Friday, April 30, 2010

.................

Hari ini suami saya dijemput ke Shah Alam.. Ada tanggungjawab yang harus dilunaskan atas arahan yang tiba-tiba diberikan. Tiada apa yang hendak dinyatakan, cuma ingin mendoakan yang terbaik untuk nya.. Moga dipermudahkan segala urusannya oleh ALLAH SWT.

"...Dan tidakkah diperakui bahawa Tuhan yang menciptakan langit dan bumi berkuasa mencipta semula manusia sebagaimana yang diciptanya dahulu? Benar diperakui, Dia berkuasa. Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila menghendaki sesuatu hanyalah berfirman: "Jadilah!" Maka jadilah ia.Maka Maha Suci (Allah) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada- Nyalah kamu dikembalikan." - Surah Yasin Ayat 80 - 83


Nota kaki entri ini : Saya sebenarnya tiada mood nk bekerja atau memulakan apa-apa sahaja tindakan. Mungkin kerana memikirkan, adakah ini sebenarnya langkah pertama yang akan suami lakukan untuk terus maju ke depan dalam bidang yang tak pernah saya impikan untuk dia ceburi... "Baik abg pergi main golf. Walaupun berjam-jam lamanya, sekurang-kurangnya sayang tak risau begini..."

No comments:

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...