Monday, May 20, 2013

Toilet Sign

Daku dihantar berkursus ke hotel regency hari ni. Std place yg mesti nk kena visit pasti la toilet kan...
Pastu sblm masuk toilet mesti la cek dulu mana satu toilet wanita kan...
Then, daku lihat sign ni very sweet... hahahahahah... trs amik gbr...
Bila daku tgk kan daku bayangkan begini. Lelaki tu jeling yg pompuan tu. Yg pompuan pula tertunduk malu...
Hahahahahaha... psycho kah aku menterjemah begitu??? Ahhh pedulik!!!! Comel jer...

Tuesday, May 07, 2013

Pneumonia

Kalau boleh aku tak nk cerita lagi pasal benda ni. In fact, nk ingat pun aku takut. Tapi bagus juga kalau aku dapat share, agar kita semua, especially kaum2 ibu boleh la mengambil sedikit pengajaran dan tauladan daripada pengalaman aku ni...


Sesungguhnya, pengakhiran 2012 dan permulaan 2013 adalah satu jangka masa yang sangat tough buat aku... Lets forget about 2012 dulu, yg tu nanti aku cerita..

Dalam bulan januari 2013, to be exact 29 Januari 2013, ahmad fatih telah dimasukkan ke hospital.
Hampir sebulan juga, sehingga 16 Februari 2013.
Malah sempat duduk di PICU sehari.
Sebabnya adalah Pneumonia (paru-paru berair).

Sebenarnya dia dah mula tak sihat dari awal januari.
Sempat warded sehari semalam (8 - 9 januari 2013) pasal cirit birit sehingga dehydrated.
Sempat berulang alik ke hospital 4 atau 5 kali tak silap aku sebab demam dengan suhu yang tinggi.
Suhu yang tinggi tu adalah antara 39 - 41 deg C.
Ada sekali tu sampai menggeletar sebab suhu yang terlalu tinggi.
Selsema..
Batuk..
Selsema ok lepas doktor tukar ubat buat kali pertama.
Tapi batuk memang tak kurang...

Sehingga lah 29 Januari tu aku bawa dia jumpa doktor sebab tengok penafasan dia yang macam tercungap2 dah...
Bila x-tray sebelah paru-paru dia dah dipenuhi air.
Paling ngeri doktor kata mungkin dah ader nanah.
Semiggu di columbia hospital doktor bagi antibiotik jer.
Namun masih begitu, sekejap demam kejap ok.
Batuk ada kurang sket.
Namun kekadang teruk juga.
Pastu doktor kata nk buat ct scan utk tgk apa sebenarnya dalam paru-paru dia.
Dah buat ct scan kena pulak anta film xtray tu ke gleneagles hospt utk sahkan apa sebenarnya.
Bila doktor di Gleneagles kata memang dah ader nanah dia proposed utk transfer fatih ke PPUM...
Kata dia di PPUM ada full team, ader peads respiratory specialist, ader peads surgeon dll peads specialist la...
Di gleneagles pun ader.
Tapi time tu dekat raya cina.
Dia nk cuti panjang.
So tak mau terima case lagi.

Ni masa dekat columbia hospital. Ini jer gambar masa dia sakit yang aku ader. Masa di PPUM langsung xder. Sebabnya aku tak suka amik gambar orang sakit. Ini pun tak silap aku mak su nya yang amik.

Pada 05 Feb 2013, transfer to PPUM, 06 feb 2013 fatih masuk operation room.
Buat chest tube, minor operation jer...
Kata doktor tak sampai sejam. Paling lama pun sejam...
Tapi dua jam aku tunggu kat luar OT, fatih masih tak keluar.
Bila husband tanyer rupa-rupanya, sebelah lagi paru2 fatih tak baper kuat utk support penafasan dia.
So dia perlukan bantuan penafasan dan maka itu perlu dirawat secara rapi di PICU...
Lama sebab tunggu PICU datang amik fatih..

Adoiiiiiiii.. walaupun semua dah kembali ok, tp aku masih sebak bila duk taip balik detik2 ni...

Alhamdulillah, fatih di PICU cuma sehari.
Sempat masuk darah malamnya..
Masuk petang 6 feb keluar petang 7 feb dan di transfer ke wad biasa..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
xder yg lain mampu aku katakan.

Walaupun dah di ward biasa byk juga prosedur lain yang dibuat..
Masukkan uerogynist (sori kalau salah eja) utk cair dan keluarkan nanah dari paru2 thru chest tube yg dipasang.
Masih terus dgn antibiotik, dll...
Alhamdulillah.
Demam pun perlahan-lahan takder...
Batuk pun dah xder..
So, 16 feb tu fatih dah dibenarkan keluar dari hospital.
Tapi waktu tu paru2 dia masih belum clear dari jangkitan virus tu.
Doktor dah set kan appmnt utk aku hadiri.

Ni masa dah kuar hospital. Dah sihat tp belum clear sepenuhnya virus. So doktor cadangkan jangan keluar ke public area. Kalau nk keluar doktor suruh pakai mask. Tp ahmad fatih ni time amik gambar ni jer dia pakai. Lepas tu sibuk la nk tanggal. Jarangnya lekat...

But now, alhamdulillah, semua pun dah ok.
Yang masih fobia cuma aku.
Pantang fatih batuk sket pun aku dah gelabah.
Tak payah batuk.
Dia bersin pun aku kelam kabut.
Sungguh.
Doktor dah komfemkan dia dah clear dan paru2 dia dah sepenuhnya sihat.
Namun...
Aku masih belum clear dari detik2 yang mencemaskan sepanjang januari dan februari.

Ni dia dah sihat sepenuhnya. Gambar ni pun dia yang capture sendiri. Dia memang suka bergambar..

Pajang sangat dah cerita aku... so lets wrap up..

Ini yang dapat aku share :

1. Kalau anak batuk2 sampai hampir lebih 2 minggu, baik kita monitor closely. Especially penafasan dia kalau dia tercungap-cungap tu. Bawa la jumpa pakar.

2. Kalau demamnya dengan suhu yang terlalu tinggi, pastu kejap datang kejap pergi, juga perlukan perhatian yang khusus. especially kalau lebih dari seminggu. Jumpa paeds la. Jangan jadi macam aku. Fatih suhuya tinggi time tgh malam. So aku berlari ke hospital bhgn emergency . Jumpa doktor biasa jer. Malam2 mana ader peads yang bertugas. Dia kata seme ok, Cuma demam panas. Aku walau x sedap hati tetap tak bawa fatih jumpa paeds. Aku ingat dua atau tiga kali juga aku ke hospital bhgn emergency tgh2 mlm. Semua doktor tu pun kata ok. tp bila jumpa dr hew pada 29hb jan tu la baru dapat tahu semua. Tapi itu juga mungkin perjalanan dan dugaan utk aku. Cuma aku share utk pengetahuan korang yg membaca.

3. Kalau korang pegi hospital nk melawat saudara mara tak yah la bawak anak2. Especially yang bawah 12 tahun ni. Diarg bukan boleh naik atas pun. Mesti diarang akan main2 kat bawah kan? Macam tu la fatih sebelum dia sakit, dia pun ikut aku melawat atuk aku yg sakit di hospital. Aku kat atas, dia kat bawah main mcm2, guling sana sini, akrobatik tak kira tempat. Aku ingat ni juga antara tempat dia dapat virus tu. Itu cuma analisis yang aku dan suami buat, belum tentu betul, tp aku pikir ader relevannya. Lagipun tak rugi pun x bawa anak2, diarg bukan boleh masuk tgk pesakit pun.

4.Antibiotik. Aku percaya ramai yang tak suka makan antibiotik. Aku pun sama. Tapi aku nk korang tau yang antibiotik sangat penting. Sila habiskan antibiotik yang diberi walaupun korang dah sihat dari penyakit yang korang hidapi. Antibiotik sangat penting dalam membina sistem imunisasi badan utk melawan virus yang menyerang badan kita. Itu yang aku paham. So, kalau korang sihat tak semestinya virus tu dah mati semua. Mungkin masih ada yang duduk diam2 dalam badan kita. So bila kita stop antibiotik, dia pun mula bergerak aktif semula, dan kita pun sakit la balik. Ambil contoh ahmad fatih, dia ambil antibiotik sampai hampir 2 bulan. Eh, dua bulan lebih, march baru stop kut. Itu pun dua tiga kali tukar utk dapatkan antibiotik yang sesuai dengan dia masa kat hospital tu. Selagi tak sesuai selagi tu demam dia tak kebah, batuk dia tak kurang. Pastu walaupun dah discharge dari hospital, doktor terus sambung antibiotik dia. Sampai la xtray tunjuk paru2 dia ok baru doktor stop antibiotik dia. Nampak tak pentingnya antibiotik tu penting. So kalau korang tak mau abeskan atibiotik tu tak per la, tapi utk anak2 tolong la jadi zalim n paksa mereka abeskan. Antibiotik sangat la penting!!! Eh, korang pun kena habeskan juga tau, kalau sakit saper nk jaga suami dan anak2 kita???


Nota kaki entri ini : Fatih sangat kuat ketika dia sakit. Tapi lepas dia sakit dia dah tak nk ke sekolah. Dia pun sibuk nk cuti. Aku mungkin hantar dia tahun depan kut. Itu pun kalau aku tanye dia, dia akan jawab....

Ummi : Abang, tahun depan ummi hantar abg pegi sekolah ya?
Abang : Tak mau. Abang nk cuti!!!









Friday, May 03, 2013

Haiiiiiiiiii.....

Dah lama sangat aku x apdet aper2 cerita kat sini. Walaupun aku tau langsung x pelik kalau aku lamer apdet kerana itu memang sikap aku. Tapi this time aku rasa perlu apdet...

Banyak yg aku lalui this year...its a very tough start for this year. Byk sgt yg terjadi. Byk yg aku nk share... byk gak yg aku nk catatkan sbg nota masa depan aku.

Nanti la aku citer satu persatu. Harapan tinggi melangit aku adalah agar entry ini menjadi entry permulaan utk aku mula menulis lg. Biarpun sekali sebulan but at least smth...

Ok la. Cukup dh rasanya. Aku pun tgh meetg ni... Tp mood tetiba dtg. So I thinks its better if I start wiv smth..

Eh, sebelum tu... jom tgk hero2 aku.. buah hati pengarang jantung hatiku...