Inilah dua tembam yang ada kat umah sekarang. Namun walau ader dua tembam ini kekadang bila keduanya tidur aku akan tetap rasa sunyi Itu la sebabnya aku sedang berusaha gigih sekarang ni. Berusaha menambah bilangan ahli keluarga...
Aku teringin sebuah rumah yang meriah dengan suara anak2... Aku berangan untuk menghantar semua anak aku sekolah berasrama, supaya hujung minggu, aku dan suami akan ke sekolah mereka untuk melawat dan memantau perkembangan mereka. Bila cuti sekolah, aku akan pastikan seme ada dirumah, makan bersama, main bersama, shopping bersama dan sama2 memeriahkan suasana... Itu lah kemeriahan yang aku idamkan , (bukan aper, kiranya weekdays tu aku n suami blh la haneymoon, heheheh), kemeriahan dalam sebuah keluarga yang serba sederhana.. tak sabar lak rasanya nk tua bersama suami...
Nota untuk gambar : Itu gambar yang diambil ketika aku dan suami sibuk berblackberry di petang Ahad. Yg kecil tentunya si ahmad fatih yang soleh, bijak, nakal tapi baik hati,, hehehehe. Yg besar tentunya maksu yg sedang berbahagia bercuti sementara menunggu keputusan kemasukan ke universiti...
Nota kaki entri ini : Soleh dan bijak itu adalah sebahagian doa yg tak pernah aku lupa untuk anakku dan maksu memang sangat berbahagia bercuti, berbahagia tido, makan, tengok tv dan berehat. "Jangan ingat angah tak tahu tau dik, seme angah tau aper adik buat hari2" (aku memang garang).. hehehehe
No comments:
Post a Comment