Setelah setahun tak kemana, selain ketempat kerja dan tempat membeli belah sehingga terbelah poket, maka suami terchenta merancang kononnya nk bercuti dari melakukan aktiviti hariannya. Isteri pasti la lebih gembira. Kerana bila bercuti suami dari aktiviti hariannya, maka isteri tak lagi perlu kemas rumah, kemas baju, memasak dan melakukan tugas harian. Isteri juga boleh bercuti. Horrrrreyyyyyyy!!!
Maka bergerak la kami sekeluarga bersama kereta dan beg serta bakul anak2 ke selatan tanah air, tapi tak sampai selatan, sampai tol simpang ampat sahaja. Destinasi tujuan, pasti la destinasi percutian...
Nota untuk gambar : A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Alor Gajah ker? Yang pasti kuar tol Simpang Ampat. |
Sampai A' famosa pun dah petang. Lalu terus check in,dan menikmati suasana depan bilik hotel sambil menyuapkan makanan kepada adik. Ayah, ummi dan abang tiada lain selain mengambil gambar sekitaran.
Nota untuk gambar : Depan bilik hotel. Ok laaaa.... |
Bila malam menjelma, maka berjalan kaki la kami sekeluarga ke cowboy town yg bunyinya macam pekan koboi tapi tiada la berjumpa walau seorang koboi sepanjang malam kami disana. Yang berjumpa, bermacam ragam manusia yang masing2nya datang bercuti untuk menyambut tahun baru disana. Eh!! tahun baru rupanya.. Baru sedar sang isteri, yang semua disitu sedang count down 2011 untuk menyambut tiba 2012.
Jika ditanya apa yang menarik di pekan koboi A' Famosa, ikhlasnya tiada yang menarik hatiku... Bawa anak2 berjalan itu la objektif. Lagi pun tujuan percutian dari proposal suami bukan disini, tapi esoknya ke port dcikson... Tungggguuu yaaaa... Layan dulu gambar2 yang sempat di snap di sini...
Nota untuk gambar : Ayah n adik ditugaskan membeli tiket. Ummi n abg sibuk tgk gaya org di sekitaran. |
Noat untuk gambar : Mereka jantung hatiku |
Nota untuk gambar : Mengisi masa lapang sambil menunggu bunga api. Kata ayah, nk tunggu juga bunga api sebab nk cuba amik gambar... Hasilnyaaa????? |
Nota untuk gambar : Ribuan manusia.... Dan kilauan bunga api hasil usaha ayah menangkap gambar. |
Setelah penat duduk menunggu bunga api, maka kami sekeluarga berjalan kaki lagi. Pegi mana?? Pasti la balik bilik, untuk ZZzzzzzZZZzzzzzZZzzzzz....
Nota untuk gambar : Gud nite A' Famosa. |
Babai A' Famosa, selamat datang Port dickson....
Nota untuk gambar : Souvinier yang dapat dari cowboy town.. RM50.00 per person. Mahal kannnn? Dah la xder aper sangat punnnn. |
2 comments:
mahalnye noq..tmnh lg 100 inggit dpt masuk USS..sangat x brbaloi...huahaha
Apa nk buat, tak mampu nak cari rm100 lagi. Itu pun dah korek merata... U tak per la byk sponsor dik nun oiii..
Tak kisah arrr berapa, tak berbaloi langsung. Tempat dia tak well maintained la nel..
Post a Comment