Wednesday, June 03, 2009

Kasihku

Kasihku,

Kaulah segalanya untukku
Aku bersyukur kau hadir dalam hidupku
Kau menyinari setiap ruang hatiku
Kau melengkapi kekurangan diriku

Kau disisi tak kira waktu ketika
Kau bersamaku tika bahagia dan sengsara
Tika gembira dan duka
Tika tangis dan ketawa

Kasihku,

Kau tak pernah jemu menasihatiku
Kau tak pernah jelik seadanya aku
Kau tak pernah mengeluh atas kepincanganku
Kau tak pernah menyesal menerimaku

Kau bersabar atas sikapku
Kau tersenyum melihat marahku
Kau tertawa atas rajukku
Kau mendengar akan leteranku

Kasihku,

Ketahuilah,
Sesungguhnya kasihku padamu seikhlasnya aku
Kasihku padamu sepenuh hatiku
Kasihku padamu kurniaan terindah ALLAH padaku

Ketahuilah,
Senyumanmu, gelak tawamu, pelukanmu, ciumanmu,
Segalanya pembakar semangatku,
Marahmu, teguranmu, leteranmu, tangismu
Segalanya mendewasakan aku..

Kasihku,

Alhamdulillah..
Syukur kupanjatkan kehadrat Ilahi
Segalanya yang telah DIA tentukan
Adalah yang terbaik dan terindah untukku

Tiada yang lebih kupinta dariNYA
Moga ALLAh kekalkan kebahagiaan ini ke akhir hayatku
Moga ALLAH panjangkan hayatmu
Moga ALLAH merahmati dan memberkati perjalanan hidup kita
Moga ALLAH melindungi, memimpin dan menetapkan iman kita
INSYAALLAH..

KASIHKU,
TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA
AKU CINTAKAN MU
AKU KASIHKAN MU
AKU SAYANGKAN MU


Kerja, Cuti, Kenduri....

Kenapa ntah aku tulis tajuk entry kali ni mcm tu... Senanyer rasa mcm dah lamer tak mencoret dan meluahkan aper yg terbuku dihati dan terpikir dikepala...

Sebenarnya sekarang kami sekeluarga tengah sibuk dengan kenduri adik ipar aku yang bongsu. Hujung minggu lepas kenduri dikampungku dan minggu ni kami akan menghantarnya ke kelantan belah suaminya pula.

Penatnya kenduri dikampung belum habes lagi. Aku dan kasihku masih belum dapat berehat sepenuhnya. kasihku masih sbk uruskan hal-hal berkaitan rumah yang sepatutnya siap by end of this month. Aku pulak biasa la, tak habes lagi mengemas, membasuh, menyiapkan hal2 umah dan keje lain yang dah lame aku tak buat betul2. Yer la, dah sebulan kitarg asik sibuk blk kpg bila hujung minggu uruskan persediaan kenduri adikku...

Alhamdulillah, semua pun dah berjalan lancar. Dah selesai pun semua. Esok kami sekeluarga akan bertolak ke kelantan untuk menghantar pengantin. Kesian pula fikirkan buah hati kami yg comel tu. Tak pernahnya dapat berehat dirumah. Pantang hujung minggu mesti berjalan.. tak per la. This week will b the last week, then we r gonna have a full rest at home... Masak2, makan2, bercinta... Hehehehe....

Keje pulak aku ingat minggu ni aku tak buat aper2. malas... Tak bersemangat. Lagi pun aku keje dua hari jer minggu ni... Di unit ni pun tak der aper yg perlukan feed back segera. So, aku pun mula membuat kerja2 yang bukan. Serf internet, baca buku, tgk movie.. Aper2 jer la sementara menuggu pukul 5...

Dah la aku mengarut... Sesajer senanyer nk update wat happened in a few weeks back... Nanti la, aku update gambar kenduri. Tak der yang menarik. Aku tak sempat pun bergambar ngan pengantin. Maklum la, jadi AJK angkat pinggan kotor pada hari tersebut. Aku pun tak kisah, yang penting kenduri berjalan lancar... :)