Akhirnya, bertunang juga adik ku yang seorang itu. Dah kukatakan walaupun sudah panjang berjela leteran ku tetapi dia tetap dengan keputusannya... Inilah kaler pilihannya hidup dia...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT, akhirnya semuanya berjalan lancar dan sudah selamat segalanya. Sebuah majlis yang sederhana tetapi cukup meriah dengan kehadiran seme adik beradik juga saudara mara. Majlis pertama yang semua kami adik beradik buat sendiri. Uppsss, ada la juga bantuan dari orang lain, tapi ini kali most of the things and arrangement was done by us.
Hampir seme kami buat sendiri tau. Contohnya hantaran, kami semua sama2 berusaha menyudahkannya. Sebelum ni mak sedara yg buat, sbb kami ni kayu sket, but this time kami cuba try test buat, alhamdulillah. Ini lah hasilnya.. Eh, yg kaler biru tau, yg coklat tu dari sebelah lelaki...
Nota untuk gambar : 7 berbalas 5. kawen nanti berapa la agaknya....
Makeup bakal pengantin pun samer, kami adik beradik juga yang buat. Tp kredit untuk ina juga. Ina ni kawan baik der, tp dah close giler ngan adik beradik serta keluarga kami... Meh la tengok bakal pengantin yang telah diconteng oleh amatur2yg tak bertauliah.... Heheheh..
Nota untuk gambar : Bakal pengantin ni sangat sukakan kaler biru. Kalau boleh, bibir pun nk pakai lipstik biru.
Ini pula gambar2 setelah siap sarung cincin oleh ibu bakal pengantin lelaki... Seme saya dah compile jd mcm ni sebab tak byk gambar yang diambil menggunakan BB ni kerana tuan punya BB sibuk menguruskan majlis... (Hahaahahaha, bunyi mcm majlis besar2an)
Nota untuk gambar : Yang pakai baju hijau Ben 10 tu bukan bakal pengantin lelaki kerana telah direject disebabkan baju yang dipakai bukan kaler biru. Kan dah dinyatakan td, bakal pengantin gilerkan kaler biru...
Setelah majlis selesai, kami semua pun berpuas hati dengan majlis tersebut (ini adalah ayat karangan ketika di tingkatan 3 dahulu). Yang penting sebelum kami semua bertolak balik ke rumah masing2, semua pinggan mangkuk n periuk belanga siap dicuci. Mengemas tinggal kat bakal pengantin setelkan. Bukan apa, latihan tu, untuk persediaan mengemas di rumah mentua nanti..
Lauk pauk juga tak der yg boleh ditapau untuk kami adik beradik yang memang tak berniat nk tapau ni, seme sedang elok untuk majlis serta buah tangan kepada saudara mara, serta jiran tetangga. Alhamdulillah, semua pun dah beres. Yang tinggal sekarang, cuma persediaan untuk malis perkahwinan. Mcm mana la nanti. Dah tak lama tu, katanya nk buat bulan 8 tahun ni juga. Tak kisah la, Kan ker baik yang elok itu dpercepat-cepatkan.. Bakal pengantin pun dah tak sabar kut?? (Sila jawab ye bakal pengantin).
Kami adik beradik berkonvoi balik dari umah ma, seronok pula rasanya berkonvoi begitu. Singgah semayang dimasjid kemudian singgah pula dinner di temerloh (tu la saper suruh sombong tak mau tapau lauk???) . Selepas makan baru semua berpecah ke destinasi masing... Hurmmm, saya dah rindukan seme orang, dah lama sangat rasanya tak berkumpul begitu...
Nota entri pertunangan ini : E, angah ucapkan tahniah . Seme pun hepi dengan majlis ni dan mendoakan kebahagiaan E. Tp ingat tau, pengajian harus dihabiskan, e harus jadi doktor serta isteri yang berjaya tau... Ja, kamu bila lagi??
No comments:
Post a Comment