMAL? ATAU AKU SEMEMANGNYA MANUSIA PELIK YANG BERSIKAP PEMALAS? HEHEHEHEHE....

SEMUANYA PUN PSHYCOLOGY AKU YG MENGKONTROL... DAN SEMEMANGNYA AKU RASA NYAMAN MELAYANNYA... TAK PER LAH ASAL AKU BAHAGIA MELAYAN APA SAHAJA YANG AKU RASA. CTH NYA SEPERTI SEKARANG, AKU BAHAGIA MELAYAN RASA MALAS AKU UNTUK MEMULAKAN KERJAKU....



Thursday, November 19, 2009

Astaghfirullahal'azim

Istighfar panjang aku pagi ni diatas kelalaian dan kekurangan ilmu didada.....

Pepagi masuk opis tetiba aku rasa ader mood untuk update blog aku ni... Mungkin sbb aku dah cuti smlm.. Anyway aku MC semalam so dapat la rehat sket sambil melayan batuk n selesema aku yang sebebanarnya bertambah sirius ni. Back to the topic, aku sesajer la buka blog ni sebelum update blog sendiri...

Buka jer blog ni aku tertarik ngan topik yang ditulis... Sememangnya topik yg dibincangkan diblog ni memang selalu nya menarik untuk aku tambah ilmu didada dan mengingatkan aku untuk muhasabah diri aku ni... So, aku pun baca la the whole paragraph... Istighfar panjang aku sepanjang membaca cerita yang ditulis yang aku pasti bertujuan untuk dikongsi bersama semua yg berminat. Terima kasih untuk Kereta Mayat dan aku mohon maaf kalau link yang aku buat ni tak proper. Satu memang aku tak reti sebenarnya nk link2 kan blog ni, dan satu lagi maaf kalau sebenarnya kereta mayat tak selesa utk dilinkkan...

Apa pun, berkaitan dengan apa yg aku baca, dari raya lepas aku sibuk mintak ngan chentaku untuk beli rantai emas... Aku tak der lagi rantai emas. Itulah alasan yang aku beri kat chentaku. Dan husband aku ni memg jenis yang akan kata ya jer kalau aku mintak aper2 untuk dibelikan sebab aku ni memg jarang mintak aper2 pun dan husband aku pulak memg tak reti nk belikan aku aper2 hadiah utk aku walaupun time besday ker anniversary ker aper2 jer la.. Aku tak kisah pun... dan mungkin sbb tu gak kalau aku mintak aper2 dia layan jer...

Satu lagi husband aku ni punya perangai adalah dia akan sibuk dan takder masa untuk belikan aku aper yg aku mintak sampai la aku merajuk baru la dia beli... Itupun setelah aku sepuluh kali merajuk kut baru dapat, but i'm ok, itu la dia yang aku sayang giler bagai nk rak... Hehehehe... So, pasal rantai emas tadi aku ingat setakat ni dah hampir 5 kali aku berbunyi sambil merajuk mintak dia luangkan masa utk pi beli dengan aku... Pantang tengok jer orang lalu lalang pakai yg aku nampak aku aku akan cakap, tgk kat tv pun aku akan berbunyi... Nk yang panjang supaya kalau pakai tudung masih nampak... Astaghfirullahal'azim... Thanks again kerata mayat...

Dan seingat aku malam td adalah kali kelima aku berbunyi benda ni kat husband aku apabila aku ke Carrefour membeli barang rumah dan dalam perjalanan pulang ader org bagi aku pamplet WahChan Sale kat aku... Dan setelah membaca kereta mayat sebentar tadi, aku bertekad malam tadi adalah yang terakhir aku bersuara pada suamiku... Aku tak nk dah rantai tu... Its ok... Aku berpuas hati dengan aper yg aku ada... Aku bersyukur sangat dah dengan kehidupan aku sekarang, tak der yg kurang pun. Dan yang penting tak der yg kurang pun kalau aku takder rantai emas tu... Aku masih sempurna dijadikan ALLAH SWT.. Hidupku juga sempurna dengan suami dan anak juga kurniaan ALLAH SWT... Dan yang penting byk dah dosa aku, dan aku tak nk sebab rantai emas tu bertambah2 dosa aku.. Tak mampu dah aku tanggung.. Masih tak cukup aku bertaubat.. Masyaallah...

Aku rasa sebanyak manpun terima kasih yang aku ucapkan kat kereta mayat takkan berbaloi dengan aper yg dia buat.. Aku doa kan moga dia dan seluruh keluarganya sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT...

Wednesday, November 18, 2009

UJIAN ALLAH SWT

Hurmmm.... Aku demam lagi... Demam sekejap jer, tp batuk n selesema dah hampir seminggu tak ok lagi. Itupun baru dua minggu lepas aku kena demam, selesema n batuk mcm ni... Penat gak.. Kesian kat babyku n chentaku...

Dalam keadaan mcm ni seme pun aku tak de mood nk buat. Badan tak sihat. Nak datang keje pun aku malas.. Baju husband pun aku gosok pagi2 sebelum gi keje, malas nk prepare dari malam. Ikutkan hati aku ni, balik jer keje aku nk tido n restkan badan... Naper la aku asik tak sihat jer.. Tp kan ker bagus mcm ni, tak silap aku, kater org kalau kita sakit ni maknanya tuhan nk hapuskan dosa-dosa kecil kita... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..

Sebenarnyer sejak seminggu aku tak sihat ni banyak giler keje aku tertangguh, samada kat tempat kerja atau kat umah. Antaranya :

1. Aku sepatutnya email kat supplier something, but it is not completed untill today, already middle of the week.

2. Aku sepatutnya study something yang need further clarification on my task but, i'm not even start a word untill now.

3. Baju yang dah berlipat sejak hari sabtu hari tu sampai hari ni aku tak susun lagi lam almari.

4. Bilik yang aku tak lap n mop since minggu lepas.. Serabut dah aku tengok, tp i'm not in mood. Badan aku lemah betul ni..

5. Aku sepatutnya beli barang yg banyak dah habis stok kat umah tu, tp aku malas giler nk jalan kat supermarket utk beli semua tu. Lagi2 bila aku pikir supermarkat tu besar, nk kena jalan jauh giler utk cari seme barang, pastu nk kena beratur panjang giler utk bayar. Kalau aku sihat pun aku tak suka shopping ini pulak lam keadaan mcm ni.

6. Aku nk pi beli baju anak aku yang sepatutnya dah lamer aku buat. Bukan aper, dia dah nk masuk 9 bulan, tp baju dia yg sesuai utk umur dia, aku baru beli 5 pasang baju tido n 5 pasang bj pakai siang. Selebihnya baju saiz lamer. Walaupun padan tp aku tgk dah singkat gak tu. Tp aku malas giler nk ke shopping2 complex ni, aku tak larat. Lagi pulak aku kalau beli bj heroku tu, paling kurang sejam baru setel.. Sejam nk jalan n berdiri pilih bj.. OOOOOOO... I'm totally not in moood... Maafkan ummi sayang...

Kesimpulan yang boleh aku buat adalah i'm SICK. So, aku ingat bila aku dah sihat nanti aku kena cover seme ni... Kesian kat org keliling aku yang secara langsung menerima impak ketidaksihatan aku ni... Maaf abg.. Maaf baby... Sayang betul2 tak larat.. Ummi betul2 tak mampu nk buat tu seme buat masa ni... Insyaallah bila dah sihat sayang/ummi cover balik seme...

Thursday, November 05, 2009

alhmadulillah.... syukur kepadaNYA

Assalamualaikum wbt...

Dah masuk bulan november pun.. tinggal sebulan jer lagi tahun 2009... Tak sabar aku nk tunggu masa berlalu.. aku tak sabar nk tua bersama suamiku... tak sabar nk tgk anak aku membesar, bersekolah dan berjaya.... Insyaallah kalau TUHAN izinkan.... Apa pun alhamdulillah aku masih bernyawa hingga ke hari ini...

Hurmmm... Aku baru baik dari demam, 4 hari demam. Bermulanya bulan november ni dengan demam... Teruk jugak demam aku. Seingat aku dah dua tahun berturut aku akan demam bila nk hujung tahun.. Takpe la.. Kata org, demam ke sakit ker adalah tanda bahawa YANG ESA masih ingatkan kita (walaupun sebenarnya dia sentiasa ingat kita, kita jer yang selalu lupa dia). YANG ESA nak hapuskan dosa-dosa kecil kita.

Apa pun terima kasih aku kat suami tercinta yang aku rasa tak henti-henti jaga aku sampai aku sihat.. Jaga anak lagi, jaga aku lagi... Dua-dua demam.. Penin kepala dia.. Byk kali aku dengar dia mengeluh tak bersemangat nk kerja sebab dua2 org kanan dia sakit... Terima kasih abang dan sayang mohon maaf sesangat.. tak habis-habis susahkan abang...