Monday, March 15, 2010

BlackBerry

Bermulanya hari isnin setiap minggu seperti biasa... Dan seperti kebiasaan juga mood bekerja pada hari ini mengambil masa yg panjang untuk di warming up... Dan hari ini rasanya akan lebih pjg masa yg akan diambil memandangkan esok aku akan pergi berbengkel di PD selama 3 hari... 

Waaa... maka permulaan entri ini juga tiada kaitan dengan tajuk diatas adalah disebabkan kelambatan pemprosesan maklumat yg asik jam dr td... Hehehehe... Berlaku conflict dimana hati inginkan tajuk itu, tp idea yang mengalir dari otak tidak dapat memproses lalu terkeluar la semua perkara yg tak tahu apa kaitannya lalau tertaip la oleh kedua belah tangan kiri dan kanan... 

Okay sudah blh dikaitkan... Untuk guna blackberry ni, memang dua belah tangan kiri dan kanan perlu digunakan supaya dapat menaip ngan lebih laju. Eh.. Hahahaha, masih juga aku jam sehingga aku tak paham aper yg aku sendiri cuba sampaikan..

______________________________________________

Ini lah hadiah sempena umur ku yang bertambah tahun ni... Yg macam touch screen tu (actually it's a clickable screen) husband aku beli untuk aku, n yg ader keypad tu untuk dia sendiri...


Ok, dengan ade benda ni maka aku n husband sekarang boleh bermesej sebanyak mana dengan free menggunakan blackberry messenger. So, boleh la aku ajak husband berchatting setiap masa walau aku tahu dia tak byk masa untuk itu... Tp tak per aku akan sentiasa anta icon2 yg pelbagai supaya akhirnya dia membalas dengan bertujuan bertanya apa maksud icon tersebut..AKU SUKA sbb dia BALAS juga... Hehehehe..

Nota kaki entri blackberry ini : Aku sebenarnya masih sibuk belajar pelbagai features yg dioffer oleh blackberry ni... Tp setakat ni apa yg aku sgt suka adalah internet connection nya sgt laju.. Kalau ade lagi yg aku suka akan datang setelah aku mentelaah blackberry ini akan aku catitkan disini...

Thursday, March 11, 2010

Saya JAM!!!

Saya sepatutnya sibuk pergi buat kajian berkaitan Performance of Spring Isolator hari ini. Semalam telah pergi dan berjaya bawa balik data yang saya dan kawan sekerja yg pergi bersama tak dapat nk analyse sehingga sekarang. Maka dengan itu saya telah tertekan dan tak dapat memikirkan apa lagi yang harus saya buat. Saya telah buat beberapa perkara untuk menyelesaikan masalah ini dan antaranya :

1. Saya telah membaca pelbagai bahan diinternet berkaitan basic of vibration - but none of them is actually related to what i am doing right now.

2. Saya telah habis khatam buku manual vibration equipment ini - but it just explained on how to use it. (Nama pun manual kan... hehehehe)

3. Saya telah bertanya kawan2 sekeliling, juga negatif...


So, ini kira yg terakhir la saya berusaha, ada sesaper yg blh tolong saya? Tolong ajar ker? Tolong cadangkan any kursus yg blh membantu ker? Tlg pinjamkan buku berkaitan vibration ker? Tolong kasi any link yg blh saya baca ker? Anything la.. And thanks terlebih dahulu diucapkan atas apa2 shj yg anda akan cadangkan...

Saya jam, jd tiada nota kaki untuk entri tertekan ini... Tp ini ayat ini pun dah kira nota kaki la...Ape-ape jer la. Yg penting saya JAM.

Cemerlang Gemilang Terbilang

Ke puncak penuh keagungan
Ke lembah penuh kemuliaan
Satu hati satu rasa
Impian pasti menjadi nyata

Demimu Malaysia tercinta
Kami menggegam tekad
Membawa bangsa negara
Ke puncak keagungan

Demi bangsa
Demi negara
Ayuhlah kita bangkit berjuang

Maju bangsa
Maju negara
Kita dipandang mulia

Cemerlang gemilang terbilang
Negara dan juga bangsa
Mari buktikan pada dunia
Malaysiaku berjaya

Cemerlang Gemilang Terbilang

Hehehehe... Sungguh patriotik aku pagi ini... Kenapa ya??? Nanti lah, busy arr setelah balik dari kursus ni... Tp aku bangga, inilah lagu bersifat kenegaraan bertama yang aku belajar dan HAFAL.. oooppps, selain lagu NEGARAKU tu la... 

Nota kaki entri patriotikku ini : Aku rasa inilah pertama kali lam hidup aku sukakan sejarah Malaysia. Sebelum ini??? Baru tgk buku2 sejarah, mata dah berair, mulut dah menguap,  air hidung juga mula la nk meleleh... Tp sekarang, aku bangga jadi RAKYAT MALAYSIA.U olls? Bangga tak? Huhhhh, aku tau jawapannya, aku pun mcm korang gak.. Tp itu dulu la.. sekarang, aku dah tua, dah kena mula sediakan platform untuk anak aku supaya dia pun dapat nikmati apa yang aku nikmati sekarang...

Wednesday, March 03, 2010

Hesstar Mini Bar -HR-55MBS

Inilah minibar yang telah dibeli suamiku untuk aku bawa pi kursus nanti... Nampak cam kecik, tp besar gak dengan beratnya 20kg... Tak kisah la, dia yang hantar saya nanti, so dia yang akan angkat.

Semoga saya berjaya susukan anak saya sampai 2 tahun...  Doakan ya kawan-kawan. Saya sangat-sangat berharap saya berjaya.

So, nota kaki entri ini adalah, kesedihan saya sedikit terubat sbb saya tahu saya akan dapat mengepam susu dan menyimpannya dengan selamat sepanjang kursus nanti. Mengikut urusetia juga, suami saya blh datang hari-hari untuk amik susu tersebut. Thanks ya bang, bersusah payah sokong sayang setiap masa...

Tuesday, March 02, 2010

A quick One..

1. Saya tetiba takder mood nk buat kerja sedangkan pagi td sy sangat bersemangat.

2. Saya kena pegi kursus yang memerlukan saya pakai baju putih macam budak sekolah dan dipadankan dengan skirt hitam.

3. Saya masih lagi bersedih memikirkan anak saya yang terpaksa saya tinggalkan selama 5 hari untuk ke kursus seperti di perkara 2 diatas.

3. Saya baru sahaja menelepon urusetia kursus tersebut bertanyakan perkara penyusuan saya dan daripada perbualan itu saya sedang berpikiran untuk membeli minibar bagi menyimpan bekalan susu anak saya....

4. Saya kena tinggalkan anak saya.. Macam mana ni...


5. Saya dah rasa nk nangis ni. Kalau saya nangis lagi maka ini sudah lebih 5 kali saya menangis.. Saya sgt sedih... Mungkin itu juga penyebab saya hilang mood bekerja.

6. Saya kan kater nk kena update action plan. Ianya telah terupdate kini, tp bukan saya update, sebaliknya ia auto update, seme kerja saya harus disiapkan lebih awal dari yg sebelum update. Senarai kerja say juga bertambah.. Wahhh.. Saya kena jadi superwoman jika berterusan begini.

7. Saya baru jer tumpahkan air dimeja pejabat saya, hikmahnya, meja saya dah kemas sebab kalau tak kemas maka seme kertas kerja saya akan basah.... 

8. Saya akan bekursus dari 4-8 March 2010, maka lambat lagi la update pasal percutian saya....

Nota kaki entri ini : Saya tertekan.. Saya takder mood. Saya nk nangis. Saya sedih. Saya banyak keje. Saya sangat beremosi tika ini...

Thursday, February 25, 2010

Catatan ringkas..

1.   Wahhhh.. tetiba saya rasa geli baca entri sebelum ini.. Kahkahkahkah.. Tp memandangkan ketika itu saya sedang dalam mood berblues maka saya akan biarkan entri itu disitu tanpa mendeletenya walaupun bila saya baca semula saya akan gelak guling2 sengsorang (nota kaki perenggan ini : kenapa la blogspot ni tak der emoticon cam YM tu, kalau ader best giler buat entri letak ikon tu jer seme... )

2.   Ohhh... Saya masih dalam mood bercuti, akan saya update tentang percutian tersebut beserta kesimpulan yang panjangnya akan lebih 120 patah perkataan (Nota kaki perenggan ini : konfem fail bahasa melayu la kalau amek SPM tu... hihihi).


 3.   Dan lagi.. saya dalam mood kesedihan kerana terpaksa berkursus selama 5 hari dan sepanjang kursus itu saya dilarang membawa telefon bimbit atau suami anak atau sanak saudara atau sahabat handai. Ohhhh, saya pasti akan menangis (Nota tengah peranggan ini : Saya memang suka menangis.) kerana saya tak pernah tinggalkan anak saya yang comel itu.... Huwaaaaaaa.. Fatih ummi sedih.... (Nota kaki perenggan ini : Selama ini, saya akan kendong anak saya walaupun kemana sahaja saya pergi, samada berkursus, bergembira, membuang masa. Ini yang pertama saya kena tinggalkan dia).


4.   Dan yang terakhir, kerja saya tengah sgt byk, tp sy juga terpaksa menghadiri banyak kursus dan bengkel pada bulan ini, Maka saya isytiharkan diri saya jam pada bulan march ini. Bagaimana ya.. rasanya action plan harus diubah...(Nota kaki perenggan ini : Action plan kah yang salah? kahkahkahkah)



Nota kaki entri ini : Entri ini bertajuk catatan ringkas, tp malangnya dah jadi catatan panjang. Nampak sangat saya ni kuat membebel.... Wahhh, berbaik ati sungguh saya mengata diri sendiri... Kan betul kalau amek SPM bahasa melayu mesti gagal.... Tengok tu, masih membebel.... Hihihihihihihi

Friday, February 12, 2010

Kasih dan Sayang


Ini adalah sesuatu yang saya nk kongsikan dengan suami tercinta... 

Bila sampai suatu masa nanti abang terlintas untuk baca blog sayang ni dan abg terjumpa entri ini maka abang tau bahawa segala yang terjadi dalam hidup kita berdua adalah sangat penting untuk sayang (Sedikit over bunyinya, tapi tak kisah, kerana sayang memang sentiasa over bila berbicara mengenai kasih sayang)

Ini adalah sms yang sayang hantar kepada abang pagi ini. 

 "Abg, sayg dah sampai opis. Abg, dari pagi syg bangun syg asik pikirkan abg. Syg sayang abg sangat2. Dan sayang abg seikhlasnya kerana ALLAH SWT. Dr pg juga syg tak henti berdoa agar ALLAH kekalkan kasih sayang antara kita, agar syg boleh jadi isteri abang serta kekal bahagia n sentiasa berkasih sayang ke akhir hayat syg. Abg doakan syg jadi isteri solehah ya, dan doakan juga agar kasih sayang kita diberkati olehNYA dan kekal ke akhir hayat.Syg sayang abg sgt2."

Kenapa ia berbunyi begini kerana sayang memang asik masyuk memikirkan abang sahaja pagi ini. Dan  jika ada topik yang ingin dibualkan pagi ini, ia hanyalah akan berkisar pasal abg.

Maka dengan itu agar syg tidak terlalu keterlaluan bercerita, yang sayang rasa tak sesuai utuk dibincangkan di pejabat, maka sayang coretkan disini. Agar bila kita tua nanti akan syg ajak abg sama-sama buka entri ini untuk sama2 mengimbas kembali sejarah kita. Sejarah yang pastinya akan buat kita sama-sama tersenyum mengenangkan saat percintaan kita yang dari dulu, sekarang dan akan datang...

Moga ALLAH perkenankan doa sayang san sesungguhnya segalanya adalah kerana ALLAH SWT.

Nota kaki entri ini : Ya, saya memang sayang suami saya dan ya, saya memang over apabila menceritakan pasal kasih sayang... Maafkan saya..

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...