Korang yang lelaki jgn judge saya by the title of the entry jer.. Saya nk citer perkara baik pagi ni ok.. Ini adalah kerana saya melihat pengorbanan seorg bapa di tepi highway pagi ni.. wah!!! Bunyi mcm mereka berjuang di tepi jalan.. Hahahahaha..
Saya yang sebenarnya dilahirkan dengan satu pandagan yg skeptikal terhadap lelaki. Mengapa? Ikhlasnya jawapku, DULU saya tak pernah jumpa lelaki yg saya rasa saya blh bergantung dgn mereka. Pesimis kan saya dulu-dulu??? (SEBAB TU SAYA KAWEN LAMBAT.. HAHAHAHAHAHA) Tp itu la hakikatnya. Dan kalau ader pun lelaki yag saya btl respect, that was my grandpa.. Bersusah payah, mengayuh basikal menghantar saya ke sekolah di umurya lewat 50an ketika itu.. Dan dimana saya sekarang ini pun adalah kerana dia..
Ooooopppps, jgn cpt menilai saya, saya memang pesimis, tp tak der la bermakna saya terus tak suka lelaki. Saya dikelilingi oleh ramai lelaki. Ini adalah kerana bidang yang saya ceburi lebih dipelopori oleh lelaki. Its feel gud to be here, i mean among them, being challenged by them, work together with them, joking with them, But after all, they've their own quality inside them, which changed my perception by now...
Panjangnya intro, but that was a typical me.. Hehehehehe...
Hurmmm, utk korang yg rasa lelaki ni semenya jahat, korang silap... Kalau saya ckp cthnya suami saya nanti macam riak pulak, walaupun saya bersyukur ada seorg suami yg tak pernah kenal erti penat dalam membantu saya dalam melakukan semua kerja, dari hal rumah sehingga la ke membesarkan anak.. A million thanks to him... Which i know still doesnt enough to express it that way, but, still, "thankss abanggg"...
Mengarut lagi.. Adoiiiiii.. Fokus!! Fokus!!! Fokusss!!!!
Ok, pagi ni sedang saya sbk mencilok ke kiri jalan, terlihat la olehku, seorg bapa mengangkat keluar seorang anak, dari kereta.. Saya terus melihat... Dia kemudian, mengangkat seorg lagi anak keluar dari kereta,
"kembar" detik hatiku;
Kemudian dia meninggalkan anak2nya disitu, dan terus bergerak ke bahagian tempat duduk depan kereta..
"Uishhh, biar benar, kang tak pasal anak dia lintas jalan camtu jer, tak ker naya" detik hatiku lagi, sambil terus melihat;
Dan, dia terus dgn aktivitinya mengeluarkan seorg lagi anak dari tpt duduk dpn yg aku rasa dalam umur setahun lebih... Di dukung anaknya yang itu, dan dipimpin yg dua lagi ke sekolah.. Hurmmmm, terkelu aku disitu, sambil keretaku terus melepasi sekeluarga td..
Sempat ku jeling, "oowwwh, isterinya mesti dah ke tpt kerja lebih awal ni" fikirku bila kulihat keretanya kosong...
See, lelaki sekarg dah pandai tolong isteri, dah boleh ringankan beban isteri... They r not the conventional type like before.. Mereka bukan lagi lelaki yang hanya tahu duduk bersilang kaki dan tunggu seme siap depan mata. Bersyukur la, dan berpandangan baik la kita perempuan2 ni terhadap mereka. Cuma kita sebagai isteri jgn la byk komplen atas pertolongan mereka.. Biarkan jer mereka lakukannya cara mereka, at least mereka membantu bukan.. dari kita komplen, baik kita berterima kasih dengannya. Tak ker itu mengeratkan lagi hubungan kita suami isteri...
Selalu kaum-kaum wanita ni akan kata "Alaaaa, diarg ni tak tlg pun tak per, lagi diarg tlg lagi menambah keje kita, lagi serabut almari kita, lagi bersepah dapur kita... ". Dan mcm2 lagi laaa. Camtu la lebih kurg ayat dia... Tp kita kena ingat lelaki ni, kalau itu lah caranya kita berterima kasih pada pertolongan mereka, nescaya, cukup tiga kali mereka tolong, lepas tu pasti mereka tak nk tolong lagi...
Korang mesti ingat saya sekarang dah pro lelaki. Tak der la mcm tu.. Cuma pada saya, tak salah kita bertolak ansur. Kalau kita nk mereka paham kita, apa kata kita yang mulakan paham mereka dulu. Tak rugi pun... Kalau kita dah saling memahami, saling bertolak ansur, makin ringan la beban kita sekeluarga... Itu la sisi seorang lelaki. Ego mereka kan tinggi.... Mestilah orang lain yang kena mula dulu... Heheheehhehehe...
Eh, eh, mesti ada yag kata. Pompuan pun ada ego apa... Saya setuju!!! Tapi konsep yang ingin saya cadangkan disini adalah, kita saling memberi dan menerima.. Kerana utk saling memberi dan menerima, harus ada yang memberi terlebih dahulu. Dan dari pandangan saya, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tak gitu???
Nota kaki entri lelaki ini : Dont ever set a limit in watever helps we ask from man... Let them do it as their own way.... Because, that is best DARI SISI SEORANG LELAKI.
Nota untuk gambar : Tak ker sejuk mata memandang, tengok lelaki yang penyayang mcm ni... Haaa, apa lagi, mari kita mula tanamkan rasa tolak ansur dalam diri kita...