Monday, June 11, 2012

:)

Hurmmmm... dah lamer sangat tak der entry.
Buka2, dashboard nya pun dah baru.
Ntah bila pun tak tahu.
Yg pasti menggagau juga mencari button utuk diklik bagi membuat entri baru.

Kalau ikut hati banyak yang nk dicerita.
Tapi boleh la dikategorikan sebagai busy memanjang.
Asik takder kat opis.
Kalau ader pun, asik tiada di meja.

Nk buat entry perlu semangat membara, perlu juga minda yang fresh.
Kalau tak, jadi la entry mcm ni.
Sekadar menaip apa yang terlintas di kepala.
Tapi kosong.
Takder isu, takder moral nk dikongsi.
Sekadar menghabiskan masa.
Masa yang sebenarnya tak pernah cukup.
Tapi tak juga tahu menghargai.

Banyak kerja yang perlu dilunaskan.
Banyak juga 'to do list' yang perlu dibuat.
Tapi tak juga memulakan sebarang tindakan.
Ada, tapi hanya niat di hati.
Niat yang terlekat.
Tak lepas-lepas.
Harapnya tak terpadam niat di situ sahaja.

Maka dengan itu, mari berhenti dengan kadar segera.
Berhenti menaip.
Berhenti melalut.
Berhenti membuang masa...

Okay, babai..

Nota kaki : MARI BUAT KERJA!!!!


Tuesday, April 17, 2012

Sesi luah perasaan bosan...

Hurmm.. dah lamer tak update blog.
Bukan tak der masa atau bizi sangat pun.
Idea pun banyak.
Yang takder cuma mood.
Dah puas google merata tempat.
Namun mood masih tak mari..
Macam mana??

Ikut angan2 nk jadi blogger berdedikasi.
Siap tanam azam nk update setiap hari.
tapi macam biasa, azam tinggal azam.
Blog mcm tu juga, semakin kusam...

Maka hari ini pun dari pagi duk paksa diri.
Tulis la something, at least ader entri.
Tapi, sampai ke petang masih begini.
Duk taip delete taip delete semua isi.

Apa lagi nk taip nih...
Eh, cerita pasal anak2 la lagi nampaknyer... Hihihi..

______________________________________________

Semalam fatih wrestling saya lagi.
Faris siap sengih tengok abgnya sambil memanjat ke atas saya.
Tak tahan dek kena buli oleh dua hero pengarang jantung.
Terus saya bersuara sekuat rasa :

"Abang, adik, sudah!!! Ummi merajuk."

Selesai berkata, saya palingkan muka saya.
Tetiba datang fatih :

"Ummi, ummi, jangan la ngajuk ngan abang. Abg sayang ummi tau. ummi sakit ker? Abang minta maaf ya ummi. Abang minta maaf ya"

Sesudah berkata sedemikian rupa terus dia cium saya.
Siap tarik leher saya pastu peluk kepala saya.

Adoiiii laaaaaaa anak2...
Korang la pengarang jantung.
Korang juga yang buat ummi sakit jantung.

Nota kaki entri ini : Macam mana pulak la bila faris boleh bercakap nanti ya? PR dua2 hero saya ni memang tip top. Even faris yang belum boleh bercakap tapi paham banyak perkara tu pun dah pandai amik hati saya... 

Wednesday, March 28, 2012

Bila Fatih dah TERLALU pandai becakap...

TERLALU? Naper saya tulis TERLALU... Here, i list some example :

Nota untuk gambar : Ini waktunya dia masih nak dengar cakap ummi. tapi sekarang "Ummi percaya la fatih cakap" kata dia..
Example 1 :

Tak tahan dek kesakitan dia me"wrestling" saya maka, terus saya cubit lengan dia, lalu :

Fatih : Naper ummi cubit fatih ni?
Ummi : Naper fatih buat ummi macam tu? Sakit tau!
Fatih : Naper ummi cubit, sakit la abg!

Hohoho!!!

Example 2 :

Dek kerana terlau marah melihat dia membuli adiknya, lalu saya pun mula la berleter :

Ummi : Abgggg, jangan la buat adik, kesian adik. Sakit adik tau. Blablablablaa....
Fatih : Ya la CIK UMMI..

Bolehhh??? Adoiiii laaaaa...

Example 3 :

Melihat dia tergaru-garu lengannya, maka saya pun memanggil dia dan melihat tangannya.

Ummi : Abg gatal ya? Allergik ni. Nanti kita sapu ubat.
fatih : Ya la ummi, abg gatal, SIANNNNN abg...

Walau kecik, namunnnn, bab berlebih2 memang terror..

Example 4 :

Baru-baru ni, saya main kejar2 dengan dia dan adiknya. Tiba2 lepas main dia terbatuk2 tak henti. nampak macam tak boleh bernafas dengan selesa. Saya dh kelam kabut. Semua pun dah kelam kabut. Dalam kelam kabut itu...

Ummi : Abg ok tak?
Fatih : OK
Ummi : Kita pegi klinik la
Fatih : Ya la ummi, kita pegi klinik jom

Adoiii, kalau tak sebab dia memang nampak tak larat, memang saya tak bawa dia ke klinik. Boleh pulak kan, dalam keadaan tak sihat tu dia bersetuju dengan cadangan ke klinik tuh.

__________________________________________________________________________

Itu la Ahmad Fatih. Mulutnya ya ALLAH, petah betul bab berbicara.... Tapi paling saya terharu adalah dia paling suka cakap terima kasih. Dalam segala hal. Asal kita membantu dia, terima kasih pasti tak lepas dari mulut dia... Even yang terbaru, ucapan terima kasih yang lengkap dia ucapkan kat saya ..

Fatih : Terima kasih ummi tolong buangkan sayur terlekat kat gigi fatih.

With that thanks, i think all my madness towards him will be fly away in the air...  What else do i hope from a 3yr kids like him. That will be very good for me. ALHAMDULILLAH... Syukur di atas segala rahmat kurniaan ALLAH SWT...

Nota kaki : Hurmmmm, kesinambungan dari kepetahan ini, kelihatan seperti pemerhati setia fatih juga bakal jadi aktif seperti abangya... Apa sahaja yag abg dia buat, kejap jer dia dah pandai buat. Sekarang dia dah pandai sabotaj abg dia tengok kartun. Diam2 dia pegi tutup tv and berdiri depan tv supaya tak der sesaper boleh buka balik... Saper mentor dia??? ABANGGG!!!!

Nota untuk gambar : Itu waktu giginya dua, cuma tau senyum. Sekarang, dah expert tunjuk perasaan dengan tangisan tipu bila orang kacau property dia.. Kelassss kan???

Friday, March 23, 2012

Jalan-jalan lagi...

Huwaaaaaa.. Dah lamer betul tak update blog. malas kasi alasan la.. Cuma nk update gambar2 pegi jalan2 lebih kurang 2 bulan yang lepas... Hehehehe...

Dah lama sangat. Tp kan, malas betul nk upload gambar dari kamera... So, since dah lama tak berentry disini, maka saya upload jer la gambar ni seme untuk kenang2 memori indah di masa akan datang... Esok tua2 bila saya tengok balik boleh la komen2 tentang diri sendiri bersama suami. Tak pun boleh la citer2 kat anak2 "Haaaa, ni dulu ummi ngan ayah, bawa korang pegi zoo tengok haiwan seme. Korang bila nk bawa ummi ngan ayah pegi AUSSIE tgk kangaroo.." Hehehehe, sesuai tak??

Ok la, lets scroll together...

Nota untuk gambar : Tujuan asal : Zirafah; Tapi lepas tgk gambar : Naper zirafah ni enterprem??? Bolehh???

Nota untuk gambar : Dua gambar cukup untuk meggambarkan ke"struggle"an untuk mengambil gambar family...
Nota untuk gambar : So, bolehkaH ini di"assume"kan sebagai "FAMILY PICTURE"
Nota untuk gambar : They're EVERYTHING

Nota untuk gambar : Kata pegi zoo, maka harus ada gambar penghuni tetap zoo.. Mereka comel tau and yang penting mereka ikhlas terima kunjungan kita.....
Nota untuk gambar : Promosi time!!! Mari lah kita, mari lah pegi, ZOO NEGARA...

Nota untuk gambar : Anak2 terhibur melihat ciptaan ALLAH SWT disini. Tetapi ummi ngan ayah kecewa, kenapakah banyak tempat haiwan dikosongkan serta kelihatan seperti tidak cukup penyenggaraan??? Daripada habiskan duit buat promosi melawat sana2 sini, baik salurkan sebahagian untuk kerja2 penyenggaraan. Bila tempat untuk dilawati menarik, maka yang datang akan lebih tertarik dan akan menarik lebih ramai lagi... Itu kan juga promosi???

Monday, March 05, 2012

Outing bersama 2 heroku...

Mengharungi hari minggu tanpa chentaku disisi adalah satu perkara yang paling berat tanggungannya padaku. Bukan anak2 yang membebankan. Tapi tanpa suami disisi buat hati terasa kosong, buat jiwa terasa sunyi.. Ecehcehceh... Geli benor bunyinya... (^-^)

Tak mau panjang cerita, ini kisah ku karangkan buat perkongsian keindahan outing dihari minggu.. Ini jua yang ku lakukan bersama 2 heroku cum bodyguard diriku (bila mereka besar nanti laa kannn.. kann.. kannnnnn). Tiada yang lebih mengembirakan dari meluangkan masa bersama mereka. Namun ku tahu akan lebih indah petang itu jika chentaku ada bersama (korang layan ya ayat jiwang ni semua. Maklum la suami tgh outstation....)

Outing bermula di taman botani...

Nota untuk gambar : Singgah taman botani, cari taman permainan tak jumpa, so main tangkap gambar atas rumput jap... hihihihi

Lalu langkah dituju ke taman putra perdana..

Nota untuk gambar : Eh eh.. Kat taman botani lagi??? "Ummi, kemon, i'm big enuf, not macho ok, kishhh at home in the room only"

Nota untuk gambar : Haaaaaa.. Baru arrr betul di taman putra perdana. "Ummi, pls dont kisshh, shy shy arrrrrr, i'M BOY okehhhh"

Eh, tetiba cam taman kawasan umah ni. Tak kisah laaaa... Layan ekkk....

Nota untuk gambar : MY 1ST HERO... "mmmchu, mmmchu buat aper ni? ye ker ni? aper ni mmmchu?"
Nota untuk gambar : MY 2ND HERO. "okey mmmchu, pliz take picture now, tired smile alledy"

Dah la, dah la... tujuan sebenar entri sekadar nk letak gambar anak2 serta ummi yang ditangkap serta diedit oleh adik bongsuku yang manjanya kalah my 2nd hero. Hehehehe... Cantik lak rasa gambar2 ni seme yang dia tengah edit utk buat story book... Ader yang berminat nk buat camni? Email saya ek...

Tapi yang ni lagiiiiii cantik. Eh, lagiiiii hemsemmmm...

Nota untuk gambar : CHENTAKU.. Mana sah kalau tak letak gambar ayahnya. Hehehehehe.. Kan dah kata tadi tengah jiwang, tolong la layan jerrr...

Nota kaki entri ini : Entri tak keruan kronologi ceritanya... Se tak keruan tukang tulis entri buat masa ini... Kihkihkihkih.. Ampun...

Wednesday, February 08, 2012

Saya sedang MARAH

Ok, saya betul sedang marah. SANGAT MARAH.

Kata suami saya. kalau orang tua, kita seharusnya, diam dan dengar sahaja bila mereka marah atau beleter.

Kata suami saya juga, "Orang tua ni kita harus hormat"

Tapi, macam mana kalau orang tua tu cakap ntah aper2 pastu hormat orang pun tak reti?????

Huhhhhh, saya marah. Saya sedang emosi.

Nota kaki entri ini : Abaikan entri emosional saya ini. Saya tulis sebab saya dah tak tahu macam mana nk redakan kemarahan sendiri.

Thursday, February 02, 2012

Hasil kerja-kerja mengepam...

Hihihi...

Bunyi macam aper ek bila first time baca tajuk tu? Ntah. Saya pun tak tahu. Tapi tajuk tu macam pelik. Nak letak tajuk lain macam malas nk pikir dah.

Tapi tujuan sebenar entry ini adalah berkaitan dengan pertanyaan seorang rakan baik baru-baru ini berkaitan saiz fridge yang igin dibeli bagi meyimpan susu.

So, ai tangkap gambar ni. Tapi tak clear. tapi nk letak gak kat blog ni...

Nota kaki gambar ini : Ni la peti aisnya. Saiz sederhana besar.
Pastu lepas tangkap, terpikir lak bila dia ada tanyer pasal supplement utk banyakkan susu. So, ai dengan ikhlasnya mencadangkan dia mkn secukupnya. I mean cukup zat ikut piramid makanan tu. Tak perlu tambah lain2 makanan pun. Bukan aper, tapi banyak juga yang dah ai cuba tapi hasilnya macam lebih kurang jer bila ai makan secukupnya...

Untuk memantapkan fakta ai kat atas maka ai pun snap satu kali gambar stok susu yangai ader... So, ini dia..


Nota untuk gambar ini : Lebih kurang 4 bulan stok. Alhamdulillah, rezeki Ahmad Faris
Rahsia untuk ini???

>> Jaga pemakanan. It helps alots on the quantity of milk produced.
>>Jaga schedule of pumping. Jaga means dua perkara :
          1. Mesti istiqomah mengepam and
          2. Mesti timely schedule everyday. Jangan malas2.

Untuk lebih detail, nanti la ai citer lagi. Tapi untuk beginner, i mean untuk ibu2 mithali yang baru nk mulakan menyusu bayi kesayangan kita, jangan malas2. Perlu kuat semangat. Berazam la dari sebelum anda melahirkan. Insyaallah, jika kita betul berniat menyusukan bayi kita, ALLAH akan permudahkan segalanya.
Berkaitan supplement dan sebagainya. Saya tidak menidakkan. Kita perlu berusaha. Tapi setiap perkara ada pro&con.

Nota kaki entri ini : Kata rakan baik saya "Sedih bila kita menyusukan anak dengan susu lembu."
Kata seorang rakan baik lagi "Kalau susu tak der macam mana?"

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...