Dah 3 kali bersalin kan. Tiga kali la juga debarannya sama. Sama kuat sama hebat.
Begitulah sakitnya. Sama jer sakit.
Ramai yang kata... "Dah nk masuk 3 kali ni dah biasa kan?? Ala rilek jer"
Cuba ko rasa tengok. Boleh rilek tak??
ooooo.. korang boleh. Ok fine. Aku tak leh.
Seriously... sakitnya x sama.
In fact yang ke-3 ni adalah pengalaman paling istimewa untuk aku.
Naper istimewa???
Aku sakit kali ni berbeza sket... Sebelum bersalin sakitnya tak seberapa.
Bukan tak sakit. Memang sakit. Mana ada nk bersalin tak sakit. Yer tak?
Cuma kali ni sakitnya aku masih boleh bertahan... Sampai hospital aku boleh rilek pegi mendaftar sendiri.
Dengan lenggang mak limahnya.
Siap tolak offer wheelchair yang nurse tu nk kasi.
Aku : "Eh tak per la, saya boleh jalan lagi ni."
Nurse : "Takper puan, dah sampai hospital ni, boleh jalan ker tak, tetap kena naik wheelchair"
Aku : Baiklah...
Terpaksa redho. Hihiihii..
Sampai labour room. Doktor cek dah terbuka 5cm tau. Masa tu dalam pukul 9.30++ macam tu.
Doktor pulak tgh handle satu kes lagi..
Aku pun rilek la sambil tggu doktor.
Aku : Abang, tolong la sayang bukakan tv tu. Sambil2 tggu ni blh la tgk.
Hubbyku : Tak der remote la syg. Kita borak2 jer la...
Aku : Eh, tak per la. Abg pegi la semayang n makan dulu. Pastu daftar masuk. Sayang ok lagi ni. Nanti nk bersalin abg kena ader sebelah. Baik setelkan seme dulu.
Seriously, walau dah 5cm buka, aku memang boleh rilek sangat. Siap boleh berzikir dgn tenang sambil tggu hubbyku. Kalau yang sebelum-sebelum ni, 2cm aku dah kelam kabut. Sakit gila. Apa pun tak ingat. Langsung tak leh handle.
Jam 10. 45 mcm tu, nurse datang lagi..
Nurse : Mari la nk cek lagi puan. Anak ke tiga biasa cepat.
Aku : Ok
Nurse : Eh, dah 8cm. Saya kena prepare dah ni utk puan bersalin.
Aku : Dr dah siap kat sana??
Nurse : Jangan bimbang puan, nanti puan nk bersalin dia datang.
Aku : Saya nk msg husband saya la, minta dtg sini. Dia pegi daftar tak setel2 lagi dari td.
10 minit mcm tu doktor datang, tengok ECG. Hubbyku pun dah sampai.
Doktor : Contraction tak kuat mana ni. U rasa sakit tak?
aku : Hurmmmm... sakit doktor. Tapi ok lagi ni.
Doktor : Mari saya tgk baper cm dah buka.
......
Doktor : Eh, dah 10cm ni. U sakit tak ni. U dah kena teran ni...
Ini permulaannya. Permulaan kesakitan yang teramat sangat.
Kenapa sakit??
Sakit sebab aku tak rasa sakit tp kena teran.
Seriously abes tenaga.
Sakit memang ada. Cuma bukan sakit yang sebabkan aku boleh meneran dengan jayanya.
Doktor pulak kena cakap. "Ok ros, contraction tu, teran."
Aku pun teran. Memang tak berhasil sebab aku tak rasa contractionnya. Tp tenaga habis.
Banyak kali mcm tu...
Akhirnya, dalam duk kelam kabut nk meneran tu, doktor terpaksa induce aku.
Ya Allah sakitnya baru datang bila dah induce. Sakit sesakit sakitnya... Allah jer yang tau..
Dan alhamdulillah, lepas induce, dua kali teran tak silap aku, baby dah kuar... Alhamdulillah...
Aku dah hampir berputus asa. In fact aku dah siap terlintas di pikiran, kalau last teran ni tak kuar lagi, aku nk mintak operate... Sakit sangat2222 ditambah aku dah takder kudrat nk meneran...
Lepas bersalin, aku tak boleh bangun. Tak macam bersalin yang dua lagi. Aku rilek jer bangun. Masuk jer ward, boleh terus mandi.
Tapi kali ni, nk angkat baby pun tak larat. Tenaga kalau ada meter boleh baca kompom bacaannya 0.
Sahkan nk angkat baby, doktor letak baby yang baru lahir atas badan aku pun aku tak leh nk appreciate...
Dah la dengan kesakitan yg masuk hari esoknya pun x berkurangan, husband pulak tak dapat tggu aku di ward.
Sebabnya ahmad fatih tgh demam kat umah.
In fact masa aku tengah meneran utk kali yang terakhir tu, husband aku pegi angkat tepon.
Ingatkan nk marah lepas baby kuar tu. Sempat lagi kan.. heheheh
Rupanya dia kata, adik aku call. Dari hospital. Suhu fatih 39.5 deg C.
Dah la sakit bersalin blm abes. Sakit risau pulak datang. Allah jer yang tau.
Lepas sihat demam tu, naik pulak mcm chicken pox tu. Bawa ke klinik, rupanya HFMD.
And memang HFMD macam tu. Demam dgn suhu tinggi, then bila sihat baru naik biji2 tu.
Sehari selepasnya baru jangkit pulak kat ahmad faris. Dan ia sememangnya senang berjangkit.
Maka dengan itu, ahmad farid terpaksa ditinggalkan di hosp selama 10 hari, baru bawa blk..
Eh, dah la.. panjang sangat dah ni.. Dah banyak melalut pun.
Dah la sekeping gambar pun tak der... Buhsan!!
Aper pun, itu la pengalaman bersalin paling sakit setakat ini.
Walaubagaimanapun, aku tak pernah serik.
Eh, silap... serik jap masa sakit tu.
Kikikiki..
Tapi sebetulnya kalau Allah masih bagi aku rezeki, aku terima dengan hati terbuka.
Nota kaki entri ini : Setiap kali mengandung lain peelnya... Lahir anak kedunia juga berbeza kerenahnya.. Namun itulah penyeri kehidupan... Itulah harta tak ternilai. Itulah amanah Allah yang perlu dijaga serta dididik dengan sempurna. Alhamdulillah, itulah rezeki tanpa nilai dari Yang Esa. Sesungguhnya kenangan sakit masa bersalin akan hilang bersama kenangan indah waktu membesarkan mereka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Me, Kids and World Scarves Problems
Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...
-
hari ni kononnya nk amik baju raya di shah alam. dh spi sana bj x siap juga. dh siap tiga mggu yg lps sebenarnya. tp lain yg diorder lain...
-
Rinel, this entry i wrote mainly dedicated to you.. Oh sorry to disturb while u r still enjoyed ur sate kajang. How it taste ek? Is it as de...
-
When I was a kid, I thought being an adult is awesome. And now I am an adult, and I think the best time is when I was a kid. Hahahahahaha...
No comments:
Post a Comment