Monday, December 23, 2013

Ahmad Faris dan Tisu

Ahmad Faris sangat sukakan tisu.
Sekotak tisu sebulan tak cukup untuk dia.
 
Ok. Saya kena admit yang dia sangatlah pembersih.
Baju kotor sket nk tukar.
Mulut kotor sket nk lap tisu.
Kaki terpijak air sket nk basuh.
Tangan kotor sket sibuk nk basuh.
Lepas basuh sibuk cari tisu.
Selagi tak jumpa tisu maka tangan dia akan terangkat dan terbuka.
Mulut tak abes2 cakap "geli".
Itu la ahmad faris sekarang.
 
Kalau makan tangan mesti pegang tisu.
Pastu dah lap sekali mesti kena tukar tisu lain.
Tak boleh pakai tisu yang sama.
Meh tengok macam mana stail mengada2 dia sekarang...

Makan limau sambil tengok tv..  tisu mesti ada..

Bila air limau meleleh kat tangan dia, dah mula la dia mengelap. Makan x seberapa, mengelap tangan yang lebih

Dah siap pun sama, kena lap lagi. Lepas lap basuh. Pastu lap lagi.

Nota kaki entri ini : Alhamdulillah dapat seoarang anak yang pembersih. Kalau tengah makan ada kuah gulai yang tertitis atas meja makan, dia sibuk minta tisu untuk lap. Tisu dah masuk senarai kena beli tiap bulan sekarang ni. Nasib baik pampers cuma kena beli utk ahmad farid sahaja.

No comments:

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...