Ingin tahu kenapa aku lambat... Kerana.............................
Itulah meter kelajuan keretaku.. Tidak, Ia tidak rosak. Sesajer aku yang tak tekan minyak supaya aku tak sampai ke ofis... Gilakah aku? Hahahaha... Ya, tp bukan ya aku gila tapi ya aku memang tak tekan minyak, hanya tekan brake sahaja. Tapi tidak, aku tidak berniat untuk tidak sampai ke ofis. Tetapi aku hanya melayan, melayan keindahan alam di waktu pagi. Indah sungguh detik hatiku waktu itu... Marilah sama-sama aku kongsikan keindahan tersebut. Kerana keindahan inilah aku lambat sampai pejabat hari ini.

Nota gambar di bawah : Inilah kemuncaknya.... Keindahan disini aku nikmati lebih kurang 1 jam, lebih sebenarnya. Aku terpaksa, tiada jalan, lagi pun aku tengah slow mode.. So, layankan ajer bak kata Fafau.
Nota gambar ditepi kiri : Inilah keindahan sebenar, diambil setelah aku betul-betul redha diatas kesesakan jalan raya yang aku terpaksa tempuhi. Hurmmmm, mujurlah ada fafau n fbi duk potpet potpet kat Hotfm.. (Tak berapa nk indah sebenarnya, tp antara yang paling indah sebab ada la dua tiga empat lima batang pokok hijau yang enterframe diantara dua biji kereta dan sebuah cermin sisi).
Nota kaki entri ini : Ini memang entri yang dikhaskan untuk gambar dan nota sahaja...
No comments:
Post a Comment