Wednesday, January 25, 2012

Ceritaku bersama anak-anak....

Saya ni memang banyak bercakap.

Dulu saya pun macam tak berapa nk percaya, tapi sekarang (dah tua baru sedar diri... hehehehe) saya rasa memang betul. Buktinya, semua benda saya nk cerita kat anak2 saya, yang mungkin tak paham apa2 tu...

Tak per la, janji saya cerita. Saya cerita semua. SEMUA. Kekadang perkara tak relevan dengan diarang pun saya cerita. Contohnya...

Perbualan saya bila baru balik kerja..

Saya : Hurmmmm, penat nya ummi hari ni..
Fatih : Ummi pegi mana? (Dengan loghat pelat comel dia laaa... Tp saya tak tahu nk eja camaner...)
Saya : Ummi pegi keje la sayang...
Fatih : Ummi pegi mana ummi?
Saya : Pegi keje..
Fatih : Ye ker ni?
Ummi : Iyaa... Ummi ada meeting hari ni. Letih tul ummi layan boss ummi..
Fatih : Meeting tu apa ummi?
Ummi : Mesyuarat.
Fatih : Mesyuarat tu aper ummi?
Ummi : Mesyuarat tu orang duduk ramai2 bincang2, borak2...


hahahahahahaha... Soklan yang kuar dari mulut fatih memang banyak.. Tak terjawab. Tapi saya tetap bercerita...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu dulu. Dengan fatih sorang jer... Sekarang. Dengan faris sekali. Tengah bercerita dengan abgnya.. Tiba2..

Faris : Hahhhhhh.. Huhhhhhh....
Ummi : Adik. Naper dik? Ummi letih la dik... Ummi keje hari ni satu hari meeting... Bla bla bla bla...

Nk juga dia bercerita. Saya pun cerita jer la... Hahahahaha... Saya tahu. Saya memang byk cakap. TERBUKTI.

Cuma tetiba saya terpikir. Nanti bila faris dah pandai bercakap, berapa banyak soklan la yang akan keluar dari mulut dia... Berapa banyak cerita lagi yang akan saya sampaikan kat diarang... Bosan tak mereka nanti dengar cerita saya hari2...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nota kaki entri ini : Indahnya hari bila dapat bercerita dengan mereka. Sunyi tak kalau suatu ketika nanti, mereka dah ada hidup sendiri mereka tak mahu lagi dgr cerita saya....

2 comments:

matabah nursalam said...

rindunyer pade anak sedara. macam maner nie.. rindunyeeeemmmmm. >< ikhlas dari maktabah nursalam.

yutt said...

Mok shu,

Rindu mok shu jugerrr...

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...