Friday, April 30, 2010

3 Idiots

Dah lamer saya tak tengok cerita hindustan. Selain daripada chentaku dirumah mengharamkan cerita hindustan, saya sendiri merasakan yang cerita hindustan sekarang ni tak semenarik dulu.. Dah takder lagi tau tukar2 10 pasang baju sepanjang nyanyian, tak der lagi lagu2 yang best macam "mere churiyaaaa"... Hahahahaha....

Nota untuk gambar : Saya amik gambar ni disini. Korang baca la kat sini pasal cerita ni sket2. Tu kira macam saya promote. Sila tonton ya bapak bapak dan ibu ibu sekalian... 

Okayla, dengan penuh harapan didada agar chentaku tak membaca blog saya pada hari ini, maka saya isytiharkan hari ini sebagai hari "3 Idiots". Citer hindustan yang berherokan Amir Khan serta pelakon lain seperti karena kapoor dan, lain-lain yang tidak dapat dinyatakan disini kerana saya tidak kenal mereka tapi lakonan mereka dalam citer ni best.

Saya nk promote dengan mengatakan yang saya nangis tengok citer ni. Tp tetiba teringat kata kawan2 seuniversiti saya dulu.."Rosma ni tengok gerak khas pun nangis"... Kihkihkihkih... Tp saya tak pernah nangis tau tgk gerak khas.. Tapi citer ni memang best, bukan citer cinta tp cerita persahabatan dan bagaimana sebuah persahabatan mempengaruhi kejayaan dalam kehidupan. Tapi cinta ada gak la, tapi sket sangat dan cute pula tu...

Wahhh.. saya adalah seorang promoter yang memang tak tahu nk promote produk saya, sebab itu saya tak boleh join jualan langsung (Sila amik perhatian kepada sesiapa yg buat MLM, saya bukan target  yang bagus untuk diajak berbisnes sebegitu, so abaikan saya).

Dah la. saya tak mahu promote lagi. Sila la tengok. Cerita ni sangat best. Percaya cakap saya, eh silap, percaya la pada tulisan-tulisan saya ni. Cerita ni memang best... Hurmmmm, kalau saya cerita sinopsis disini, ianya akan jadi novel pula, maklum la, saya kan ada sindrom terror membebel. Tengok ya, janji ngan saya kay.. Anda akan ketawa, menangis, gembira, terharu dan pelbagai rasa lagi sepanjang anda menonton citer ni nanti walaupun 3 idiots ni banyak berkisarkan pasal engineering tau... Banyak innovation yang berkaitan ngan engineering ditunjukkan lam citer ni...

Nota kaki entri hindustan ini : Terbayang zaman muda-mudi diuniversiti dulu. Sibuk mengelap airmata dan air hidung sehingga habes sekotak tisu sambil menonton cerita Kuch Kuch Hota Hai. Itu belum cerita bagaimana sanggupnya sampai ke dewan exam lambat sebab tonton cerita Winter Sonata.. Kihkihkihkih... Seronok oooo, sampai sekarang rasa thrilled nya...

2 comments:

faza said...

mana angah dapat citer ni??
cite ni memang best.. e tiap kali tengok, mesti nangis.. hehe.. paling sedih part dia nak hntr kwn die g hosp yg cuba membunuh diri.....

yutt said...

Hehehe, copy dari kawan angah... Angah tgk sbb e kater best time kenduri ari tu la..

Byk arr part sdh dan mengharukan dia... Byk kali gak nangis...

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...