Entri ini adik saya yang cadangkan untuk saya tulis. Kata dia mesti best. Tapi saya rasa, saya dh hilang skill untuk menulis. Hari ini saya mencuba.
_________________________________________________________________________________
Korang mesti tahu iklan, yang wardina dengan anaknya (saya tak sure anak dia ker tak, tp iklan tu budak kecik comel tu anak dia la kan). Iklan yang citer pasal magnet tarik besi tuh. Iklan susu tu, tapi saya lupa susu aper. Nk google pun malas. Hehehehehe...
[[[[Eh jap, selingan. Saya selalu berangan nk jadi ibu cam wardina tuh, boleh cerita ngan anak2 pasal magnet tarik besi. Pasal sains. Saya nih, nk cerita pun tak pandai. Berkaitan sains pula?? Adoiiii. Kalau itu skema pemarkahan seorang ibu, maka gagal la saya. Nasib baik tak. Phewww... Phewww..]]]]
Ok, back to track. Ingin saya memperingat kepada semua sebelum kalian terus membaca. Bagi sesetengah orang ini cerita mungkin diaggap belagak. tapi bagi saya, ini cerita mengharukan hati saya sebagai seorang ibu yang tak bijak untuk cerita pasal sains. Haihhh..
Nota untuk gambar : Ini pose maksu suruh buat kan fatih? Kata mak su special untuk mak der yang jauh dimata... |
Ini cerita berkaitan saya dan empunya yang dalam gambar di atas. Cerita bermula dengan kenakalan nya yang disokong penuh oleh ayahnya. Okey, stop! Kenyataan itu tidak adil. Ayat yang lebih adil adalah, ayah dia suka sangat menggalakkan dan membelikan kereta control utk fatih ni. Ahmad fatih pulak, dari tak tahu apa2, sampai sekarang dah pandai main. Pandai la juga menggerakkan control car nih kedepan dan belakang. and yang paling tak tahan, seme tempat dia nk lalu, termasuk bawah kabinet2 saya.
So, one day, dia telah menggerakkan kereta nya ker bawah kabinet tv saya, pastu oleh kerana sifat keibuan saya yang melonjak-lonjak (chewahhhh.. padahal saya serabut), saya pun usahakan la menghulurkan tangan saya untuk mengambil kereta tersebut. Sementara ayahnya pula, cuba mengontrol menggunakan remote supaya kereta tu blh keluar. Tapi malagnya usaha kami, tidak berhasil, tak sampai dek tangan dan juga kereta tersebut telah terlekat pada wire2 yang beselirat kat bawah kabinet tuh...
Tiba-tiba...
Dengan machonya.. datang la ahmad fatih.... Taraaaaa...
Dengan pistol airnya yang telah rosak.. (Panjang juga pistol ni. Dah byk kali saya pikir nk buang pistol ni, sbb dia selalu acah nk pukul adiknya ngan pistol tu).
Menunduk didepan kabinetku, lalu memasukkan pistol tersebut ke bawah kabinetku, lalu menolak kereta tersebut keluar dari bawah kabinet tersebut dengan jayanya....
Senangnya.
Terus saya amik n peluk n cium dia. And pada masa yang sama, terus saya teringat kat iklan wardina ngan anaknya tu.. Terharu saya. Bijak juga ahmad fatih ni. Barangkali sel-sel dalam otak dia dah bersambung2 mcm dalam iklan tu kut... hahahahahhahaha... Byk sgt tgk iklan saya nih...
Ok la, tu jer la... Sblm bontot saya ni kembang lagi. Tak der org puji pun saya kembang sendiri. Bangga dengan pencapaian anak2. Ya ALLAH, aku tidak bermaksud untuk riak. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan ku di alam maya ini.
Jap, jap. Tu saya cerita dia nakal kan. Tapi gambar kat bawah ni saya nk tunjuk dia masa masuk hospital hari tu, drug overdose kata doktor. Tapi ntah la. Saya tak mahu cerita byk. Itu detik paling menakutkan saya. Traumanya masih terasa hingga ke hari ini.Sampai demam2 saya. Saya share gambar jer ya...
Nota untuk gambar : Eh, ni adik kesayangan ahmad fatih... heheheh, mesti kena letak gak.. Lagipun masa di ward, adik, ayah dan ummi setia tido di hospital meneman abg. |
Nota untuk gambar : Ni masa di ward dah, dah ok alhamdulillah, cuma doktor monitor blood pressure n nadinya... |
Nota untuk gambar : Sedih kan? Bila dia nakal saya asik marah jer kat dia, tapi bila dia sakit, saya jadi tak keruan. Serba tak kena dibuatnya.... :( |
Nota kaki entri keibuan ini : Kata maksu, fatih jadi macam tu sebab khasiat susu ibu. Nak tahu kenapa? Fatih masih lagi breastfeed! Melampau kannnnn???