Aku bersyukur kerana rasaku membeli rumah dikawasan perumahan ini adalah satu keputusan yg btl aku n husband buat. Selain daripada rumahnya yg aku kira cantik, ianya juga berdekatan dengan segala jenis kemudahan, dekat carrefour, jusco, balakong, kajang, byk kopitiam utk melepak... Tak lama lagi, akan ader pusat perubatan az-zahra yg akan dibina di kawasa berdekatan, 10 minit jer dari umah... Ok la, itu dah kira jauh dari boundry yg aku cerita.
Ini aku ingin bercerita perihal di dalam kejiranan ku..Aku punya lebih kurg 39 jiran (sebab kawasan tu ader 70 buah rumah jer, tolak 1 yg kami semua blm tahu status penghuninya, tinggal 69, tolak 30 buah rumah yg masih sbk buat renovation, tggl la, 39 lebih kurg).. Walaupun aku tak hafal nama semua org (itu adalah kelemahanku, ingat nama org), tp kami kenal antara satu sama lain...
Itu lah permulaan ceritaku ini... Kami kenal satu sama lain kerana mungkin kami ni hidup macam kat kampung2 tu, walaupun bukan 100% tp 80% seperti itu... Lagi 20% tu mungkin sebab seme org kuar pg blk pun dah ptg... Tp walau blk ptg kami sempat lagi borak2 tau petang... Paling tidak pun, sempat la bertegur sapa sekadar bertanya khabar dan berbahasa sebaris dua..
To cut the story short, here i list down the reason why i feel like living at the village... I mean real village.. Bukan Kampung Baru kay...
1. Akan ada majlis yassin sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
2. Ada kelas mengaji quran setiap minggu, gilir-gilir rumah lagi..
3. Kalau ada yg balik haji, kami beramai-ramai ke rumah tersebut, meraikan org blk hj, bertanya khabar, berkongsi cerita, minum air zam2...
4. Kalau ader yg sakit, walaupun pakcik guard yg duduk jaga kat pondok kawalan kat depan kawasan perumahan tu, ramai2 akan pergi melawat.
5. kalau ada yg masalah, seme akan duduk sama-sama berbincang informally kat wakaf kat taman permainan tu, kedai kopi tak der, kalau ader aku konfem jualannya laris.
6. Petang2, dihujng minggu atau di hari kerja, kekadang akan ader borak2 kosong di wakaf yang sama, kekadang pihak lelaki, kekadang jemaah pompuan..
7.Anak2, seme samer2 bermain, berkawan, bergaduh, bergembira bersama... ,mak bapak? Berbual, anak nk gaduh? Pandai la korg setel sendiri... Bebudak kan tak kemana gaduhnya, 5 minit kemudian main blk...8. Yang terbaekkk, kebanyakkan yg duduk kat sini ada maid, dan kami saling menjaga tepi kain maid masing2. Kalau ader yg tak kena, cth nya ada maid2 ni pegi borak ngan org2 yg tgh buat renovation kat umah berdekatan, pasti akan sampai kat tuan umah yg maid tu keje.. Best kan??? maid memang tak berani buat tak tentu hala.. Even jiran chinese sebelah umah aku pun siap report lagi kat husband aku aper maid aku buat.. I likeee...
Dan byk lagi, aku pun dah malas nk citer, sbb nanti org akan kater takkan seperfect itu kejirananku?? Hehehe, itu tentu sebab mereka dengki. Ok la, to be frank, ader la kekurangannya, tp apa2 shj kat dunia kan ade kelebihan dan kekurangannya, dan kalau kita tak habes nk citer pasal kelemahan tersebut maka sampai bila kita akan tetap disitu, takkan maju kedepan, takkan berjaya, takkan bahagia..
Nota kaki entri kejiranan ini : Aku sebenarnya susah juga awalnya nk join mereka ni, sebab mereka ni seme dah pangkat kakak ngan aku, tp mereka kakak-kakak yang sempoi.. Aku suka... Mereka selalu share ngan aku bermacam perkara, dari perihal nk jaga umah, suami, agama, garden, anak, masak, segalanya...
No comments:
Post a Comment