Membesarkan seorang anak itu perlukan kesabaran...
Owhhhh.... Terasa macam nk start ngan ayat yang berbunga-bunga tadi, tapi memandangkan tido ummi yang tak lena mlm tadi ditambah dengan otak yang kehilangan semua perkataan, maka ummi teruskan sahaja dengan apa sahaja perkataan yang keluar dari otak ummi..
mmmm.... Fatih tak sihat... Tekak nya tak selesa pada hemat ummi... Ntah la, since dia belum boleh bercakap, itu lah telahan yang paling baik yang ummi blh buat... Kenapa ummi buat kesimpulan begitu. Pertama kerana dia nk tido sambil menyusu sepanjang malam. Tak der susu, dia bangun. Kedua kerana ummi dengar batuknya walau sedikit tp kedengaran agak kasar, ala-ala husky gitu...
Nota untuk gambar : Tak, ini bukan gambar dia demam. Itu gambar ketika dia sihat walafiat dan tengah sangat sibuk nk menolong umminya untuk mengemas baju ayahnya yang nk pergi outstation. Nk buat mcm mana, fatih ni dapat skill mengemas dari ayahnya...
Senang hati kan tengok muka buah hati pengarang jantung tersenyum manis gembira begini... Itu ketika dia sihat, kalau dia tak sihat... mmmmm....
Nota untuk gambar : Ya, itulah waktunya dia demam... Dengan gaya ala-ala tuan besar... Sibuk nk manja sampai ummi tak boleh buat benda lain. Letak lam walker, tp buat muka kesian agar ummi segera amik n dukung dia... mmmm, si kecik ni bijak negotiate agar kepentingannya diutamakan...
Tak kesian ker tangok muka dia camtu.. Kesian satu la kan, yang utama, hati ummi susah memikirkan bila la anak ummi nk sihat.. Biasa la ummi, emosi memang berlebihan sentiasa...
Nota kaki entri ini : Ummi ni sebenarnya tak pandai sangat bahasa inggeris sebab tu ummi tak tahu nk translate byk perkataan bahasa inggeris ke bahasa melayu... Ntah, guna jer la.. Asal maksud sampai and fatih cepat sihat sudah laaaaa....
No comments:
Post a Comment