Friday, June 03, 2011

Breast Feeding Part 2... Menyusu ketika mengandung.

Ingat lagi tak entri saya yg ini. Alaaaaa, yang berkaitan breast feeding tu la.. Hehehehe...

Sedar tak sedar saya dah menyusu 2 tahun 3 bulan 3 hari... errrrr, cam salah jer tu.. kiranya sama ngan umur ahmad fatih la. Non stop, walaupun saya mengandungkan ahmad faris dulu, ahmad fatih tetap menyusu. Dannn sepanjang perjalanan itu, banyak turun naiknya, pelbagai jua komen yang saya terima dari pelbagai jenis orang. Tapi, saya tetap menyusu. Bukan bertujuan nk memanjakan ahmad fatih, atau cuba membuktikan saya boleh, tp saya betul tak sampai hati nk berhenti menyusukan ahmad fatih waktu itu... Saya pernah cuba, tp teresak menangis ahmad fatih... Sayu tahu hati saya sbg seorang ibu...

Nota untuk gambar : Dulu masa saya mula menyusu, puas saya adjust untuk kasi baby selesa ngan positionnya. tapi sekarang, piece of cake jer semua position kat atas tu.. Hahahahaha, tumpang lalu, saya berlagak kejap ya..
(sumber gambar : http://www.apsh.kpjhealth.com.my/Breast-Feeding-Twins-article-4444.html)

Okay, hari ni saya cuma nk share beberapa perkara yang org tanya@tegur@pesan kat saya apabila saya mengandung dan menyusu.. antaranya :

1. Kata orang : Ishhhh, bahaya tahu mengandung pastu menyusu pulak.
Jawab Komen Saya (sebab saya senyum most of the time org tegur saya) : Hurmmm, jawapannya, sila tanya doktor O&G anda, i'm sure, they'll give u the right advice. Apa yang saya tahu, betul merbahaya, sbb bila baby menyusu boleh sebabkan contraction, so blh sebabkan premature birth. Tp kalau anda mempunyai uteres yang kuat, maka anda boleh teruskan menyusu. Insyaallah dengan izin ALLAH, tak der apa2. Tapi ingat, please ask opinion@advice dari orang yang lebih tahu dan sila makan makanan yang berzat mengikut diet yang betul.

2. Kata orang : Uishhh, mengandung pun menyusu? Tak cukup zat baby lam kandungan tu nanti.
Komen saya : Alhamdulillah, dengan kuasa ALLAH ahmad faris dilahirkan sihat walafiat, 3.19kg. 3 months plus dah boleh meniarap... ALHAMDULILLAH.

3. Kata orang : Uishhh, minum darah dah ahmad fatih tu. Cacing nanti.
Komen saya : Alhamdulillah, setakat ni belum lagi dan moga-moga ALLAH lindungi anak2 saya dari segala penyakit2 yang merbahaya tuh...

4. Kata orang : Ni menyusu ni, merbahaya ibu mengandung ni, nanti tak larat nk bawa baby sampai 9 bulan. 
Komen saya : Alhamdulillah, ketika saya mengandung kan ahmad faris, tak banyak kerenah diri saya, selain dari kepenatan. 

Saya bukan nk menggalak sesiapa menyusu ketika mengandung atau nk berlagak kata saya ni boleh buat apa sahaja, cuma saya cuba nk katakan mitos2 tu kadang2 bukanya semuanya betul. Tapi bukan nak kata salah dan mengarut. Orang2 tua ni menasihati berdasarkan pengalaman mereka, jadi tak salah kalau kita dengar apa nasihat diarang. TAk salah juga kalau kita nk ikut. Tetapi, kita juga perlu ingat bahawa semua pun terjadi dengan kuasa yang MAHA ESA. So, setelah berusaha, berserahlah kepadaNYA. Isyaallah, dia akan permudahkan apa yang betul, dan akan berikan petunjuk jika ada yang salah...

Nota kaki entri ini : JIka anda betul bertekad untuk susukan anak2 anda, insyaallah akan dipermudahkan olehNYA.


2 comments:

Nur Hidayah said...

alhamdulillah kros...Allah bg awk kekuatan utk buat semua tu...sy kagum nga awk...sy tgk awk sihat je sepanjang mengandungkan ahmad faris...insyaAllah , moga Allah bg kekuatan yg sama pada sy juga....Gudluk kak ros...Luv U

yutt said...

tenkiu yah.. And insyaallah ALLAH akan bagi awak kekuatan kalau awak berkehendak dan berusaha. Aminnnn..

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...