Monday, April 12, 2010

Hi Tea @ Saujana Golf Resort

Inilah aktiviti hujung minggu saya... Wahh, ini kalau rinel baca dia mesti kata macam mak datin pegi2 hi tea. Tp sebelum dia buat kesimpulan biar saya yang buat dulu... Anyway hi tea ni terjadi di Saujana Golf Resort yang kat Kajang tu. Dekat jer dari rumahku, lam 15 minit camtu.

Ini program saya pegi bersama jiran2 tercinta seramai 9 orang semuanya. Mereka ni semua geng mengaji di kawasan kejiranan saya tu. Saya sorang jer yang tersesat.. hehehehe, dan saya yang paling muda, tp paling besar. Tak caya? Meh tgk gambar ni...

Nota untuk gambar : Mereka-mereka yang vogue dalam gambar diatas dari kiri belakang adalah, Kak Azua, Kak Maziah, Kak Azie, Kak sue,  dan dari kiri depan Kak Pah, Kak Ita, Kak Yati, Kak Liza dan ehem ehem adik Ros (perasan muda sekali  sekala)... Kihkihkih...

Haaaaa.. Sekarang dah percaya kan??? Tp percaya la, itu adalah effect dari baju yang dipakai. Huhhhh, kena buat decision ni samada nk band terus baju tu atau kena mulakan diet... So, kerana sayangkan baju tersebut maka saya kena mula berdiet. Hwahhh.. Saya nk berdiet??? Bagaimana ya?? Pagi kena makan sebab lapar, tghr lapar juga sebab byk guna otak buat kerja.. Malam???? Yang ni pula adalah meal wajib sebab kena layan suami terchenta makan... Waaaa, bagaimana ni???? Semua macam wajib jer.. Nanti la saya pikirkan bagaimana cara terbaik untuk berdiet kerana untuk band baju tersebut adalah susah kerana ianya sgt cantik... Hehehehe...

Meh nk citer program hari tersebut pula. Ianya bermula dengan ceramah yang best dari ustazah yang sangat cantik iaitu Ustazah Norbahyah menganai tajuk "Cantik di Mata, Cantik di Hati". Ini ceramah untuk isteri2 la kan. Abes yang tu, ader pertunjukan cara pemakaian tudung serta make up muslimah. Lepas tu lagi ada pertunjukan fasioh muslimah, serta pencarian pesera sporting dan vogue pada hari itu.. Di antara program2 ni ada la, cabutan bertuah and yang paling ptg makan... Ini lah makanan pada hari tu, tak berapa nk best tp ok la... Namapun hi tea kan, tak der la meal2 yang heavy.. Sebelum tu, nk letak gambar ustazah cun dulu..

 Nota untuk gambar : Yang pakai tudung pink tu adalah dia. Tak sempat nk snap muka dia sbb dia rush nk ke Melaka, ada ceramah pula disana. Kata dia bodyguard kesayangan dia dah tunggu tak blh lama2.. Hehehehe, alaaa, husband dia laaa...

 Nota untuk gambar : Ada nasi goreng cina, rendang yang kater adik yang serve tu dah basi, kue tiow grg, dan byk lagi. Tp biasa la, saya kan baru nk berjinak-jinak mengambil gambar ni. So saya asik fail jer, bila teringat nk amik gbr, maka kami semua telah kosongkan seme makanan... Makan lebih enak rasanya dari amik gambar kut rasa saya..

Ok, maka dari hi tea ini saya tahu bahawa seme neighbor saya sibuk "bermukabuku". Saya seorang sahaja yang tiada itu "mukabuku". Wahhhh, saya yang paling ketinggalan nih.  Ada antara mereka ni, amik jer gambar terus export ke mukabuku... Jauh sangat ketinggalan saya ni.. sayup sayup jer rasanya... Hahahahaha... Harus dikejar mereka ini..

Nota kaki entri ini : Banyak ilmu saya dapat dengan meyertai hi tea ini. Terima kasih kak azie ajak saya join.

2 comments:

Rineldi @ Ineld said...

dah berbuih mulut saya...bukak la facebook..kan dah ketinggalan dgn future datin2 tue...hahaha

yutt said...

hehehehe.. bukan tak mau, belum sampai seru...

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...