1. Wahhhh.. tetiba saya rasa geli baca entri sebelum ini.. Kahkahkahkah.. Tp memandangkan ketika itu saya sedang dalam mood berblues maka saya akan biarkan entri itu disitu tanpa mendeletenya walaupun bila saya baca semula saya akan gelak guling2 sengsorang (nota kaki perenggan ini : kenapa la blogspot ni tak der emoticon cam YM tu, kalau ader best giler buat entri letak ikon tu jer seme... )
2. Ohhh... Saya masih dalam mood bercuti, akan saya update tentang percutian tersebut beserta kesimpulan yang panjangnya akan lebih 120 patah perkataan (Nota kaki perenggan ini : konfem fail bahasa melayu la kalau amek SPM tu... hihihi).
3. Dan lagi.. saya dalam mood kesedihan kerana terpaksa berkursus selama 5 hari dan sepanjang kursus itu saya dilarang membawa telefon bimbit atau suami anak atau sanak saudara atau sahabat handai. Ohhhh, saya pasti akan menangis (Nota tengah peranggan ini : Saya memang suka menangis.) kerana saya tak pernah tinggalkan anak saya yang comel itu.... Huwaaaaaaa.. Fatih ummi sedih.... (Nota kaki perenggan ini : Selama ini, saya akan kendong anak saya walaupun kemana sahaja saya pergi, samada berkursus, bergembira, membuang masa. Ini yang pertama saya kena tinggalkan dia).
4. Dan yang terakhir, kerja saya tengah sgt byk, tp sy juga terpaksa menghadiri banyak kursus dan bengkel pada bulan ini, Maka saya isytiharkan diri saya jam pada bulan march ini. Bagaimana ya.. rasanya action plan harus diubah...(Nota kaki perenggan ini : Action plan kah yang salah? kahkahkahkah)
Nota kaki entri ini : Entri ini bertajuk catatan ringkas, tp malangnya dah jadi catatan panjang. Nampak sangat saya ni kuat membebel.... Wahhh, berbaik ati sungguh saya mengata diri sendiri... Kan betul kalau amek SPM bahasa melayu mesti gagal.... Tengok tu, masih membebel.... Hihihihihihihi
Thursday, February 25, 2010
Friday, February 12, 2010
Kasih dan Sayang
Ini adalah sesuatu yang saya nk kongsikan dengan suami tercinta...
Bila sampai suatu masa nanti abang terlintas untuk baca blog sayang ni dan abg terjumpa entri ini maka abang tau bahawa segala yang terjadi dalam hidup kita berdua adalah sangat penting untuk sayang (Sedikit over bunyinya, tapi tak kisah, kerana sayang memang sentiasa over bila berbicara mengenai kasih sayang)
Ini adalah sms yang sayang hantar kepada abang pagi ini.
"Abg, sayg dah sampai opis. Abg, dari pagi syg bangun syg asik pikirkan abg. Syg sayang abg sangat2. Dan sayang abg seikhlasnya kerana ALLAH SWT. Dr pg juga syg tak henti berdoa agar ALLAH kekalkan kasih sayang antara kita, agar syg boleh jadi isteri abang serta kekal bahagia n sentiasa berkasih sayang ke akhir hayat syg. Abg doakan syg jadi isteri solehah ya, dan doakan juga agar kasih sayang kita diberkati olehNYA dan kekal ke akhir hayat.Syg sayang abg sgt2."
Kenapa ia berbunyi begini kerana sayang memang asik masyuk memikirkan abang sahaja pagi ini. Dan jika ada topik yang ingin dibualkan pagi ini, ia hanyalah akan berkisar pasal abg.
Maka dengan itu agar syg tidak terlalu keterlaluan bercerita, yang sayang rasa tak sesuai utuk dibincangkan di pejabat, maka sayang coretkan disini. Agar bila kita tua nanti akan syg ajak abg sama-sama buka entri ini untuk sama2 mengimbas kembali sejarah kita. Sejarah yang pastinya akan buat kita sama-sama tersenyum mengenangkan saat percintaan kita yang dari dulu, sekarang dan akan datang...
Moga ALLAH perkenankan doa sayang san sesungguhnya segalanya adalah kerana ALLAH SWT.
Nota kaki entri ini : Ya, saya memang sayang suami saya dan ya, saya memang over apabila menceritakan pasal kasih sayang... Maafkan saya..
Tuesday, February 09, 2010
Lonely
Aku keseorangan minggu ini... Kenapa? Kerana kawan-kawan sekelilingku sibuk, sibuk berkursus menambah ilmu didada, sibuk bermesyuarat membincangkan masalah negara, sibuk juga melakukan tugasan sedia ada, yang tertangguh sekian lama...
Maka aku, keseorangan, kebosanan, kebingungan... Seorang melakukan rutin harian, bosan melayan kerenah persekitaran, bingung memikirkan keadaan....
Maka terjadi la entri yang tidak bermakna apa-apa ini.. Cuma bertujuan memastikan ada entri, untuk bila aku buka ada sesuatu yang baru disini, walaupun ianya kelihatan tidak bererti, cuma sekadar memenuhi azam diri, yang kononnya ingin menjadi blogger disegani.. Kahkahkahkah..
Nota kaki entri ini : Ini adalah entri untuk membuang masa aku sahaja. Dan ya, inilah saat dan ketikanya aku amat bosan... Layankan ajer laaa...
Friday, February 05, 2010
Yayyyyy... AKu suka bila jalan JAM ;)
Yayyyy.. Aku sampai pejabat super duper lambat hari ni... Maka dengan itu muncul lah kaler merah pada kad ku hari ini... Aku bangga, kerana walaupun aku lambat, aku tetap pegi mengetik kad (Nota perenggan ini : Sebenarnya segan gak, org semua dah start keje, aku terkedek-kedek sambil kontrol cun lalu mengetik kad tanpa memandang kiri dan kanan sambil juga berlakon kelam kabut dan yang sebenarnya aku rilek saja walaupun lambat).
Ingin tahu kenapa aku lambat... Kerana.............................
Itulah meter kelajuan keretaku.. Tidak, Ia tidak rosak. Sesajer aku yang tak tekan minyak supaya aku tak sampai ke ofis... Gilakah aku? Hahahaha... Ya, tp bukan ya aku gila tapi ya aku memang tak tekan minyak, hanya tekan brake sahaja. Tapi tidak, aku tidak berniat untuk tidak sampai ke ofis. Tetapi aku hanya melayan, melayan keindahan alam di waktu pagi. Indah sungguh detik hatiku waktu itu... Marilah sama-sama aku kongsikan keindahan tersebut. Kerana keindahan inilah aku lambat sampai pejabat hari ini.
Nota untuk gambar ditepi kanan : Waktu dan ketika ini aku baru sahaja berjaya menangani rasa terkejar-kejar dan rasa ingin mencilok kiri dan kanan. Setelah berjaya bersabar, maka aku tukar rasa itu kepada rasa ingin mengambil gambar (sebenarnya, aku tak berjaya menangani, tetapi terpaksa kerana tiada ruang pun utk mencilok).
Nota gambar di bawah : Inilah kemuncaknya.... Keindahan disini aku nikmati lebih kurang 1 jam, lebih sebenarnya. Aku terpaksa, tiada jalan, lagi pun aku tengah slow mode.. So, layankan ajer bak kata Fafau.
Nota gambar ditepi kiri : Inilah keindahan sebenar, diambil setelah aku betul-betul redha diatas kesesakan jalan raya yang aku terpaksa tempuhi. Hurmmmm, mujurlah ada fafau n fbi duk potpet potpet kat Hotfm.. (Tak berapa nk indah sebenarnya, tp antara yang paling indah sebab ada la dua tiga empat lima batang pokok hijau yang enterframe diantara dua biji kereta dan sebuah cermin sisi).
Nota kaki entri ini : Ini memang entri yang dikhaskan untuk gambar dan nota sahaja...

Wednesday, February 03, 2010
OH ANAKKU!!!
Membesarkan seorang anak itu perlukan kesabaran...
Owhhhh.... Terasa macam nk start ngan ayat yang berbunga-bunga tadi, tapi memandangkan tido ummi yang tak lena mlm tadi ditambah dengan otak yang kehilangan semua perkataan, maka ummi teruskan sahaja dengan apa sahaja perkataan yang keluar dari otak ummi..
mmmm.... Fatih tak sihat... Tekak nya tak selesa pada hemat ummi... Ntah la, since dia belum boleh bercakap, itu lah telahan yang paling baik yang ummi blh buat... Kenapa ummi buat kesimpulan begitu. Pertama kerana dia nk tido sambil menyusu sepanjang malam. Tak der susu, dia bangun. Kedua kerana ummi dengar batuknya walau sedikit tp kedengaran agak kasar, ala-ala husky gitu...
Nota untuk gambar : Tak, ini bukan gambar dia demam. Itu gambar ketika dia sihat walafiat dan tengah sangat sibuk nk menolong umminya untuk mengemas baju ayahnya yang nk pergi outstation. Nk buat mcm mana, fatih ni dapat skill mengemas dari ayahnya...
Senang hati kan tengok muka buah hati pengarang jantung tersenyum manis gembira begini... Itu ketika dia sihat, kalau dia tak sihat... mmmmm....
Nota untuk gambar : Ya, itulah waktunya dia demam... Dengan gaya ala-ala tuan besar... Sibuk nk manja sampai ummi tak boleh buat benda lain. Letak lam walker, tp buat muka kesian agar ummi segera amik n dukung dia... mmmm, si kecik ni bijak negotiate agar kepentingannya diutamakan...
Tak kesian ker tangok muka dia camtu.. Kesian satu la kan, yang utama, hati ummi susah memikirkan bila la anak ummi nk sihat.. Biasa la ummi, emosi memang berlebihan sentiasa...
Nota kaki entri ini : Ummi ni sebenarnya tak pandai sangat bahasa inggeris sebab tu ummi tak tahu nk translate byk perkataan bahasa inggeris ke bahasa melayu... Ntah, guna jer la.. Asal maksud sampai and fatih cepat sihat sudah laaaaa....
Tuesday, February 02, 2010
Suatu Kisah Di Pagi Hari
Huk.. Huk.. Huk... Huk... Huk... Tersentuh sungguh aku pagi ni.. Kenaper? Kerana tindakan aku sendiri... Tetiba rasanya aku tak berperikemanusiaan pula... Sungguh tak sensitif rasanya diri ini... Wahhh.. Zalim sangat bunyinya. Tapi rasanya memang zalim kut...
Begini ceritanya....
Aku hari2 lalu jalan ni, nk buat mcm maner... Jalan ni kalau aku tak lalu, maka aku kena terbang dan kemudian mendarat secara mengejut di highway cheras tu... Kena la aku bikin kereta aku tambah sayap kan... Tapi walau ape alasan aku, aku tetap kata aku tak bertimbang rasa pagi td...
So, sedang aku menekan pedal minyak sambil makan roti bakar bersalut kaya dan mentega vitalite, (jangan lakukan aksi ini kerana ianya menyalahi undang2 jalan raya), tetiba jer aku rasa ade satu makhluk di atas jalan raya, gelap tak berlampu... So, memandangkan pagi ini aku tidak bertimbang rasa (aku harap pagi ini jer, pagi lain aku bertimbang rasa la hendaknya), aku terus jer tekan pedal minyak dan langsung tak terlintas untuk mencari break.... Setelah melepasi makhluk tersebut, maka aku perasan ia adalah seorang tua yang sedang memberhentikan basikalnya sambil menoleh ke kiri untuk melintas jalan...
Sebagai nota tambahan untuk menunjukkan kezaliman aku, diatas basikal pakcik tua tersebut penuh dengan barang-barang... Hendak pergi mencari rezeki barangkali.. Ohhhh.... Aku la paling tidak sensitif terhadap keperluan org lain pagi ini, aku la paling pentingkan diri pagi ini... Ohhh.. Ohhh.. dan Ohhhh... Dan terjadi pun...
Maka sepanjang perjalanan hari ini, dan sehingga la aku menaip entry ini aku masih rasa bersalah, sayu, sedih dan pelbagai rasa sehingga aku rasa roti bakar yang enak tadi terasa ibarat peria kesudahannya di tekakku...
Aku harap lepas ni aku lebih bertimbang rasa kerana tiada apa yang aku kejarkan, aku tetap sampai ke ofis rasanya kalau aku bagi pakcik td lintas dulu.. Owh...
Itulah kisah ku dipagi hari dihari pertama aku bekerja diminggu pertama dibulan Februari... Moga aku lebih sensitif terhadap keperluan orang lain, dihari kedua dan seterusnya nanti....
Nota kaki entri ini : Aku rasa aku terlalu syahdu dan berjiwang serta berblues pagi ini. So, layankan sajer la...

Nota untuk gambar : Pakcik yang aku lihat pagi tadi, lebih sarat dari gambar ini muatan basikalnya... Dan dia kelihatan lebih tua walaupun dalam gelap pagi hari... Zalimkan diriku...
Maka sepanjang perjalanan hari ini, dan sehingga la aku menaip entry ini aku masih rasa bersalah, sayu, sedih dan pelbagai rasa sehingga aku rasa roti bakar yang enak tadi terasa ibarat peria kesudahannya di tekakku...
Aku harap lepas ni aku lebih bertimbang rasa kerana tiada apa yang aku kejarkan, aku tetap sampai ke ofis rasanya kalau aku bagi pakcik td lintas dulu.. Owh...
Itulah kisah ku dipagi hari dihari pertama aku bekerja diminggu pertama dibulan Februari... Moga aku lebih sensitif terhadap keperluan orang lain, dihari kedua dan seterusnya nanti....
Nota kaki entri ini : Aku rasa aku terlalu syahdu dan berjiwang serta berblues pagi ini. So, layankan sajer la...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Me, Kids and World Scarves Problems
Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...
-
hari ni kononnya nk amik baju raya di shah alam. dh spi sana bj x siap juga. dh siap tiga mggu yg lps sebenarnya. tp lain yg diorder lain...
-
Rinel, this entry i wrote mainly dedicated to you.. Oh sorry to disturb while u r still enjoyed ur sate kajang. How it taste ek? Is it as de...
-
When I was a kid, I thought being an adult is awesome. And now I am an adult, and I think the best time is when I was a kid. Hahahahahaha...