Tuesday, September 21, 2010

Saya malas kerja..


Introduction :
Sebelum semua yang membaca mentafsirkan saya sebagai seorang yang makan gaji buta, sila matikan terus tafsiran serta andaian2 anda semua.  Takder maknanya kalau anda semua sibuk membuat tafsiran tentang diri saya. Bukan saya tak mahu pahala free dari anda semua atau saya dah byk pahala, cuma saya rasa lebih baik kalau anda tambah pahala sendiri, dengan berzikir ke contohnya. Lebih baik tau dari membuat andaian buruk terhadap org lain... Hehehehehe, satu INTRODUCTION yang  panjang sebelum saya mengarut dengan isi penting berkaitan dengan tajuk entri.

Isi penting 1 :
Ok, begini CERITAnya. Saya banyak keje. Saya tak morning sickness lagi. Saya cukup tido. Mood saya baik. TAPI, SAYA MALAS KEJE. Ya, saya teruk. Saya tau. Tapi macam mana????

Isi penting 2 :
TUJUAN. Cup, cup, cup, bukan untuk menguar2kan bahawa saya bertuah boleh menulis blog bila saya malas bekerja. Atau saya ada banyak masa untuk dibuang begitu sahaja. Tp bertujuan untuk mengadakan mood untuk bekerja. Ini kerana, pada kebiasaannya apabila saya mula menulis disini, pengakhirannya saya akan mula membuat kerja saya.

Isi penting 3 :
MOTIVASI. Mungkin juga saya sebenarnya memerlukan motivasi dari kawan2 sekalian. Memerlukan tukul untuk ketuk saya supaya saya boleh mula bekerja. Betul ker??? TOLONG!!! Tolong bagi saya motivasi, kerana saya benci diri saya yang ini. Dah nk hujung tahun ni. Jika ditolak semua cuti am dan cuti pergi berjalan yang telah dirancang oleh org lain, tak sampai 3 bulan pun masa yang tinggal untuk saya siapkan kerja ni. Owwwwhhh, 3 bulan???? Macam tak sempat bernafas pun... Huwaaaaaaaaa....

Isi penting 4. Eh sekejap, perlu ke banyak2 isi penting????
Sambung balik.

Isi penting 4 :
ALASAN. Perenggan ini bertujuan nk cerita kenapa saya malas keje. Tp bila saya pikir............... Saya tak der alasan. Teruknya saya... Ok, berhenti cari alasan. Baik saya cari pahala kan. Kihkihkihkih...

Penutup, ya, saya dah nk tutup. Saya terasa macam nk tengok setakat mana dah saya buat keje saya hari tuh. Hehehehehe... Saya harus bekerja. Kalau tak bukan ada org lain pun nk tolong saya buat kerja sementara saya duk cari isi penting seterusnya. Baik saya tutup kan. ;)

Sambung balik. Sila benti mengarut.

Penutup :
Perenggan ini diwujudkan sebab mesti ada penutup walau saya masih duk taip delete taip delete taip delete. Owwhhh, itu maksudnya saya tak tahu nk tulis aper. Ok begini. Korang jangan boring baca karutan saya ini. Atau pun korang boleh abaikan sahaja apa yang saya tulis. Tapi kalau korang baca, bagi  la semangat ya... Saya betul nk keje ni, sebab tu saya perlukan semangat. Nk kena siapakan kerja tu seme.

Habis, sila proceed ke nota kaki entri membuang masa tanpa niat ini.

Nota kaki : Saya dah nk mula keja tapi saya nk telefon telekom dulu. Dah 3 minggu saya apply line telefon untuk umah saya, tp mereka buat diam tanpa sebarang info. Bila telefon mereka akan jawab "Puan, sila jangan bimbang. Kami akan pastikan pihak kami menelefon pihak puan secepat mungkin bagi mengupdate sebarang maklumat terkini berkaitan pemasangan." Ok, tapi tiga minggu tidak termasuk dalam kategori "SECEPAT MUNGKIN" ya tuan telekom. Sila ambil maklum. Owwhhhhhh, ader sesaper nk tolong saya buat keje tak kerana tiga bulan itu ibarat tiga hari sahaja. Itu kan secepat mungkin????

No comments:

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...