Friday, April 30, 2010

3 Idiots

Dah lamer saya tak tengok cerita hindustan. Selain daripada chentaku dirumah mengharamkan cerita hindustan, saya sendiri merasakan yang cerita hindustan sekarang ni tak semenarik dulu.. Dah takder lagi tau tukar2 10 pasang baju sepanjang nyanyian, tak der lagi lagu2 yang best macam "mere churiyaaaa"... Hahahahaha....

Nota untuk gambar : Saya amik gambar ni disini. Korang baca la kat sini pasal cerita ni sket2. Tu kira macam saya promote. Sila tonton ya bapak bapak dan ibu ibu sekalian... 

Okayla, dengan penuh harapan didada agar chentaku tak membaca blog saya pada hari ini, maka saya isytiharkan hari ini sebagai hari "3 Idiots". Citer hindustan yang berherokan Amir Khan serta pelakon lain seperti karena kapoor dan, lain-lain yang tidak dapat dinyatakan disini kerana saya tidak kenal mereka tapi lakonan mereka dalam citer ni best.

Saya nk promote dengan mengatakan yang saya nangis tengok citer ni. Tp tetiba teringat kata kawan2 seuniversiti saya dulu.."Rosma ni tengok gerak khas pun nangis"... Kihkihkihkih... Tp saya tak pernah nangis tau tgk gerak khas.. Tapi citer ni memang best, bukan citer cinta tp cerita persahabatan dan bagaimana sebuah persahabatan mempengaruhi kejayaan dalam kehidupan. Tapi cinta ada gak la, tapi sket sangat dan cute pula tu...

Wahhh.. saya adalah seorang promoter yang memang tak tahu nk promote produk saya, sebab itu saya tak boleh join jualan langsung (Sila amik perhatian kepada sesiapa yg buat MLM, saya bukan target  yang bagus untuk diajak berbisnes sebegitu, so abaikan saya).

Dah la. saya tak mahu promote lagi. Sila la tengok. Cerita ni sangat best. Percaya cakap saya, eh silap, percaya la pada tulisan-tulisan saya ni. Cerita ni memang best... Hurmmmm, kalau saya cerita sinopsis disini, ianya akan jadi novel pula, maklum la, saya kan ada sindrom terror membebel. Tengok ya, janji ngan saya kay.. Anda akan ketawa, menangis, gembira, terharu dan pelbagai rasa lagi sepanjang anda menonton citer ni nanti walaupun 3 idiots ni banyak berkisarkan pasal engineering tau... Banyak innovation yang berkaitan ngan engineering ditunjukkan lam citer ni...

Nota kaki entri hindustan ini : Terbayang zaman muda-mudi diuniversiti dulu. Sibuk mengelap airmata dan air hidung sehingga habes sekotak tisu sambil menonton cerita Kuch Kuch Hota Hai. Itu belum cerita bagaimana sanggupnya sampai ke dewan exam lambat sebab tonton cerita Winter Sonata.. Kihkihkihkih... Seronok oooo, sampai sekarang rasa thrilled nya...

.................

Hari ini suami saya dijemput ke Shah Alam.. Ada tanggungjawab yang harus dilunaskan atas arahan yang tiba-tiba diberikan. Tiada apa yang hendak dinyatakan, cuma ingin mendoakan yang terbaik untuk nya.. Moga dipermudahkan segala urusannya oleh ALLAH SWT.

"...Dan tidakkah diperakui bahawa Tuhan yang menciptakan langit dan bumi berkuasa mencipta semula manusia sebagaimana yang diciptanya dahulu? Benar diperakui, Dia berkuasa. Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila menghendaki sesuatu hanyalah berfirman: "Jadilah!" Maka jadilah ia.Maka Maha Suci (Allah) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada- Nyalah kamu dikembalikan." - Surah Yasin Ayat 80 - 83


Nota kaki entri ini : Saya sebenarnya tiada mood nk bekerja atau memulakan apa-apa sahaja tindakan. Mungkin kerana memikirkan, adakah ini sebenarnya langkah pertama yang akan suami lakukan untuk terus maju ke depan dalam bidang yang tak pernah saya impikan untuk dia ceburi... "Baik abg pergi main golf. Walaupun berjam-jam lamanya, sekurang-kurangnya sayang tak risau begini..."

Wednesday, April 28, 2010

A motivation

I have a freind, a very good freind. And yesterday he called and its normal when he called. But yesterday, he sounds demotivated. But, that was actually normal too... And since it is normal, so there come an idea on writing an entry for him. A entry that full of courage, motivation, inspiration and all the positive things that will bring him a new spirit on his so called "loved job".

So, this is for you and i hope each time when u feel urself demoralized because of anything, u can always google to my blog and read this entry. Dont take it wrongly, u can alwiz call me but maybe sometimes i cant be there for you, so this entry will alwiz replace me. Or may be, its boring to listen to my bla bla bla bla bla or so called "leteran", so this entry will be a very short, precise and straight to the point but will've full of inspiration.


Wahhhh..Bunyi gempak giler pengenalannya... Hahahaha.. (Separator..)


I alwiz told you, "u r the best in the making". And don't ever forget that, because that was the key of your success. Why??? Because that was a long journey on making the best in this world. And along the way, u'll faced alots of thing, sometimes there is joy and happines but almost of the time u'll fall down and u've to get up. Why?? Because u r on the way to be the best among the best. Nothing goes easy along that way. And please, dont take to long to get up, otherwise others will left u behind..

U alwiz make a comparison to others, which is good, but please dont do it if it'll give you a negative impact. Why??? Because u r already good and of course everybody are better when u start looking at them but not at  urself. So, start looking at urself, find ur own quality, improve n polish it till u feel urself better than others.Remember this, everyone have their own quality but not everyone know how to polish it. Or u r one of them???



Wahhh, inikah yang dikatakan pendek, tepat dan TEPAT???? (Separator lagi)


Last but not least. Dont let others bully u okkkk!!! Dont just follow whatever they asked u to do. (But please do it, if he is ur boss, because boss is alwiz right.. Hahahaha...). Do it, if its really make sense, but some time u r too honest, too polite (which is not u.. hehehehe) until everybody take advantage on you. U r big enuf to think watever is actually right and wrong. So please think. before do any action. But you, alwiz make an action first then think last..

This will be the last. Bro, believe me on this. U may be learn a lots of thing in a hard way. And thats mean, u'll face alots of trouble, u'll fall down alots of time, u'll cry until u cant count how many it is. But, put this in ur mind, only THE BEST will know the taste of  THE SUCCESS which come with their own EFFORT.

Wahhhh.. Mujurla dah abes... hehehe (Separator sebelum cover)


Foot note : I LOVE VICTORY, but along the way, only ALLAH knows how it feels. So start rewarding urself even it is just an achievement on finishing ur daily task. And after that u can say " I LOVE MY JOB". Why??? Oh, come on la, u must love ur job, if not where come the money to buy the reward for your urself??

Monday, April 26, 2010

Ntah aper-aper!!!

Saya sudah banyak kali nk update entri untuk blog ini. Udah la buka pagi ni terpaksa cuci habuk dulu, kalau masih belum ada entri konpem bersawang dua tiga hari lagi.

Saya sebenarnya sentiasa berniat untuk update. Contohnya minggu lepas, saya baru buka new post, maka datang mesej dari boss yang berbunyi :

Boss : Kena siapkan presentation UKB untuk mesyuarat pagi.

Saya : Ok

Walaupun sebenarnya kurang ok.. Dari kaler tulisan yang dipilih pun sudah tahu. (Hahahahahaha... Mati saya kalau boss baca.)

Contoh lagi, pada hujung minggu ini, saya baru buka komputer.. Tp fatih pula yang sibuk nk explore the computer. Kata ayah...

Ayah : Tak per ummi, biarkan fatih meneroka.. (Ehhh, macam pernah dengar ayat yang sama pada iklan televisyen jer...)

Ummi : Teroka la fatih, rosak laptop ummi, kita claim dua kat ayah, satu untuk ummi, satu untuk fatih teroka.. Boleh yah????

Maka tiada la update, dan habuk pun bertebangan singgah di sini...

Maka pagi ini, sebelum mulakan tugas dan masih belum berbreakfast lagi kerana kawan-kawan mungkin berpuasa atau sedang berdiet... Aduhhh, panjangnyer ayat, tp maksud sebenar ayat dan entri masih belum sampai.. Saya mula kan semula ayat tersebut ya..

Maka pagi ini, sebelum mulakan tugas,  saya pun membuat la entri ini (Wahh, itu ajer ker ayatnyer???). Sekadar entri untuk saya membebel dengan perut yang sedang bernyanyi riang.. Ok la, sudah la dengan bebelan yang ntah aper-aper ini (baru sampai tujuan tajuk entri, hehehehe ), saya stop dulu, nanti saya buat entri yang sebenar...

Nota kaki entri ini : Saya tetiba bersemangat untuk bekerja. Wahhh!!! Eh, eh, saya kena breakfast dulu... Hahahaha, ada sahaja alasan. Tunggu mesej dari boss lagi barangkali baru rajin bekerja...

Wednesday, April 21, 2010

Accessories Kepunyaan Ahmad Fatih

Sebelum mula aper2 citer, saya ingin tunjukkan gambar ahmad fatih yang semakin nakal, eh, bijak, eh, anak soleh ummi la ummi nk tunjuk ni...

Nota untuk gambar : Ahmad Fatih bersama Moksu..

Cerita pasal accessories ahmad fatih ni memang ada banyak. Owwhhh, i mean accessories dia byk bukan cerita yang banyak. Tp ini kali ummi nk citer berkaitan kasut sikecik ummi ni. Umur baru 1 tahun 2 bulan lebih kurang, tp tgk la koleksi kasut dia... Kalah ummi...

 Nota untuk gambar kasut : Ini la kasut ahmad fatih.Dah ader 5 pasang semuanya. Ahmad fatih, nanti besar sila belikan ummi 5 pasang kasut yer setahun... (",)

Mmmmm, ada kasut yg ke taman untuk main2, ada kasut yang pegi jalan. Ehh, fatih dah pandai klasifikasi kan kasut? Bijak sungguh anak ummi.. Hehehe.. Hurrmmm, nampak tak semua, ummi dah mula spoiled kan ahmad fatih dari kecik lagi. Ahmad fatih, sila berdikari ya, jika ummi beli lagi kasut maka ahmad fatih perlu nyatakan bahawa "ummi, ahmad fatih tak perlukan kasut, tp ahmad fatih perlukan pampers lebih". ("Eh eh, bukan pampers ummi dah beli ker???")



Semua yang diatas tu adalah kasut yg dibeli mengikut pembesaran tapak kaki ahmad fatih. And sekarang ahmad fatih dah pakai kasut saiz 5. And yang terbaru ahmad fatih dah ader kasut yg lagi besar saiz dari tapak kaki ahmad fatih. Namun anak soleh ummi ni sangat sukakan kasut tersebut hingga terpaksa dibawa tido bersama kekadang tu. Kalau nk jalan2bagitau nk pegi jalan, maka ahmad fatih akan pegi amik sendiri kasut dan cuba pakai la kunun. Ahmad fatih memang suka pakai kasut tp sebenarnya belum pandai pakai kasut.. Ummi konpius sekejap dengan kenyataan ahmad fatih suka pakai kasut tu, eh, ooooo, ini la kasut feveret dia tu...  

Nota untuk gambar  : Ini bukan ummi beli, tp moksu n maktam hadiahkan. Sebab tu saiz besar.. Tp ahmad fatih tu tak pandai jaga hati ummi, yg org lain beli suka sampai nk bawa tido, tp yg ummi beli simpan jer lam almari... Ummi ngajuk...(^_^)

Haaaa, itulah alkisahnya kasut sikecik comel ummi ni... Koleksi kasut macam org dah besar. Saper salah? Ummi jugak. Ok, ummi nk stop beli kasut ahmad fatih, kalau kasut tu dah x muat nanti, ahmad fatih pinjam kasut ayah jer yer.. Kasut ummi pun blh kalau nk, tp ahmad fatih kena belajar catwalk lu la... Hehehehe...

Nota untuk entri kasut ahmad fatih ini adalah : Kata ayah, anak adalah amanah ALLAH SWT, maka kita seboleh-bolehnya jaga amanah ini sebaiknya dan tak boleh mengharapkan apa dari amanah ALLAH ini. Maka dengan itu, ummi tak nk mintak ahmad fatih belikan ummi kasut 5 pasang setahun, tak elok tak ikhlas. Harapan ummi mmmmmmmmmmmmm hanyalah....



ahmad fatih beli 10 pasang dah la... Hahahahha, ini kalau ayah baca mesti ayah educate ummi lagi ni...Ampun ayah, ummi sayang ayah... Ehhh, Ahmad fatih, 10 biji beg juga ya, untuk dipasangkan dengan kasut tersebut..Hehehehe..


Tuesday, April 20, 2010

Akhirnya...

Akhirnya, bertunang juga adik ku yang seorang itu. Dah kukatakan walaupun sudah panjang berjela leteran ku tetapi dia tetap dengan keputusannya... Inilah kaler pilihannya hidup dia...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT, akhirnya semuanya berjalan lancar dan sudah selamat segalanya. Sebuah majlis yang sederhana tetapi cukup meriah dengan kehadiran seme adik beradik juga saudara mara. Majlis pertama yang semua kami adik beradik buat sendiri. Uppsss, ada la juga bantuan dari orang lain, tapi ini kali most of the things and arrangement was done by us.

Hampir seme kami buat sendiri tau. Contohnya hantaran, kami semua sama2 berusaha menyudahkannya. Sebelum ni mak sedara yg buat, sbb kami ni kayu sket, but this time kami cuba try test buat, alhamdulillah. Ini lah hasilnya.. Eh, yg kaler biru tau, yg coklat tu dari sebelah lelaki...

Nota untuk gambar : 7 berbalas 5. kawen nanti berapa la agaknya....

Makeup bakal pengantin pun samer, kami adik beradik juga yang buat. Tp kredit untuk ina juga. Ina ni kawan baik der, tp dah close giler ngan adik beradik serta keluarga kami... Meh la tengok bakal pengantin yang telah diconteng oleh amatur2yg tak bertauliah.... Heheheh..

Nota untuk gambar : Bakal pengantin ni sangat sukakan kaler biru. Kalau boleh, bibir pun nk pakai lipstik biru.

Ini pula gambar2 setelah siap sarung cincin oleh ibu bakal pengantin lelaki... Seme saya dah compile jd mcm ni sebab tak byk gambar yang diambil menggunakan BB ni kerana tuan punya BB sibuk menguruskan majlis... (Hahaahahaha, bunyi mcm majlis besar2an)

Nota untuk gambar : Yang pakai baju hijau Ben 10 tu bukan bakal pengantin lelaki kerana telah direject disebabkan baju yang dipakai bukan kaler biru. Kan dah dinyatakan td, bakal pengantin gilerkan kaler biru...

Setelah majlis selesai, kami semua pun berpuas hati dengan majlis tersebut (ini adalah ayat karangan ketika di tingkatan 3 dahulu). Yang penting sebelum kami semua bertolak balik ke rumah masing2, semua pinggan mangkuk n periuk belanga siap dicuci. Mengemas tinggal kat bakal pengantin setelkan. Bukan apa, latihan tu, untuk persediaan mengemas di rumah mentua nanti..

Lauk pauk juga tak der yg boleh ditapau untuk kami adik beradik yang memang tak berniat nk tapau ni, seme sedang elok untuk majlis serta buah tangan kepada saudara mara, serta jiran tetangga. Alhamdulillah, semua pun dah beres. Yang tinggal sekarang, cuma persediaan untuk malis perkahwinan. Mcm mana la nanti. Dah tak lama tu, katanya nk buat bulan 8 tahun ni juga. Tak kisah la, Kan ker baik yang elok itu dpercepat-cepatkan.. Bakal pengantin pun dah tak sabar kut?? (Sila jawab ye bakal pengantin).

Kami adik beradik berkonvoi balik dari umah ma, seronok pula rasanya berkonvoi begitu. Singgah semayang dimasjid kemudian singgah pula dinner di temerloh (tu la saper suruh sombong tak mau tapau lauk???) Selepas makan baru semua berpecah ke destinasi masing... Hurmmm, saya dah rindukan seme orang, dah lama sangat rasanya tak berkumpul begitu...

Nota entri pertunangan ini : E, angah ucapkan tahniah .  Seme pun hepi dengan majlis ni dan mendoakan kebahagiaan E. Tp ingat tau, pengajian harus dihabiskan, e harus jadi doktor serta isteri yang berjaya tau... Ja, kamu bila lagi??

Friday, April 16, 2010

Breast Feeding.

Hurmmm, hari ni aku nk cerita berkaitan penyusuan ku kepada ahmad fatih buah hati pertamaku....

Lately, aku berasa sangat risau berkenaan susu ku yang makin berkurang. Banyak sgt kurangnya rasaku. Aku berniat nk susukan fatih selama 2 tahun, maka bila jumlah susu yang dipam hari2 itu makin berkurang, maka aku amat risau. Tp mungkin juga aku pregnant, tp ini 500% belum tentu. Tp kalau betul , macam mana. Itu pikirku...

Lalu aku telefon adikku untuk bertanya dan dia mengesahkan adalah ok utk menyusu dan mengandung serta menyuruhku mencuba mencari info di susuibu.com. Dan alhamdulillah aku terus dapat jawapannya. And it was OK. I'm happy wiv that info and from that i'm start googling from 1 blog to another blog which is connected to breast feeding. Its quite interesting reading all this blog where all young moms are very positive in giving their best to their children in breast feeding.















 Nota untuk gambar : Dua2 ni gambar fatih masa dia berumur lebih kurang, 4 bulan tak silap aku.. Sekarang dah setahun dua bulan... Lagi 10 bulan nk masuk 2 tahun... Moga aku berjaya...







Kalau tak percaya cuba la baca blog diarg ni semua. Nah, ini Ibu Fahri, ini lagi Ibu Addin dan Nasa, ini lagi Kak Ereena. DAn banyak lagi. Dah lama aku tak berkesempatan melawati dari satu blog ke satu blog begini.  Dan apabila aku baca blog diarang ni seme, macam2 petua aku dapat, macam2 perkara aku belajar dari penulisan diarang.. Tp bila baca blog diarang ni aku rasa terkebelakang pasal menyusukan baby ni. Ader juga yg aku rasa nk jadi cam diarang, jadi aper, MBFPC. Tp puas aku google tak dapat caranye, kalau ader pun tak jelas. Nanti la, aku drop by lagi kat blog diarang ni n tanyer diarang...

Ok la, moral of the story, kerisauanku dah makin berkurang tentang penyusuan td, tetapi aku akan bertekad berusaha untuk susukan fatih sampai dua tahun seperti tekad asalku. Tp aku memg tak pernah ubah tekad cuma lately aku sedih memikirkan ahmad fatih kalau aku tak dapat susukan dia... So, mungkin juga kesedihan itu mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Badan pun lately tak bersemangat langsung, lemah jer...

Entah laaaa, tolong la yer semua kengkawan, doakan la saya berjaya susukan ahmad fatih selama dua tahun dan lebih... beri la saya semangat. Sedihla bila lihat penghasilan susu makin berkurangan... Positf rosma, positif!!!!

Nota kaki keluhan hatiku ini : Saya betul2 nk susukan ahmad fatih sampai 2 tahun..

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...