Nama saya Rosmawati. Nama emak saya, Jah dan nama bapa saya, Azmi. Saya ada enam (6) adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Hari ini saya ingin bercerita mengenai keluarga saya kerana tiba-tiba saya merasakan saya rindukan mereka. Saya rindukan mereka selalu tetapi saya memang seorang yang tidak pandai dan tidak tahu untuk menunjukkan perasaan itu. Lagipun saya kan dikenali sebagai seorang yang garang di dalam keluarga, maka saya kena control macho saya. Lagipun, saya kan kakak.
Enuf, enuf. Saya terasa letih apabila saya perlu berskima begitu. saya bukannya terror karangan bahasa melayu ni.. Pekse dapat result bagus pun sbb cikgu yang berusaha lebih (nota untuk ayat itu : saya buat ayat ini utk perhargaan bagi guru2, apabila saya baca tajuk utama surat khabar hari ini menyatakan "Seksa jadi Guru").
Inilah keluarga saya. Saya sebenarnya buat entri ini kerana salah seorang adik saya akan kawen tak lama lagi. Saya tahu dia baca blog ini tp saya tetap nk menulis berkaitan dia hari ini. Okay, mari saya kenalkan adik beradik saya. Mak n ayah saya tak perlu enterframe takut nanti mereka dikejar paparazi kerana gambar mereka sangat exclusive untuk dipaparkan disini.
Nota untuk gambar : Ini gambar diambil ketika kami semua muda mudi lagi dan sehingga entri ini ditulis jua kami masih muda mudi dan tentunya lagi cantik dari ini gambar. Cuma yg sudah besar cuma anak2 sedara kami yg tiga ituuuu, teka la yg mana ;)
Cukup tak 6 org? 1, 2, 3, 4, 5.... aik, maner sorg lagi, kejap saya pikir saper sorg lagi..... Hahahahaha, itu lah dia adik bongsu saya. Dia kan adik, so dia harus dibuli untuk amik kakak2 terchenta punya pose. "Kami kan kakak" Hehehehe.. Kejap cari gambar yg dia ada...
Nota untuk gambar : Gambar ini diambil dahulu sblm gambar td. Tp sebab tak center, kami semua senyum lagi sekali agar tukang amik gambar paham tanggungjawab dia untuk amik gambar lagi sekali.
Haaaa, itu la dia, yg pakai baju.... Eh, kena buli lagi... Sian adik, terus amek gambar ye dik. Lagipun entri ini untuk e, bukan utk adik jd gambar adik angah tak upload. Lenkali jer la... Kihkihkih.. Seronok dapat buli dia, walau di entri sahaja...
Dalam gambar kat atas tu, along, saya n der dah kawen. And masa gambar ni diambik kami baru jer kawen. I mean saya n der, along dah lama kawen, skrg pun tgh expected anak no 4. Ini gambar masa raya pertama saya n der jadi isteri. Waktu ini seronok. Kami berkumpul ramai2, semua orang ader. Der la yang akan buat seme org ketawa, along kan baik so dia gelak ajer, saya pulak tumpang gelak n kalau perlu tlg marah. Ija, pun samer tumpang gelak sebab dia memang suka control macho, e tukang tambah meriahkan suasana dengan aksi tangannya n adik tukang lengkapkan perisa...
Itu dulu, tp lately, saya rasa dah lama sangat kami tak berkumpul bersama. Semua pun sibuk dgn aktiviti masing2. Yg dah kawen dgn family, yg blm kawen sbk belajar. Berhubung pun hanya melalui telefon. oh ya, semalam ma saya telefon, ini kali kasi arahan vetonya supaya bailk 2 hari lebih awal untuk majlis pertunangan adik saya nanti. Harap2nya kali ini kami semua dpat berkumpul lagi, sama2 bergelak ketawa lagi, sama bergembira lagi, sama2 bergaduh lagi..
Dan setelah lama tak berkumpul, tetiba adik saya pulak dah nk kawen. E tu la. Dah puas saya bisingkan jangan kawen lu, abeskan belajar dulu. Dia langsung tak nk dengar. Tp bila saya pikir2 blk, itulah perjalanan hidup dia, saya harus bagi dia peluang untuk corakkan hidup dia. Saya dulupun tak der sesaper tlg kalerkan warna-warni hidup saya, seme saya sendiri yg pilih kaler2nya dan corak2nya saya yg buat. Tak adil pula saya nk kacau penceritaan warna-warni hidup dia kerana mungkin kaler yg saya pilih bukan la kaler kesukaannya. Tp saya mahu dia paham bahawa saya bukan sesajer nk bisingkan dia, cuma saya sayangkan dia dan kalau blh saya tak mahu dia gagal dalam apa jua yang dia buat. Saya dah lalui dulu perjalanan hidup ni, dan saya tahu, akan ader byk jatuh bgnnya. Saya pikir saya tak mahu dia jatuh, tp saya pikir lagi, kalau dia tak jatuh, nanti kalau tetiba dia keseorangan dan dia jatuh, bagaimana dia nk bangun kalau dia tak pernah belajar bangun sendiri..
Maka saya lepaskan dia.. Saya pikir lagi, mudanya dia baru 21 thn... Saya pikir lagi. Dan kali ini saya yakin dia blh kerana keluarga saya sendiri dah byk kali jatuh, dan setiap kali kami jatuh kami berjaya bangun kembali. Setiap dari kami berusaha untuk bangun. Dan kami berjaya berdiri. Maka saya yakin dia telah bersedia dan sebenarnya saya masih mengharap dia bersedia dan jauh disudut hati saya, saya tahu dia bersedia, saya cuma harus yakin, pada dia n yang ptg yakin pada diri saya juga untuk yakin pada dia. hahahhaha, mesti penin bila dibaca....
Ok la, saya pula terasa sayu membuat entri ini. Saya kan memang senang mengalirkan air mata. Maka saya akan berhenti membebel (insyaallah), dan tunjuk gambar adik saya yg bongsu yg dibuli td. Kerana dia dibuli maka dia sendiri amik gbr dia. lagipun dah takder adik lagi untuk diarahkan amik gambar...
Nota untuk dua2 gambar : Saya sayangkan mereka semua walaupun saya suka marah mereka. Yang mana satu E dalam gambar ini??
Nota untuk gambar : Ini gambar de. Dulu dia kecik hati sebab saya tak upload gambar dia masuk friendster, tp dia tak tahu, saya upload paling byk gbr dia, tp seme tak berjaya. Seme sebab internet problem. Dulu kan saya tak mampu beli komputer dan broadband sendiri, maka saya tumpang2 jer kat mana2 update seme tu, kekadang berjaya kekadang tak. Tp sekarang dah ader, maka saya upload gambar dia sampai berjaya.... I love u der...
Dah la, walau nk berhenti membebel tp saya masih terus membebel. Cuba bayngkan bagaimana dua org ini bersabar dengan bebelan saya...
Nota untuk gambar ini : Tp kalau korang tgk gambar ni pun tahu, mereka sebenarnya bukan bersabar, tp mereka assume leteran saya sebagai sound effect dirumah itu... So blh diabaikan jika tak suka akan sound effect tersebut.
Nota kaki entri ini : Saya sayang mereka semua sangat2...