Hari ni baru aku rasa ader mood untuk sambung kisah yg aku nk coret kan kat sini supaya bila sampai satu masa, dimana mungkin waktu itu aku telah jadi seorg nenek maka aku blh baca dan senyum sendirian... Kenang kembali perjalanan hidup aku yg penuh warna warni.. Atau mungkin juga pada waktu itu blh aku kongsikan dengan sesaper yg berminatnk mendengar dah menjadikannya tauladan...
Kisah bersambung di ofis baru..
Bermula dari kes borak2 ni la maka selanjutnya aku mula mendapat sms yg kurang menyenangkan.. Sms berbaur sexual harassment tafsirku waktu itu... Itu juga tafsiran kawan2ku.. Lebih mengerikan semua sms adalah berkaitan dengan kegiatan harianku.. Ibaratnya apa jua kulakukan dia tahu, dia ikut.. Mengintaiku barangkali.. hehehe... Seronok la bila bercerita sekrg tp waktu itu semua berlaku, tak lena tido malamku.. Tak senang hari cutiku... Siang malam diganggu tak kira hari tak kira waktu... Kemuncaknya aku diugut untuk dirogol jika aku melaporkan perkara tersebut pada polis...
Setelah laporan polis dibuat....
Kenapa aku buat laporan polis? Kerana waktu itu aku sudah dapat agak siapa yang mengganggu hidupku selama ini. Walaupun beberapa kali dia menelepon aku menggunakan suara samaran namun aku dapat syak siapa dia. Kenapa???? Kerana setiap perbualanku diopis sentiasa diketahuinya... Secara DETAIL!!!! Pasti dia org dekat denganku kan... Lagipun aku tiada musuh. Dengannya juga aku tidak bermusuh tp rambut jer yg sama hitam tp hati lain2 kan??? Dia berdendam denganku... Mungkin kerana aku tidak melayan cintanya... Hahahahah.. Perasan sket...
Gila ke aper???? Nak layan suami org yg dah ader anak.. NK rosakkan rumah tangga org.. Tak berbaloi langsung... TAk bermoral!!!!! dia tak pikir ke? Dia buat gangguan sexual kat aku kalau satu hari nanti org buat gangguan yg sama kat mak dia ker? Bini dia ker??? Anak pompuan dia ker???? Lantak la dia kannn...
Setelah laporan dibuat maka aku jadi lebih berani berhadapan dengannya.. Aku jua akhirnya mengugut dia utk melaporkan kepada ketua jabatan dan merosakkan rekod perkhidmatannya yg kononnya cemerlang... Aku berjaya takutkan dia... Tp sebenarnya ini semua atas semangat kawan2 yg asik duk suruh aku berani hadapi org gila mcm ni.. Bila ku tanya kenapa dia mengganggu hidupku.. Katanya dia admirer denganku. Langsung tak masuk akal pikiranku.. Jijik rasanya melakukan perkara sebegitu, pshyco...
Semua berakhir dengan perkahwinanku...
Dalam semua kesengsaraan 6 bulan yang aku alami, ada juga perkara baik yg berlaku dalam hidupku... Dalam waktu ini la aku mengenali kekasih hatiku sekarang, suami tercinta... Dia la yg byk membantu... Setelah tiga bulan mengenalinya aku bertunang dan 2 bulan kemudian kami dijabkabulkan...
Setelah itu tiada lagi gangguan... Hingga kini, alhamdulillah.. tiada yg menganggu.
Apa yang aku dapat???
PENGAJARAN... Pengajaran paling besar dalam hidupku. Apa dia??? Berkawan harus pandai memilih.... Bukan semua blh jadi kawan kita. Berkawan juga ada garisan yg harus dilukis... Garisan pemisah.. Garisan penghubung... Garisan inilah yang akan menggambarkan setakat mana level kita... Setakat mana kita nk org hormatkan kita.. Perlu ke penghormatan dalam persahabatan???? Sebenarnya sifat hormat la yg merapatkan sesuatu perhubungan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Me, Kids and World Scarves Problems
Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...
-
hari ni kononnya nk amik baju raya di shah alam. dh spi sana bj x siap juga. dh siap tiga mggu yg lps sebenarnya. tp lain yg diorder lain...
-
Rinel, this entry i wrote mainly dedicated to you.. Oh sorry to disturb while u r still enjoyed ur sate kajang. How it taste ek? Is it as de...
-
When I was a kid, I thought being an adult is awesome. And now I am an adult, and I think the best time is when I was a kid. Hahahahahaha...
No comments:
Post a Comment