Yaaaa.. tanpa henti aku menyusu bermula dari ahmad fatih dilahirkan sampai la sekarang. Yaaaa, walau mengandung aku tetap menyusu. Aku pernah cerita sebelum ni kat sini. Macam2 dah jadi sepanjang hampir 5 tahun ni... Teringat bagaimana aku bermula sebagai seorang yg innocent... hahahaha.. innocentnya.. sampai la sekarang, aku kira aku dah jatuh kategori senior kut.
Walau senior, tak bermakna aku dah master dalam bab2 menyusu ni, tp boleh la kalau aku nk share sket2.. Aku pun masih belajar.. Buktinya, pamplet yang aku dapat masa memula aku belajar menyusu dulu sampai sekarang aku masih simpan. ader melekat kat peti ais tu... kalau ahmad fatih kacau, sanggup aku kejar dia satu rumah... sayang tuuuu...
Hospital yang bagi aku... Banyak info kat pamplet yg satu ni. |
Eh... jap... tajuk tadi the journey kan? ok back to niat asal aku bila aku taip "the journey" tadi.Sebenarnya aku nk share pasal scheduling of pumping...
Sepanjang tempoh aku menyusu ni satu yang aku maintain dari dulu sampai skrg adalah schedule aku mengepam. Sangat penting ya ibu2 sekalian. Kenapa korang tanyer? Yer la, bila kita mengepam ni, satu cara utk pastikan hasil pengepaman kita sama jer sepanjang masa adalah dengan memastikan schedule pengepaman kita adalah sama setiap hari. kalau tak sama pun, hampir sama la...
eh, tak boleh nk menten?
keje tak tentu masa?
kena outstation, tak boleh nk cari masa mengepam?
eh, eh, eh eh... alaaaaaa... x boleh la...
ok. itu semua alasan.
Meh nk tanyer...
Sesibuk mana pun korang keje ada x sampai tak lunch?
ataupun sampai tak blh rehat petang kalau kursus tu?
Eh, tak boleh lunch? takder rehat petang??
ish ish ish... zalimnya bos korang...
heheheheh.. aku tau bunyinya sangat sarkastik.
Sebenarnya, yang nk aku gambarkan adalah masa boleh dicari.
Ini schedule aku dari dulu sampai sekarang...
Session 1
5.30am
Bangun2 tido pagi, terus aku pam...
dapat la dalam 6-10oz.
Session 2
12.30pm - 2.30pm
Most of the time aku akan pam time lunch... tapi kekadang cepat sket, kekadang lambat sket, tp dalam jangka masa tu la..
time ni dapat la dalam 10 - 16oz.
Session 3
5.00pm - 7.00pm
ini biasanya sebelum aku balik keje la.. kalau ader kursus lepas abes sesi petang aku pam la...
dpat la dalam 6-10oz juga...
Session 4
11.00pm - 12.00pm
ini biasanya abes sesi malam... kalau kursus la...
dapat dalam 6-8oz
Session 1 sampai 3 tu aku buat kalau aku keje macam biasa dan takder apa2 kursus atau outstation. Takder la session 4, sebab bila sampai umah jer, hero2 aku kompom gayut tak ingat.
Session 1 sampai 4 tu aku buat kalau aku kursus sampai malam atau kena outstation la kan.
Each session aku akan normally pam 10minit. Paling lama adalah 15 minit. Which is sgt jarang.
Alhamdulillah, setakat ni macam tu la jadual pengepaman aku, dan aku berjaya menyusu 2 anak aku sampai 2 tahun.. In fact ahmad fatih sampai 3 tahun setengah, and ahmad faris sekarang 2 tahun 11 bulan, masih lagi meyusu share dgn ahmad farid yang 3 bulan.
Alhamdulillah... murah rezeki mereka dapat menyusu susu ibu. |
Owwhhhh ya... aku bernasib baik sebab aku keje gomen. Jadi time tu blh la aku arrange sket2. Namun tak seme la senang bagai yang dirancang. Keje aku ni byk outstation, wajib la sekali sebulan. kekadang sebulan 3 kali pun ada. And sekali outstation wajib 5 hari waktu bekerja. Dan ada sampai ke sabah pun. Dengan semua halangan tu serta mengamalkan jadual macam di atas aku masih dapat menyusukan anak sampai 2 tahun, serta dapat mengepam dan mengekalkan production susu.
Alhamdulillah, aku bukan nk riak, tapi aku sangat bersyukur. Sebab aku tahu seme yang terjadi adalah rezeki dari Allah untuk aku dan keluarga. Tapi aper pun, rezeki tak datang terpijak. Semua kena usaha. Dan Allah dah janjikan, setiap yang berusaha akan pasti dapat hasilnya...
Petua aku? Aku tak der mengamalkan apa petua.. cuma yang aku sentiasa pastikan :
1. Walau macam mana sibuk atau letih atau malas pun aku, schedule kat atas tu wajib ikut.
2. Walau jauh mana atau lama mana pun aku pegi, aku akan doa pada Allah, susu aku ada untuk anak2 aku. Jangan kurang walau terpisah 5 hari.
3. Pemakanan kena jaga juga la... aku banyak minum air masak. 2L sehari memang kompom. Biasanya lebih. And kalau mood nk diet datang, sehari aku wajibkan juga amik nasi sekali. Kalau menyusu insyaallah korang akan automatic kurus walau tak diet. Jangan bimbang kay.
4. Apa lagi ek... Aku pun tak tau... setakat ni itu jer aku rasa... aku tak amik any supplement. Dulu masa memula menyusukan ahmad aftih, ada gak la cuba, tp aku ni kalau bab supplement memang fail...
5. Aku ingat yg paling penting, adalah doa kepada ALLAH SWT. Walau macam mana usaha kalau korang tak minta dan Yakin pada Yang Kuasa, maka usaha pun entah kemana.. tapi doa harus disusuli usaha yang berterusan ek.. Aku bukan sempurna, bukan juga ustazah, tapi aku share apa yang aku buat...
Nota kaki entri ini : Aku penah mengepam sambil drive. Puncanya bukan la sebab terlalu sibuk, Tapi aku terlalu malas nk pam. Tapi bila masuk kete aku rasa rugi kalau tak pam, so aku pam la juga sambil drive. Aku yang cari susah kan... hihihihi
No comments:
Post a Comment