Friday, August 14, 2009

Muhasabah diri

Muhasabah diri... Seharusnya hari-hari aku buat benda ni supaya aku tak lupa diriku.. Tp kekadang aku tak terpikir pun nk muhasabah diriku.. Aper yang mengingatkan diriku hari ini adalah kerana lagu yang aku dengar pagi td. Lagu "Pergi tak kembali"....

Teringat masa mula-mula aku denganr lagu tu.. Aku menangis.. Teresak-esak... And thats happens today... After 9 years.. I cried again listening to that song.. Aku rasa sangat tersentuh. Sungguh mendalam makna lirik tersebut. Mengingatkan aku tentang segalanya. Menyedarkan aku tentang pelbagai perkara. Dan sesungguhnya aku tersedar bahawa telah lama aku tidak khusyuk sebegini mengingati yg ESA.. Ya ALLAH, besarnya dosaku... Ampunilah dosaku....

Banyak yang telah KAU kurniakan untuk ku... Cukupkah kesyukuran yang aku panjatkan kepadaMU.. Banyak yang telah aku minta padaMU.. Pernahkah aku mensyukuri atas apa sahaj pemberianMU..

YA ALLAH... maner hilangnya arah perjalanan hidupku.Setiap hari aku menghadapmu namun adakah aku khusyuk setiap kali itu.. Adakah KAU menerima segala amalan ku itu... Ya ALLAH... pimpin la hambamu ini kejalan yang ENGKAU redhai... Lindungi la hambamu ini dari melakukan perkara-perkara yang ENGKAU murkai... Rahmati dan berkati apa sahaja yang aku lakukan....