Thursday, December 12, 2013

My 3rd Hero


Alhamdulillah.. 11/12/13 genap la tiga bulan hero no. 3 saya..
Eh..
Hehehehe...
Alhamdulillah, saya dah ader 3 hero sekarang..
Bersyukur. Seronok. Letih. Tensen. Meriah.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Murah rezeki Allah untuk saya.
Harta tak bernilai untuk saya...
 
Ini yang no. 3...
Buah hati pengarang jantung saya...
Dilahirkan pada 11 September 2013
Pada Jam 11.17 mlm
Dengan berat 3.33kg.
Diberi nama Ahmad Farid bin Asri.


Day 1
 
Day 4 or 5.. masih di hosp. Kena kuarantin sebab tak leh balik umah...
 
Bersalin kali ke-3 ni betul-betul mencabar.
Aku kira ini berlaku adalah atas faktor umur yang dah semakin meningkat.
Hehehehe. Ini gelak sedar diri yang malu2... Hahahahah 
Selain pengalaman bersalin paling sakit, ia juga jadi yg paling merisaukan.
Baby dilahirkan, abang-abang dia kat umah pulak kena HFMD (Hand foot and mouth disease).
So, terpaksa la tinggalkan baby kat hospital dulu.
Takut berjangkit.
Day 10 baru boleh bawa dia balik umah.
 
 
Tak ingat dah day berapa.. tapi baru blh balik umah sehari dua..
mungkin day 11 or 12

Ni masa raya haji...
 
Masa raya haji aku adalah masih berpantang.
Namun begitu, demi menjadi isteri mithali serta menantu yang disenangi.. ecewahhh.
Aku ikut suami balik kampung.
Yang benarnya, tak best kut kalau 
suami and anak2 balik beraya kita duk umah.
tak ker syahdu mcm tu???
Walau raya haji jer..
So aku ikut la. Dengan stokin dan kain batik sebagai uniform raya.
Alaaaaaaa... raya haji jer punnnn...
hahahahaha...
 
Sebelum dan selepas cukur.
 
Garang kan bila dia dah takder rambut.
Itu gen ayahnya okkk..
Kalau ikut aku kompom manis...
 
 
Tembam kan... Hampir 2 bulan. Timbang masa cek 2 bulan adalah 6.19 kg.
 
Masa cek 2 bulan, doktor pesan...
"Jangan banyak sangat menyusu ya farid, sila exercise".
Hahahahah.. Doktor adalah sangat cute.
Aku ingat seme ped adalah begitu.
Kalau tak mereka bukan pediatirician.
 
 
Tembam kannnnn.. tengok lengan and jari dia. Ko aderrr?? Hahahaha

Ni gambar spesyel. Ahmad fatih yg capture... Latest ni.
3 bulan dah umurnya. 

 Aku bersyukur sangat2.
Sebelum bersalin kerisauan utama aku adalah abang2nya.
Ahmad fatih dan ahmad faris adalah sangatttttttttt aktif orangnya.
namun, kerisauan aku tinggal kerisauan semata-mata.
Ahmad fatih adalah abang yang penyayang.
Dah boleh jaga adik.
Dah boleh nyanyi utk adik.
Dah boleh pujuk adik ketika menangis.
Ahmad faris pula abang yang protective.
Nobody can actually touch his brother.
Langsung tak boleh.
Walaupun nenek dia.
Hahahahaha..
Aku tahu. Dia over protective!!!
 
Ahmad faris. Sayang sangat ngan adik dia.

Ahmad fatih. Dah pandai jaga adik.

Nota kaki entri ini :
Ahmad fatih dan ahmad faris adalah dua anak yang sangat supportive.
Seme benda mereka boleh tolong.
Tolong buang pampers.
Tolong amikkan baju baby.
Tolong buai baby.
Sampai kekadang bergaduh nk membantu.
Alhamdulillah...
Moga Ahmad farid juga jadi begitu nanti
Moga anak2ku Ahmad Fatih, Ahmad Faris dan Ahmad Farid menjadi anak2 yang soleh.
 

No comments:

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...