Monday, March 22, 2010

Buang Bayi

Aku sebenarnya jenis yang tak suka nk salahkan org jika tak tahu hal sebenar yg berlaku.. Tp ini kali aku rasa sgt tersentuh hinggakan aku terasa ingin marah dan malas nk amik tau apa sebenarnya yang berlaku pada org yg melakukan perkara ini.... Cuba lihat gambar2 ni semua...


Apa perasaan korang bila tengok gambar camni? Marah kan???? Ntah la, ramai org sekeliling aku ni bersusah payah nk dapatkan anak... Sanggup buat macam2 agar mereka dikurniakan cahaya mata. Sanggup berhabis duit dan harta semata-mata berusaha untuk menambah zuriat. Tp mereka ni???

Tak tahu kan mereka ni masih ada hati atau tidak. Atau sekurangnya mereka kan punya otak untuk berpikir kalau pun sudah tak punya hati... Insan kecil ini tak minta dilahirkan. Mereka yang melakukan perkara ini lah yang melahirkan.. Tp kalau dah melahirkan kenapa harus dibuang, kenapa harus dibunuh, mengapa harus disia-siakan.. Mereka masih kecil, masih tak tahu apa2. Masih pun belum dapat melihat warna-warni dunia ini...

Aku bukan ahli ugama yang pandai menulis nas-nas dari alquran yang berkaitan, aku juga bukan la ahli pshycology yang pandai menasihati. Namun aku hanya la seorg manusia biasa yg aku rasa masih ada hati juga punya otak untuk berfikir. Oleh kerana itu, maka aku marah, marah akan tindakan yang aku kira keterlaluan untuk dipikirkan jauh sekali dimaafkan.

Cukup la kemarahan ini aku catatkan disini, agar bagi sesiapa yang membaca sama-sama muhasabah diri kita, atau mungkin orang-orang disekeliling kita. Aku bukan orang besar atau org penting yang boleh pengaruhi semua org untuk berubah, namun aku rasa aku perlu amik perhatian tentang perkara ini. Ini bukan la dugaan bukan juga gurauan tp satu kebenaran yang aku rasa amat pahit untuk diterima oleh semua org yang waras akal pemikirannya.

Maka harapanku, dengan sedikit sumbangan ini ada yang terbaca, lalu menelefon sanak saudara atau sahabat handai untuk saling mengingati atau sekurangnya berbual kosong berkaitan perkara ini dengan tujuan untuk sama2 membantu ke arah mengurangkan perkara yang tidak bermoral ini. 

Sebagai pengakhiran, aku ajak semua melihat gambar bayi comel dari ipoh yang dibuang kedalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di sebuah pasaraya. Dan, untuk pengetahuan semua yang mungkin tidak tahu, bayi sekecil ini hanya tahu menangis itu pun bila mereka lapar, dahaga, berak, kembong dan disakiti... Mereka tak tahu apa2 selain dari itu. Salahkah mereka?????

Nota kaki entri ini : Kalian rasa apakah punca sebenar kepada perkara ini?

No comments:

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...