Wednesday, January 27, 2010

Ohh.. Pahitnya herba ini

Aku adalah seorang isteri dan ibu yang bersikap konvensional. Aku kata begini kerana, aku percaya pada memasak dirumah dapat memikat hati suami dan anak, aku percaya kepada menggosok baju suami dengan tangan sendiri itu boleh menambah kasih sayang, aku percaya membesarkan anak dengan memberi susu badan adalah langkah terbaik walaupun aku bekerja, aku percaya perkara2 yang org sekarang panggil old skool. Walaupun aku ada maid aku masih lakukan perkara-perkara ini. Aku memang old and conventional. Tak per yg penting aku hepi and ok (dan juga dengan harapan suami dan anak sayangkan aku.. sayangkah mereka??? - itulah soalan berbentuk provokasi yang memang aku perlukan dan nantikan jawapannya hihihihihi)


Dan kerana itulah wujudnya gambar disebelah didalam kamera telefon bimbitku. (Nota untuk gambar : Itu adalah gambar Fenugreek iaitu herba yang dikatakan boleh menambahkan produksi susu. Gambar itu diambil diatas meja pejabatku dan disebelah telefon pejabatku. Terdapat juga earphone, radio dan tempat pensel yang sibuk nak enterframe walaupun telah ku cari angle terbaik semasa mengambil gambar). Cukup tu, dah panjang sangat nota. Sila sambung tajuk asal ya penulis.

Aku menyusu badan pada anakku yang kini telah berumur 11 bulan. Dan sekarang aku rasa production susuku berkurang. Seorang kawan telah menasihati aku untuk mengambil herba ini untuk menambahkan susu. Bersama nasihat diberikan juga sekeping kad yang jika aku guna untuk beli herba ini maka aku akan dapat diskaun 20%. Owh.. Banyak tu....



Jadi hari ini tepat jam 1 tghr aku telah pergi ke GNC Live Well untuk membeli herba ini dengan harga RM50.30 (Nota untuk perenggan ini : Harga itu adalah setelah diskaun 20%. Sila kira sendiri harga sebelum diskaun jika anda berminat untuk beli dan tiada kad diskaun tersebut. Sebagai hint aku jimat sebanyak RM12.60).

Selain daripada ini aku juga harus melakukan beberapa perkara lain bagi meningkatkan produksi susu. Ianya adalah :

1. Minum jus lobak merah + lobak putih + susu pekat/susu tepung (ini petua aku baca dari
L
aman Susuanku. Tenkiu ;))

2. Baca dan
surah al-baqarah ayat 60. Amalkan selepas solat, menyusukan, mengepam (ini petua aku baca dari Laman Susuanku. Tenkiu again ;))

3. Bangun malam untuk mengepam susu (ini juga petua aku baca dari Laman Susuanku. Tenkiu again and again ;))


So, doakan aku berjaya ek. Aku dah berniat sejak dari sebelum berkahwin untuk breast feed anak bila aku ada anak. Dan bila dapat anak aku berniat untuk menyusukan dia sehingga 2 tahun. Aku harap sangat sangat aku berjaya...

Nota kaki entri ini : Owh, sekali lagi aku terlupa sampaikan maksud tajuk entri ini. Aku telah makan herba ini dan ianya sangat pahit walaupun aku telan jer... dari baunyer pasti semua dah tahu ia pahit...



No comments:

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...