Thursday, February 25, 2010

Catatan ringkas..

1.   Wahhhh.. tetiba saya rasa geli baca entri sebelum ini.. Kahkahkahkah.. Tp memandangkan ketika itu saya sedang dalam mood berblues maka saya akan biarkan entri itu disitu tanpa mendeletenya walaupun bila saya baca semula saya akan gelak guling2 sengsorang (nota kaki perenggan ini : kenapa la blogspot ni tak der emoticon cam YM tu, kalau ader best giler buat entri letak ikon tu jer seme... )

2.   Ohhh... Saya masih dalam mood bercuti, akan saya update tentang percutian tersebut beserta kesimpulan yang panjangnya akan lebih 120 patah perkataan (Nota kaki perenggan ini : konfem fail bahasa melayu la kalau amek SPM tu... hihihi).


 3.   Dan lagi.. saya dalam mood kesedihan kerana terpaksa berkursus selama 5 hari dan sepanjang kursus itu saya dilarang membawa telefon bimbit atau suami anak atau sanak saudara atau sahabat handai. Ohhhh, saya pasti akan menangis (Nota tengah peranggan ini : Saya memang suka menangis.) kerana saya tak pernah tinggalkan anak saya yang comel itu.... Huwaaaaaaa.. Fatih ummi sedih.... (Nota kaki perenggan ini : Selama ini, saya akan kendong anak saya walaupun kemana sahaja saya pergi, samada berkursus, bergembira, membuang masa. Ini yang pertama saya kena tinggalkan dia).


4.   Dan yang terakhir, kerja saya tengah sgt byk, tp sy juga terpaksa menghadiri banyak kursus dan bengkel pada bulan ini, Maka saya isytiharkan diri saya jam pada bulan march ini. Bagaimana ya.. rasanya action plan harus diubah...(Nota kaki perenggan ini : Action plan kah yang salah? kahkahkahkah)



Nota kaki entri ini : Entri ini bertajuk catatan ringkas, tp malangnya dah jadi catatan panjang. Nampak sangat saya ni kuat membebel.... Wahhh, berbaik ati sungguh saya mengata diri sendiri... Kan betul kalau amek SPM bahasa melayu mesti gagal.... Tengok tu, masih membebel.... Hihihihihihihi

No comments:

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...