Ini adalah sesuatu yang saya nk kongsikan dengan suami tercinta...
Bila sampai suatu masa nanti abang terlintas untuk baca blog sayang ni dan abg terjumpa entri ini maka abang tau bahawa segala yang terjadi dalam hidup kita berdua adalah sangat penting untuk sayang (Sedikit over bunyinya, tapi tak kisah, kerana sayang memang sentiasa over bila berbicara mengenai kasih sayang)
Ini adalah sms yang sayang hantar kepada abang pagi ini.

Kenapa ia berbunyi begini kerana sayang memang asik masyuk memikirkan abang sahaja pagi ini. Dan jika ada topik yang ingin dibualkan pagi ini, ia hanyalah akan berkisar pasal abg.
Maka dengan itu agar syg tidak terlalu keterlaluan bercerita, yang sayang rasa tak sesuai utuk dibincangkan di pejabat, maka sayang coretkan disini. Agar bila kita tua nanti akan syg ajak abg sama-sama buka entri ini untuk sama2 mengimbas kembali sejarah kita. Sejarah yang pastinya akan buat kita sama-sama tersenyum mengenangkan saat percintaan kita yang dari dulu, sekarang dan akan datang...
Moga ALLAH perkenankan doa sayang san sesungguhnya segalanya adalah kerana ALLAH SWT.
Nota kaki entri ini : Ya, saya memang sayang suami saya dan ya, saya memang over apabila menceritakan pasal kasih sayang... Maafkan saya..
No comments:
Post a Comment