Ianya telah lama berlalu.. Namun sejak semalam ia seperti nyamuk yg sentiasa berbunyi ditelingaku... Pengalaman lama yg paling tak suka untuk diingati.. Namun byk yg aku pelajari darinya dalam mematangkan serta menjadikan aku insan yg lebih baik....
Ianya terjadi pada tahun 2007...
Pada permulaan aku mendiami ofisku ini... Pada ketika aku masih lagi seorang gadis yg belum dipunyai suami tercinta... Ketika bujang aku adalah seorang yg mudah didekati, peramah dan kelakuanku ini selalu disalaherti oleh ramai org. Sesiapa juga akan kusapa dengan senyuman walaupun aku tidak kenal org tersebut. Namun itulah permulaan perkenalan ku dengan sesiapa shj.. Sememangnya aku murah dengan senyuman, lagipun sudah kunyatakan aku kan peramah dan mudah didekati.. Sekali berbual denganku org akan terasa selesa dan akan terasa seperti sudah kenal lama denganku.. Aku tak kata tp ramai kawan baikku memberi komen sebegitu padaku...
Tp malangnya sifat itu adalah satu senjata untuk org salah ertikan maksudnya. Aku tak pernah rasa keramahanku akan menjadi seseorg marah padaku... Aku tak sangka keramahanku akan menyebabkan org jatuh hati denganku... Aku tak minta, aku juga tak goda, aku layan seme org sama.. Tp itu salah ku... Tak blh layan seme org sama. Jangan sesekali. Harus pandai pilih kawan. Harus pandai set kan limit dengan semua org... Itu seme aku belajar setelah aku mengalami 6 bulan yg paling mengerikan dalam hidupku... lagi ngeri bila aku tahu org yg menyebabkan ianya terjadi. Lagi ngeri org ini ada disekelilingku hari2... Lagi ngeri org ini adalah org yg tak mungkin dapat aku singkir selagi aku bekerja disini...
Inilah permulaannya...
Aku menghadiri perlawanan futsal antara jabatan yg dianjurkan oleh tempat kerjaku. Hadir sekadar memberi sokongan padu pada pasukan jabatanku dan juga kerana tanggungjawab. Aku adalah AJK Kelab Sukan... Disini aku mengenali ramai org dari jabatanku dan kebykn nya adalah player futsal la kan... So semasa rehat aku beramah mesra la dgn seme org, sekadar berbual kosong dan memberi semangat... Antara semua yg aku berbual ada la seorg manusia ini yg boleh aku anggap sebagai abg. Aku juga berbual dengannya, sama dengan seme org, berbual perkara yg sama menggunakan intonasi yg sama, senyum yg sama... Tiada yg berbeza.... Tp ia tetap dianggap berbeza dengan oleh manusia ini.
Selanjutnya cerita....
Dari hari tersebut aku masih terus berkawan dan kadangkala berbual menerusi laman chat yg disediakan diofis... Berbual dengan semua yg kukenal... Berbual perkara biasa, pasal kerja, kehidupan harian, pasal boss, pasal tempat kerja.. pasal perkara biasa yg dibualkan oleh seorang kawan kepada kawan lain. Namun begitu aku terasa kelainan pada manusia yg satu ni... Dia mula melahirkan rasa keselesaannya dengan ku.. Dia menyuarakan pendapatnya untuk menjadikan aku adik angkat.. Satu silapku, aku tak penah amik pusing dengan kata2nya, aku cuma senyum membalas persoalan darinya, tiada ya tiada tidak. Bukan apa, pikirku tiada apa yg serius sekadar gurauan sesama kawan.. Nyata aku silap besar disini. Tp dia juga silap. Lagi besar salahnya. Dia sudah ada isteri, sudah ada anak, buat apa nk angkat2 pompuan lain. Kalau aku ditempat isterinya nescaya aku akan jeles dgn tindakan sebegini. Jeles tahap dewa, tak wajar dan tak blh!!!!
Namun begitu, dia juga mula membelikan ku makanan walaupun berkali2 aku kata tidak dan jangan... Namun aku silap juga disini... Seharusnya aku lebih tegas dalam mengatakan tidak pada semua ini. Tp inilah sikapku juga, aku sangat susah nk katakan tidak pada kawan2. Aku lebih menjaga hati mereka daripada melihat kata2 tidak mengecewakan mereka. Tp sayang, manusia ini sama sekali bukan kawanku, jauh sekali sahabatku, dia adalah duri dalam dagingku...
Selanjutnya cerita bersambung diofis baru...
Ditakdirkan kami diarahkan berpindah keofis baru, dan ditakdirkan juga diofis baru aku ditempatkan satu unit dengan manusia ini. Disini la segala perkara mula tidak menyenangkan. Pada ku diofis, jika mahu berbual maka kami akan berbual beramai2 ditengah2 ofis.. Tp tidak baginya.. Padanya berbual harus la berdua dengannya shj.. Saper dia? NK berbual berdua ajer? Tak selesa la aku.. Nak msg thru chat? Buat aper? Dah satu opis, duduk jer la borak ramai2.. Kan lagi meriah tu...
Sat gi arr sbg.. Nk pi mkn....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Me, Kids and World Scarves Problems
Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...
-
hari ni kononnya nk amik baju raya di shah alam. dh spi sana bj x siap juga. dh siap tiga mggu yg lps sebenarnya. tp lain yg diorder lain...
-
Rinel, this entry i wrote mainly dedicated to you.. Oh sorry to disturb while u r still enjoyed ur sate kajang. How it taste ek? Is it as de...
-
When I was a kid, I thought being an adult is awesome. And now I am an adult, and I think the best time is when I was a kid. Hahahahahaha...
No comments:
Post a Comment