Lately suami saya sibuk tolong orang sana sini sehingga kurang masa di rumah. Ya la, dah la balik dari opis pun dah dekat pukul 9 mlm, pukul 9.30 mlm dah janji jumpa orang lagi.. Adoiiiiii... Mengeluh la saya... Hehehehe, standard la saya kan, biasanya dah kena marah baru puas hati n belajar memahami keadaan...
And kali ini husband saya tak pulak marah di atas sikap saya yang mengada2 tu, sebaliknya bila saya mengeluh dan bertanya :
"Naper la abang rajin tolong orang memalam ni.."
Jawab dia rigkas dan padat :
"Bila menolong abang berniat, supaya dia segera lepas dari kesusahannya dan selepas itu dia dapat beramal dengan ALLAH SWT dengan sempurna."
Apa ya jawapan yang sesuai untuk menjawab kepada jawapan suami saya..
Saya jawap apa? Hehehehe, dah mati kutu saya dengan jawapan itu. Lalu saya pun.........
Tarik tangan suami dan cium tangannya seraya berpesan
"Bawa kete baik2 and cepat balik yaaa..."
Nota kaki entri ini : Saya tak pernah terpikir untuk berniat begitu apabila menolong. Itu kah definisi ikhlas yang sebenar???
No comments:
Post a Comment