Wednesday, February 17, 2016

Kemaskini terkini

Tiada apa yang terkini.
Masih sama cuma umur makin bertambah.
Perjalanan juga makin jauh.
Banyak yang dah dipelajari.
Banyak lagi yang perlu dipelajari...

Orang kata, makin jauh kita pergi makin banyak pengalaman kita.
Tapi orang tak pernah cakap makin jauh kita pergi sebenarnya makin banyak yang kita kena belajar.
Banyak usaha yang perlu diletakkan,
Banyak juga kesabaran yang perlu diterapkan.

Ya, betul..
Banyak belajar banyak ilmu banyak pengalaman.
Tapi jangan lupa walau sedetik.
Itu semua hak ALLAH.
DIA pinjamkan sementara untuk kita.
Tapi kita kena tahu yang DIA tak pinjamkan semua pada kita.
DIA pinjamkan juga pada semua makhluknya.
Sama rata sama banyak.

Oleh itu..
Jangan sesekali mendabik dada.
Walau setinggi mana kita duduk.
Ada orang lagi tinggi ilmunya walau duduk rendah dari kita.
Kerana apa.. kerana ALLAH maha adil.

Tidak pernah rugi merendah diri.
Tidak pernah rugi hadiahkan senyuman.
Tidak pernah rugi kongsi pengetahuan.
Yang penting lakukan apa sahaja dengan satu niat..
Kerana ALLAH SWT..

Satu peringatan untuk diri sendiri.
Agar bila berjaya terbang tinggi tak lupa bumi dipijak langit dijunjung.





Tuesday, February 16, 2016

I'M bACK

2 tahun tinggalkan blog ni..
Tanpa berita..
Bukan sahaja berita.
Jenguk pun jauh sekali.

Kini kembali.
Kembali menulis.
Kembali meluah rasa.
Kembali bercerita.

Cuma harap cita-cita akan jadi nyata.
Tak seperti selalu, konon banyak nak cerita.
Tapi sunyi tanpa berita.
Senyap tanpa kata.

Sekian.
Coretan ringkas pemula bicara.