Ingatkah lagi entri saya yg patriotik satu waktu dahulu??? Hehehehe, inilah sebabnya... Inilah kursus yang saya pergi dengan membawa minibar seberat 20kg itu.. Kesian suami tercinta kerana terpaksa mengangkat beban seberat 20kg itu hingga ke tingkat tiga. Saya lambat mendaftar dengan sengaja, lalu dapat la saya bilik di tingkat tiga... Tp tak per, walaupun di tingkat tiga tp saya dapat roomate yg sgt best... Thanks ina, for being patient with me for 5 days (",)...
Hahahaha, ingat lagi ayat saya pada ina setelah berlari sejauh 2km
Saya : Ina,saya rasa peha saya dah kecik la.. Hehehehe,
Ina : Rosma!!! Pshyco arr rosma ni...
Bergolek-golek ina gelak.
Sudah pasti dia bergolek, saya lari baru 2 km, tp saya tak kira yg saya makan dengan sedapnya sebyk 6 kali sehari sepanjang 5 hari kursus dan tanpa malu saya membuat kesimpulan dengan perasan terhadap diri sendiri..
Saya berkata dalam hati : Wahhh, 6 kali ker? Tp ina, itu bukan salah saya, memang dia sediakan makanan, pastu mknn best lak tu, kan ker tak baik tolak rezeki? Naper, saya salah ker (dengan muka yg macam nerd n skema serta suci murni tak bersalah)?? sebab tu la saya tak tolak seme mknn, sy kira yg lari tu jer, letih tau, 2km, saya lari 14 minit.. Ina lagi terror 13 minit jer..
(Nk ckp kat luar malu kat ina, tp nk buat camaner saya memang pshyco bab kuruskan badan ni... Kihkihkih)
Selain dari itu, aper yg mengembirakan ek?? Ader lagi, saya dan ina, pada hari pertama, telah champion memakai bj yg salah tema. Seme pakai tracksuit, tp kami pakai bj kurung putih n kain susun hitam waktu senaman pg... Kami berdua ajer nampak ayu di pagi yg hening itu!!! hahahaha, bila tanyer seme org, bila dia org umum tukar tema baju. Dan jawapannya, waktu solat subuh... Waaa, sudah kantoi kami tido waktu dengar tazkirah paginya... hahahah, tp kami sekali lagi bergelak ketawa. Tp ini kali gelak ketawa dengan cuak tkt didenda.. Nasib baik kami dua budak baik yg comel, lalu tak der la didenda... Hehehehe.. Perasan lagi...
Ader lagi, ini rahsia juga. Ina tak bagi tahu sesaper lagi kan?? Suami kesayangan saya yang hari2 datang amik susu ahmad fatih tu bukan sahaja amik susu, malahan bawa pelbagai makanan untuk saya. Mengalahkan adik2 sekolah asrama tu. Suami saya itu pun satu juga, bawakan mknn laksana roomate saya ader 10 org... Wahhhh, byk kan, itu la sebabnya org lain pegi kursus ini kurus dan letih, tp saya mmmm.... sihat dan semangat. Tp kan lepas lari 2km itu saya memang rasa saya kurus sket... Btl kan ina??? Kihkihkih...
Haaaa.. Ini lagi satu. Saya yakin ina tak citer lagi kat cik fara yang saya memalam tido dekat2 dengan ina, Bukannya saya tkt pasal dengar citer hantu cik ina n cik isma tu, tapi kan kipas tu tak sampai kalau saya tak rapatkan katil kita tu. Betulll, Panas tau. Alaaa, rapat sket jer, lagipun cik ina tido malam sgt dsiplin, postur tido nya tak langsung bertukar sampai ke pg... Heheheh, ini kalau cik izzat n cik rinel tau, dia mesti kater, saya memang suka dekat2 ngan pompuan...
Ini saya mahu eksyen sedikit. Kumpulan kami menang tempat kedua pertandingan nyanyi lagu patriotik. Alaaa, lagu Cemerlang , Gemilang, Terbilang tu la. Seme kata kemenangan kami tak adil sbb nya juri yg menilai adalah fasi kami, siap bg standing ovation lagi apabila kami habis mendedangkan lagu tersebut. Hehehehe, nampak sangat bias. Tp tak kisah la, janji menang, lagipun ader tiga juri kan hari tu. Tenkiu kepada fasi kami en hafidzi dan ahli kump saya yang cemerlang gemilang n terbilang iaitu, saiful, kak amy, umi, intan, shahril, faizul, rezwan, zati, azlina, hazwan n zul . (Fakta pertandingan : Kumpulan yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga, semuanya kumpulan juri-juri yang menilai. Adil la tu.. Kihkihkih)
Walaupun byk lagi kebestan pegi kursus itu bersama roomate yg best, tp kalau saya cerita lagi maka akan menimbulkan kejelesan pada cik fara dan juga menimbulkan syak wasangka pada cik rinel n cik izzat... (",)
Back to the Kursus Kenegaraan yang dihadiri, maka saya akan buat sedikit kesimpulan, dari apa yg saya perolehi sepanjang kursus 5 hari itu :
1. Ramai yang kata kursus ini pro UMNO, tp saya kata ia pro KERAJAAN. So sesiapa shj kerajaan yg memerintah, kita harus sokong supaya kita sesama dapat memajukan negara.
2. Owwhhh, konsep 1 Malaysia yg sekarang ni heboh diperkatakan tu... Haaaa, saya dah paham konsep yang diwar-warkan oleh Dato' Seri PM kita tu. So, saya cadangkan seme org cuba2 la paham, supaya kita blh sama berusaha mencapai apa yang telah diamanahkan pada kita tu.
3. Perlembagaan Malaysia? Cuba teka apa dia perlembagaan malaysia? Apa isi kandungan dia, at least bagi satu la, tak yah byk... Saya tahu, ader sesiapa nk tahu? Penting oooo untuk kita tahu Perlembagaan Malaysia ni.
4. KESYUKURAN. Bersyukur saya dapat duduk di negara berdaulat, MALAYSIA TANAH AIR KU... Jom la, mari kita sesamer kekalkan kedaulatan ini, tak perlu gaduh2, sama2 bersatu, semua rakyat malaysia, tak kira bangsa, tak kira agama, berusaha ke arah memartabatkan lagi MALAYSIA di persada dunia.
5. Haaa, kan akhir tu ada exam. Seme soklan exam adalah berkaitan perkembangan Malaysia yang terkini. So, nk pegi kursus ni rerajin membaca paper, atau sekurang2nya, rajin2 la jaga tepi kain Negara kita ni... Tak pun paling2 malas pun, korang kosentret la time LDK tu, konfem leh jawab.
Banyak lagi yang saya dapat, ianya sesuatu yang saya rasa satu penerimaan dan seterusnya penghayatan ke arah menghargai negara kita. Bukan la sesuatu yg boleh saya tulis, atau saya bukan penulis yang baik untuk mengeksperesi segalanya, namun kini saya tahu, saya harus berterima kasih kepada datuk nenek kita serta pemimipin yang ada kearah memberikan apa kita nikmati hari ini... Mungkin mencari kesilapan org lain adalah sesuatu yang mudah, namun tidak salah untuk kita berterima kasih pada apa yg kita dapat dan sama2 berusaha untuk memajukan lagi atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang ada sekarg... dan yang penting bersyukur atas nikmat yg ALLAH kurniakan..
Entri ini punya kaki : ALHAMDULLILLAH.
4 comments:
nampaknya misi dan visi program BTN telah tercapai...
hahahahaha.. harus tercapai. Kalau tak pun kena la mencapai sehingga sampai.. Rugi kalau tak sampai..
mmg tujuan entry kali ni nak jeleskan saye kan? wakakkakakakka....tujuan anda tercapai....saye mmg jeles!!!!! x aci..... sangat2 jeles...saye x penah dapat tido ngan rosma...aik??? wakkakakakkak.......rosma...seronoknye....xpe..xpe...saye akan dapatkan keseronokan yang same gak bile g btn nanti....hhihihihihihihi
Yes!! Yes!!! Misi tercapai. Mari jeleskan lagi.
Cik fara, saya rasa keseronokan kami takkan dpt ditandingi, sbb nanti awak pegi saya ngan ina takder.. Hehehehe.. Seronok arrr dapat jeleskan awak..
Post a Comment