Tuesday, December 29, 2009

Ianya telah lama berlalu Part 2

Hari ni baru aku rasa ader mood untuk sambung kisah yg aku nk coret kan kat sini supaya bila sampai satu masa, dimana mungkin waktu itu aku telah jadi seorg nenek maka aku blh baca dan senyum sendirian... Kenang kembali perjalanan hidup aku yg penuh warna warni.. Atau mungkin juga pada waktu itu blh aku kongsikan dengan sesaper yg berminatnk mendengar dah menjadikannya tauladan...

Kisah bersambung di ofis baru..

Bermula dari kes borak2 ni la maka selanjutnya aku mula mendapat sms yg kurang menyenangkan.. Sms berbaur sexual harassment tafsirku waktu itu... Itu juga tafsiran kawan2ku.. Lebih mengerikan semua sms adalah berkaitan dengan kegiatan harianku.. Ibaratnya apa jua kulakukan dia tahu, dia ikut.. Mengintaiku barangkali.. hehehe... Seronok la bila bercerita sekrg tp waktu itu semua berlaku, tak lena tido malamku.. Tak senang hari cutiku... Siang malam diganggu tak kira hari tak kira waktu... Kemuncaknya aku diugut untuk dirogol jika aku melaporkan perkara tersebut pada polis...

Setelah laporan polis dibuat....

Kenapa aku buat laporan polis? Kerana waktu itu aku sudah dapat agak siapa yang mengganggu hidupku selama ini. Walaupun beberapa kali dia menelepon aku menggunakan suara samaran namun aku dapat syak siapa dia. Kenapa???? Kerana setiap perbualanku diopis sentiasa diketahuinya... Secara DETAIL!!!! Pasti dia org dekat denganku kan... Lagipun aku tiada musuh. Dengannya juga aku tidak bermusuh tp rambut jer yg sama hitam tp hati lain2 kan??? Dia berdendam denganku... Mungkin kerana aku tidak melayan cintanya... Hahahahah.. Perasan sket...

Gila ke aper???? Nak layan suami org yg dah ader anak.. NK rosakkan rumah tangga org.. Tak berbaloi langsung... TAk bermoral!!!!! dia tak pikir ke? Dia buat gangguan sexual kat aku kalau satu hari nanti org buat gangguan yg sama kat mak dia ker? Bini dia ker??? Anak pompuan dia ker???? Lantak la dia kannn...

Setelah laporan dibuat maka aku jadi lebih berani berhadapan dengannya.. Aku jua akhirnya mengugut dia utk melaporkan kepada ketua jabatan dan merosakkan rekod perkhidmatannya yg kononnya cemerlang... Aku berjaya takutkan dia... Tp sebenarnya ini semua atas semangat kawan2 yg asik duk suruh aku berani hadapi org gila mcm ni.. Bila ku tanya kenapa dia mengganggu hidupku.. Katanya dia admirer denganku. Langsung tak masuk akal pikiranku.. Jijik rasanya melakukan perkara sebegitu, pshyco...

Semua berakhir dengan perkahwinanku...

Dalam semua kesengsaraan 6 bulan yang aku alami, ada juga perkara baik yg berlaku dalam hidupku... Dalam waktu ini la aku mengenali kekasih hatiku sekarang, suami tercinta... Dia la yg byk membantu... Setelah tiga bulan mengenalinya aku bertunang dan 2 bulan kemudian kami dijabkabulkan...

Setelah itu tiada lagi gangguan... Hingga kini, alhamdulillah.. tiada yg menganggu.

Apa yang aku dapat???

PENGAJARAN... Pengajaran paling besar dalam hidupku. Apa dia??? Berkawan harus pandai memilih.... Bukan semua blh jadi kawan kita. Berkawan juga ada garisan yg harus dilukis... Garisan pemisah.. Garisan penghubung... Garisan inilah yang akan menggambarkan setakat mana level kita... Setakat mana kita nk org hormatkan kita.. Perlu ke penghormatan dalam persahabatan???? Sebenarnya sifat hormat la yg merapatkan sesuatu perhubungan....

Tuesday, December 15, 2009

Ianya telah lama berlalu....

Ianya telah lama berlalu.. Namun sejak semalam ia seperti nyamuk yg sentiasa berbunyi ditelingaku... Pengalaman lama yg paling tak suka untuk diingati.. Namun byk yg aku pelajari darinya dalam mematangkan serta menjadikan aku insan yg lebih baik....

Ianya terjadi pada tahun 2007...

Pada permulaan aku mendiami ofisku ini... Pada ketika aku masih lagi seorang gadis yg belum dipunyai suami tercinta... Ketika bujang aku adalah seorang yg mudah didekati, peramah dan kelakuanku ini selalu disalaherti oleh ramai org. Sesiapa juga akan kusapa dengan senyuman walaupun aku tidak kenal org tersebut. Namun itulah permulaan perkenalan ku dengan sesiapa shj.. Sememangnya aku murah dengan senyuman, lagipun sudah kunyatakan aku kan peramah dan mudah didekati.. Sekali berbual denganku org akan terasa selesa dan akan terasa seperti sudah kenal lama denganku.. Aku tak kata tp ramai kawan baikku memberi komen sebegitu padaku...

Tp malangnya sifat itu adalah satu senjata untuk org salah ertikan maksudnya. Aku tak pernah rasa keramahanku akan menjadi seseorg marah padaku... Aku tak sangka keramahanku akan menyebabkan org jatuh hati denganku... Aku tak minta, aku juga tak goda, aku layan seme org sama.. Tp itu salah ku... Tak blh layan seme org sama. Jangan sesekali. Harus pandai pilih kawan. Harus pandai set kan limit dengan semua org... Itu seme aku belajar setelah aku mengalami 6 bulan yg paling mengerikan dalam hidupku... lagi ngeri bila aku tahu org yg menyebabkan ianya terjadi. Lagi ngeri org ini ada disekelilingku hari2... Lagi ngeri org ini adalah org yg tak mungkin dapat aku singkir selagi aku bekerja disini...

Inilah permulaannya...

Aku menghadiri perlawanan futsal antara jabatan yg dianjurkan oleh tempat kerjaku. Hadir sekadar memberi sokongan padu pada pasukan jabatanku dan juga kerana tanggungjawab. Aku adalah AJK Kelab Sukan... Disini aku mengenali ramai org dari jabatanku dan kebykn nya adalah player futsal la kan... So semasa rehat aku beramah mesra la dgn seme org, sekadar berbual kosong dan memberi semangat... Antara semua yg aku berbual ada la seorg manusia ini yg boleh aku anggap sebagai abg. Aku juga berbual dengannya, sama dengan seme org, berbual perkara yg sama menggunakan intonasi yg sama, senyum yg sama... Tiada yg berbeza.... Tp ia tetap dianggap berbeza dengan oleh manusia ini.

Selanjutnya cerita....

Dari hari tersebut aku masih terus berkawan dan kadangkala berbual menerusi laman chat yg disediakan diofis... Berbual dengan semua yg kukenal... Berbual perkara biasa, pasal kerja, kehidupan harian, pasal boss, pasal tempat kerja.. pasal perkara biasa yg dibualkan oleh seorang kawan kepada kawan lain. Namun begitu aku terasa kelainan pada manusia yg satu ni... Dia mula melahirkan rasa keselesaannya dengan ku.. Dia menyuarakan pendapatnya untuk menjadikan aku adik angkat.. Satu silapku, aku tak penah amik pusing dengan kata2nya, aku cuma senyum membalas persoalan darinya, tiada ya tiada tidak. Bukan apa, pikirku tiada apa yg serius sekadar gurauan sesama kawan.. Nyata aku silap besar disini. Tp dia juga silap. Lagi besar salahnya. Dia sudah ada isteri, sudah ada anak, buat apa nk angkat2 pompuan lain. Kalau aku ditempat isterinya nescaya aku akan jeles dgn tindakan sebegini. Jeles tahap dewa, tak wajar dan tak blh!!!!

Namun begitu, dia juga mula membelikan ku makanan walaupun berkali2 aku kata tidak dan jangan... Namun aku silap juga disini... Seharusnya aku lebih tegas dalam mengatakan tidak pada semua ini. Tp inilah sikapku juga, aku sangat susah nk katakan tidak pada kawan2. Aku lebih menjaga hati mereka daripada melihat kata2 tidak mengecewakan mereka. Tp sayang, manusia ini sama sekali bukan kawanku, jauh sekali sahabatku, dia adalah duri dalam dagingku...

Selanjutnya cerita bersambung diofis baru...

Ditakdirkan kami diarahkan berpindah keofis baru, dan ditakdirkan juga diofis baru aku ditempatkan satu unit dengan manusia ini. Disini la segala perkara mula tidak menyenangkan. Pada ku diofis, jika mahu berbual maka kami akan berbual beramai2 ditengah2 ofis.. Tp tidak baginya.. Padanya berbual harus la berdua dengannya shj.. Saper dia? NK berbual berdua ajer? Tak selesa la aku.. Nak msg thru chat? Buat aper? Dah satu opis, duduk jer la borak ramai2.. Kan lagi meriah tu...

Sat gi arr sbg.. Nk pi mkn....

Monday, December 14, 2009

Pasal Mood Lagi...

Hahahahaha.. Nampak macam suka sangat aku tulis pasal mood aku yg sesuka hati dia swing over than 360 deg. Aku sebenarnya tak suka nk tulis pasal mood aku senanyer... Dan hari ni aku mengupdate blog ini adalah kerana nk mengadakan@menambahkan mood aku untuk mula buat kertas soalan pekse jabatan untuk Penolong Jurutera.

aku bukan nk buat soalan lagi tapi nk go thru jer ape yg patut dibuat... Tapi tak der mood gak... So, aku decide cuba2 la update blog n lepas tu mana la tahu kalau2 mood aku dtg untuk buat kerja... So aku pun melayan la dengan membuka blog sambil berpikir aper yg ptt aku buat sbg permulaan untuk buat soalan tu...

Byk jugak senanyer keje aku.. Berbaloi la kut RM30/soalan yg akan dibayar kepada aku. Nampak macam aku kena study balik seme perkara-perkara berkaitan. Aku bukan lecturer yg seme ilmu ada lam kepala. Aku adalah engineer yang sentiasa merujuk kepada buku apabila ada sebarang masalah yg timbul. Kerja sebagai engineer ni senanyer lebih kepada practice. Rujuk buku apa theory then cuba aplikasi pakai kepala otak yg dikurniakan oleh ALLAH swt. More to creativity. Tak kreatif susah skt la nk jadi engineer. Seme benda pun kena bayang n kaitkan ngan theory.

Tp walau pun mcm tu engineer ni tak payah store byk sgt theory lam kepala, anytime blh refer buku. Kalau lecturer seme kena ada lam kepala, especially bila berdepan ngan student. Sorry la kalau aku salah pasal lecturer. Aper pun aku sentiasa hormatkan n respectkan lecturer @ cikgu kerana pada aku kerja mereka adalah yg paling mencabar lam dunia ni... Itu lah sebabnye juga kau tak pernah berhajat untuk jadi cikgu@lecturer.. Besar ooo tanggungjawab...

Kenapa aku kater aku kena study balik seme? Sebabnye kebanyakan soalan yang aku diarahkan buat adalah theory question which is i dont really prefer. As for me, they are all Technical Assistant, they are more to do it practically... Mesti susahnye nk kena baca n jawab soalan theory ni. Aku pun sama bila exam. Kalau ader soalan theory aku akan mengeluh lu baru try untuk paham aper yg soalan tu tanyer. Kalau ikut suka hati aku baik buat soalan practical byk, tp aku kena ikut peraturan yg telah ditetapkan... So, kena la aku baca blk seme benda utk improve@upgrade my theory nyer storage....

Back to the topic, i've to draft 12 question c/w answer.. Banyak tuuuu... Nyesal pun ada terima. Kenapa aku terima? Sebab aku terasa nk berkhidmat untuk JKR keran ALLAH swt. Aku kan asik terasa aku ni bekerja underpaid. So aku cuba la penuhkan masa aku ngan "kerja2 lain" ni yg aku pikir secara tak langsung dapat beri pekdah pada seme org... Aku harap tuhan permudahkan urusan aku buat soalan ni seme. Aku harap tuhan berkati rezeki yang aku dapat tiap2 bulan ni....

Dah la.. Aku terasa dah ader moood nk mula baca n understand aper yg aku kena buat. Insyaallah sekejap siap la soalan tu.. Pastu nk kena pikir jawapan lak.. Moga aku ikhlas kerana ALLAH swt dalam melakukan kerja2 ni dan juga dalam melakukan semua perkara.... ;)

Thursday, December 10, 2009

................................................................

Aku sebenarnya betul-betul tengah tak der mood nk buat kerja sedangkan kerja aku tengah sgt byk...

Pepagi tadi aku bersemangat bangun, masak bubur utk fatih, gosok baju, mandi n bersiap. Setel seme aku kejut fatih untuk menyusukan dia sebelum aku pegi keje, normal rutin aku tu.... Tengah seronok aku menyusukan fatih sambil bual2 kosong ngan dia, tetiba handphone husbandku berbunyi...

Tekaan aku tepat, husband maidku yg menelepon, nk mintak cuti untuk isteri dia.. tak larat bangun katanya... Ya, memang maid aku duk kencing berdarah since tuesday, tp dia tak pegi klinik sampai lemah dah aku tgk dia. Tp aku tensen gak, bukan nk tepon mlm td kater tak mau keje ari ni, tp pepagi sewaktu aku dah siap 100% nk pi keje..

Kesannya bergaduh kejap aku ngan husband... Bukan la gaduh besar tp berselisih sikit. But at the end dtg juga maid aku bekerja... Tp kesan dari keseluruhan peristiwa yg terjadi pagi ni, mood aku untuk bekerja terus terbang melayang entah ke mana... Tertekan aku...

Walaupun aku dah dapat quotation untuk percutian ke bandung aku, tp itu masih belum dapat mengembirakan aku... Kereta baru pun loannya dah lulus. Juga TIDAK SEDIKIT pun menggembirakan aku. Aku masih begini, nk senyum pun malas. Nk jumpa org pun malas. Bukan jumpa kalau blh terserempak pun tak nk... Apa aku nk buat ni.. Pressure betul aku ni.. Aku nk released tensen ni... Aku nk keje... Aku tak mahu buang masa mcm ni.... Pressure berganda aku ni... Pressure keje, pressure personal poblem lagi...

Betapa aku rasa pressure aku dah tahap maksimum adalah kerana ianya sampai menghilangkan mood aku untuk bercakap ngan husband aku.. Tak der langsung keinginan untuk berbual ngan dia... Nk citer pun malas, nk dgr citer pun malas...

Marahnya aku terhadap diri sendiri... Kenapa? Tak tahu... Biarlah... Aku sedang berfikir apa yang harus ku lakukan untuk terus bersemangat.. Cadangkan sesuatu agar aku blh hilangkan tekanan ini...

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...