Istighfar panjang aku pagi ni diatas kelalaian dan kekurangan ilmu didada.....
Pepagi masuk opis tetiba aku rasa ader mood untuk update blog aku ni... Mungkin sbb aku dah cuti smlm.. Anyway aku MC semalam so dapat la rehat sket sambil melayan batuk n selesema aku yang sebebanarnya bertambah sirius ni. Back to the topic, aku sesajer la buka blog ni sebelum update blog sendiri...
Buka jer blog ni aku tertarik ngan topik yang ditulis... Sememangnya topik yg dibincangkan diblog ni memang selalu nya menarik untuk aku tambah ilmu didada dan mengingatkan aku untuk muhasabah diri aku ni... So, aku pun baca la the whole paragraph... Istighfar panjang aku sepanjang membaca cerita yang ditulis yang aku pasti bertujuan untuk dikongsi bersama semua yg berminat. Terima kasih untuk Kereta Mayat dan aku mohon maaf kalau link yang aku buat ni tak proper. Satu memang aku tak reti sebenarnya nk link2 kan blog ni, dan satu lagi maaf kalau sebenarnya kereta mayat tak selesa utk dilinkkan...
Apa pun, berkaitan dengan apa yg aku baca, dari raya lepas aku sibuk mintak ngan chentaku untuk beli rantai emas... Aku tak der lagi rantai emas. Itulah alasan yang aku beri kat chentaku. Dan husband aku ni memg jenis yang akan kata ya jer kalau aku mintak aper2 untuk dibelikan sebab aku ni memg jarang mintak aper2 pun dan husband aku pulak memg tak reti nk belikan aku aper2 hadiah utk aku walaupun time besday ker anniversary ker aper2 jer la.. Aku tak kisah pun... dan mungkin sbb tu gak kalau aku mintak aper2 dia layan jer...
Satu lagi husband aku ni punya perangai adalah dia akan sibuk dan takder masa untuk belikan aku aper yg aku mintak sampai la aku merajuk baru la dia beli... Itupun setelah aku sepuluh kali merajuk kut baru dapat, but i'm ok, itu la dia yang aku sayang giler bagai nk rak... Hehehehe... So, pasal rantai emas tadi aku ingat setakat ni dah hampir 5 kali aku berbunyi sambil merajuk mintak dia luangkan masa utk pi beli dengan aku... Pantang tengok jer orang lalu lalang pakai yg aku nampak aku aku akan cakap, tgk kat tv pun aku akan berbunyi... Nk yang panjang supaya kalau pakai tudung masih nampak... Astaghfirullahal'azim... Thanks again kerata mayat...
Dan seingat aku malam td adalah kali kelima aku berbunyi benda ni kat husband aku apabila aku ke Carrefour membeli barang rumah dan dalam perjalanan pulang ader org bagi aku pamplet WahChan Sale kat aku... Dan setelah membaca kereta mayat sebentar tadi, aku bertekad malam tadi adalah yang terakhir aku bersuara pada suamiku... Aku tak nk dah rantai tu... Its ok... Aku berpuas hati dengan aper yg aku ada... Aku bersyukur sangat dah dengan kehidupan aku sekarang, tak der yg kurang pun. Dan yang penting tak der yg kurang pun kalau aku takder rantai emas tu... Aku masih sempurna dijadikan ALLAH SWT.. Hidupku juga sempurna dengan suami dan anak juga kurniaan ALLAH SWT... Dan yang penting byk dah dosa aku, dan aku tak nk sebab rantai emas tu bertambah2 dosa aku.. Tak mampu dah aku tanggung.. Masih tak cukup aku bertaubat.. Masyaallah...
Aku rasa sebanyak manpun terima kasih yang aku ucapkan kat kereta mayat takkan berbaloi dengan aper yg dia buat.. Aku doa kan moga dia dan seluruh keluarganya sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Me, Kids and World Scarves Problems
Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...
-
hari ni kononnya nk amik baju raya di shah alam. dh spi sana bj x siap juga. dh siap tiga mggu yg lps sebenarnya. tp lain yg diorder lain...
-
Rinel, this entry i wrote mainly dedicated to you.. Oh sorry to disturb while u r still enjoyed ur sate kajang. How it taste ek? Is it as de...
-
When I was a kid, I thought being an adult is awesome. And now I am an adult, and I think the best time is when I was a kid. Hahahahahaha...
No comments:
Post a Comment