Ohhhh, sebelum biar saya cerita dulu, takut nanti gambar ni disalahertikan pula oleh sesiapa yang membaca. Semalam saya ke Maktab Teknik PDRM Bakri, di Muar Johor untuk urusan kerja yang harus dilunaskan segera kerana telah tertunggak hampir setahun disebabkan beberapa masalah. Seronok gak ke sana, melalui kawasan yang betul2 kampung.. Makan pun makanan kampung, simple giler lak tu. Macam mkn kat umah.Tak percaya?? Nah, lihat ini...
Nota untuk gambar : Niat di hati yang murni nk amik gambar en. lembu kat seberang sana tu...Tp terganggu lak ngan roadtax tu... Harap korang seme nampak la en lembu yang hemsem tengah posing sakan kat seberang sana tu (Hehehehe, sajer tak mau ngaku yang saya masih tak mahir mencari angle terbaik untuk snap picture)
Nota untuk gambar :Indah kan pemandangan. Tak. Bukan. Saya langsung tak berniat nk amek gambar kete yang sibuk enterframe tu.. saya nk amek gambar tiang elektrik tu seme...
Nota untuk gambar : Ini lah makan tengahari kami. Asam pedas, telur dadar dan sayur toge campur kucai. Sayur tak sempat enterframe sebab lambat sampai. Simple yet very delicious. Style kampung nyer menu n evironment... Tepi sungai ni...
Seme ni di bakri muar... Lepas makan baru la kami ke Maktab PDRM Bakri untuk mulakan tugas2 sebagai penjawat awam... Hehehehe, suci murni sungguh ayat itu...
So, ini lah dia antara aktiviti kami....
Nota untuk gambar : Sessi taklimat di shooting range sebelum testing dibuat...
Nota untuk gambar : Ini semua polis-polis yang tembak lu, mereka kan pakar.. So, this is time bacaan diambil. Steady kan diarang ni...
Nota untuk gambar : Hot mama @ Ibu cekal. Hehehehe... kihkihkih... Ooopppsss, ini bukan gaya semata kay. I did really shoot. With real pistol n life bullet. And the most important thing, with experienced guidance beside me. Tp time gambar ni diambil, masih tgh berlatih, so gaya mesti 10 markah la... time menembak, huhhh, kuat oooo momentum dia...
Jangan salah ertikan aktiviti kami ini.. Kami buat ni seme dengan legal dan mendapat permit. Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada testing yang dilakukan bagi mendapatkan bacaan untuk tugasan kami. Boring arrrr, citer pasal keje. Tp kene tulis gak, takut ada yang tersalah sangka hingga perkara ini dijadikan bahan untuk memburukkan pihak2 yang terlibat...
So, this is totally work. Its legal, and we've a permit to all this.. Thousand thanks to the POLIS DIRAJA MALAYSIA for your 110% commitment on this job. They are really great. Being there make me realize that PDRM are really important to this country. Tabik POLIS POLIS kat MALAYSIA ni... Kerana mereka maka pagi ini saya masih boleh menaip entry ini dengan aman sentosa...
Nota kaki entry ini : Siapa kata bekerja itu tidak menyeronokkan. Saya seronok bekerja. Semalam saya jumpa abang-abang polis ni pun mereka kata mereka seronok jadi polis yang sentiasa berkhidmat menjaga kemanan negara. See.. We LOVE our job...
No comments:
Post a Comment