Wednesday, September 08, 2010

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikm, salam sejahtera dan salam ramadhan di pagi ramadhan yang ke-28 ni.. Mengikut maklumat yang diberikan hari ini adalah hari melihat anak bulan untuk menentukan tarikh hari raya pada tahun ini. Pada saya, bebila pun hari raya saya tetap akan menyambutnya dengan meriah. 

Persiapan hari raya? Ntah, saya pun tak reti nk citer pasal persediaan ni. Di tambah lagi mak mertua saya baru jer discharge dari hospital kerana didapati menghidap sakit jantung, ader sedikit blocking dijantungnya. Namun begitu, alhamdulillah nampaknya dia pun dah bertambah baik.. So, it seems that my preparation need to postpone after hari raya... Nak gak tu... Hehehehe. Bukan aper, ikut perancangan tahun ni ingat nk buat rumah terbuka, tp bergantung pada keadaan semasa. Kalau jadi seme dijemput hadir ya...

Selain dari tu, seme pun dah ready, kuih dah ader, baju dah siap, kad raya seme pun dah hantar. Owhhhh, sebut kad raya, tahun ni saya menghantar kad raya untuk seme sanak sedara, jiran tetangga, dan kawan terdekat. Ntah la, tahun ni terasa rindu pula nk meriahkan balik budaya yang aku rasa mulia diteruskan... Macam best jer, pegi beli kad, tulis2 kad, tulis alamat, tampal setem, pastu pi pos kad raya..Seronok tau. Feeling dia lain, walaupun SMS tu lebih jimat, lebih cepat, serta lebih canggih. Kata kawan saya, pembawakan anak pompuan tu, tetiba rajin nk menulis kad raya. Tp pada saya pulak, saya betul rindu pada budaya nih...

Kay la, cukup la cerita. Tujuan entri ni pun nk ucapkan selamat hari raya kat seme yang membaca blog saya ni. Since today will be my last day before my long leave, maka disini saya seikhlasnya ingin mengucapkan :

Bila sempurnanya Ramadhan
tertulislah padanya segala keberkatan
yang telah dilaksanakan,
Bila hadirnya Syawal
terpancarlah padanya sinar kegembiraan
yang bersama diraikan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Nota kaki entri hari raya ini : Pada sahabat kat opis ni, Fara, Ina, Zul, Rinel, Izzat, Isma, Dayah, Elly, Merry dan lain2 yang aku tahu banyak lagi tp aku dah letih nk taip, lebih banyak yang perlu kuucapkan. Dihari yang berbahagia ini, saya seikhlasnya ingin memohon beribu ampun dan maaf diatas semua ketelanjuran kata dan perbuatan saya. Mungkin ada gurauan saya yang mengecilkan hati sesiapa, jutaan maaf saya hulurkan. Halalkan juga jika ada termakan dan terminum. Jika ada hutang yang saya lupa untuk jelaskan sila maklumkan ya, saya betul lupa, saya pohon maaf. Maka, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Sila memandu berhati-hati ya jika mau kemana-mana di musim2 perayaan ni.. Jumpa korang lagi lepas raya kay...

4 comments:

ally said...

selamat ari rayer k.ros..maafkan segala salah silap dan halalkan segala mkn minum juga yer k.ros..

Nur Hidayah said...

salam aidilfitri kak ros....
jgn lupa jemput ye open house nt...he3

Rineldi @ Ineld said...

nape nama saya after fara, ina dgn zul..x aci..huhuhu3..anyway selamat hr raya buat ros dan keluarga...maaf zahir dan batin...

yutt said...

Rinel,

Awak kan adik?? ;)

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...