Begini ceritanya...
Semasa berpantang selepas melahirkan putera keduaku, ahmad faris dulu, saya mengambil orang menjaga saya selama 2 minggu. Tapi tujuan entri ini bukan nk cerita pasal penjagaan tu walaupun memang ketika itu diriku dilayan laksana puteri turun kayangan oleh kak fatimah dari shadira post natal & beauty house.. Hehehehhe... Yang saya nk kongsi disini adalah resepi minuman herba serta air mandian herba yang disediakan oleh kak fatimah yang menjaga saya ketika itu...
dah lama saya nk share tp asik lupa. So, sekarang dah ingat baik terus taip.
Resepi 1 : Air Herba Minum
4 batang kayu manis
21 biji bunga cengkih
1/4 kg halia
2 @ 3 batang serai
1 @ 2 helai daun pandan
Gula melaka - secukup rasa
air secukupnya.
*Saiz periuk nanti ai balik tengok and update esok.
Resepi 2 : Air Herba Mandi
1/2 kg lengkuas
1/2 kg halia
1 cekak serai/serai wangi
Daun limau purut (Ikut suka tapi bersesuaian la dgn air yg nk dibuat)
5 @ 6 batang kulit kayu manis
Daun inai (pun ikut suka)
Daun mengkudu (pun ikut suka)
Daun pandan (sepokok yang ader lebih 8-10 helai)
1 bungkus kecil halba
1 bugkus bunjut rempah dari shadira
Bunga cengkih (ikut suka gak)
Air secukupnya...
*Saiz periuk sama seperti nota diatas
*Yang ikut suka tu, boleh la disi bersesuaian la dgn air yg nk dibuat
*daun mengkudu ngan daun inai tu optional, kalau ader terbaeeekkk, kalau takder masih blh buat air ni tau...
Air herba minum tu memang mujarab, insyaallah dapat mengeluarkan semua angin dalam badan. Untuk saya la kan. Waktu berpantangkan fatih hari tu, sakit2 pinggang menyusukan dia. Sampai tak blh bgn. Tp masa ahmad faris, langsung tak sakit2 badan. Walaupun masa tu siap susukan fatih lagi. Tapi memang cargas hari2. Cara minum setengah gelas, 2 kali sehari, waktu lunch n dinner. Tapi air ni orang bujang dan blm ader anak tak boleh minum. Orang yang dah ader anak sahaja boleh, at anytime kalau rajin blh buat.
Air herba mandi tu memang menyegarkan badan. Kalau letak daun inai tu, nanti muka2 seri2 jer.. tapi yg penting badan segar. boleh buat basuh tempat melahirkan lagi. cepat sihat kesan jahitan. mandi suam2 tau, air rebusan yg panas tu campur ngan air sejuk. satu set bahan diatas, blh rebus utk mandi seminggu. pastu baru tukar.
Nota kaki : Sewaktu minum air herba tu kan, saya menyusukan ahmad faris, alhamdulillah dia tak cirit birit. So, kalau ader yang minum pastu anak cirit birit silalah berhenti ya. Minum bila anak dah besar sket. tapi menurut kat fatimah, air ni tak panas mana, so memang tak pernah lagi ader mak yang dia jaga, babynya kena cirit birit bila minum air ni. Minta yang terbaik dari yang ESA. Moga dipermudahkan olehNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Me, Kids and World Scarves Problems
Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...
-
When I was a kid, I thought being an adult is awesome. And now I am an adult, and I think the best time is when I was a kid. Hahahahahaha...
-
hari ni kononnya nk amik baju raya di shah alam. dh spi sana bj x siap juga. dh siap tiga mggu yg lps sebenarnya. tp lain yg diorder lain...
-
Rinel, this entry i wrote mainly dedicated to you.. Oh sorry to disturb while u r still enjoyed ur sate kajang. How it taste ek? Is it as de...
2 comments:
wah kros...gud tips...insyaAllah, nt sy pantang klu sy ingat...sy cuba buat...nt buat la entry pasal breast pump plak...eheh
Insha Allah sy nak try juga laaa kihkihkih
Post a Comment