Monday, September 26, 2011

AHMAD FARIS ASRI

Sebetulnya, saya tak pernah buat entri untuk ahmad faris ni kan... Hari-hari duk pikir, "kena buat nih, at least satu"... Bukan apa, takut nanti bila dia dh besar n tahu baca belog mak dia, dia kata mak dia tak sayang dia lak... Hehehehe, hurmmmm, bebudak sekarang ni tak leh nk predict pemikiran dia...

Ok la, lets start.. Tak kenal lagi kan ahmad faris saya yang hemsem tuh... Ok, mari mari mari, saya introduce...

Nota untuk gambar : Tengok kaki kecik dia sure la comel... Hehehe... Sajer bagi good impression dulu... But dont ever judge ahmad faris by his feet..
Ahmad faris ni sebenarnya adalah seorang anak dan adik yang  SANGAT baik.. Susah nk merengek walaupun sakit. Kekadang saya pun tak sedar dia tak sihat. Redha jer aper abg dia buat kat dia. Kalau dia menangis tu maksudnya dah sakit sangat la tu...

Ahmad faris ni seorang yang sentiasa mengalah dengan abg dia. Kecik2 pun dh nampak tau.. Dia kalau nampak abg dia nk manja ngan umminya, dia pandai cari keje sendiri untuk bagi abg dia manja2... Tapi jangan berlebey ok, kalau tak nanti dia tarik rambut abg dia...

Ahmad faris ni kalau tengok saya sibuk n dia merengek lapar susu, pastu saya kata tunggu jap, dia akan diam and buat keje lain sampai saya bagi susu... Betul2 memahami walaupun masih kecik.

Ahmad faris ni cepat dalam segala hal, 2 bulan lebih dah boleh meniarap, masuk 4 bulan dah boleh merangkak, and now dah masuk lapan bulan, dah sibuk memanjat sana sini and dah boleh berjalan sambil berpegang pada sofa, coffe table, dinding and apa2 yang ada disekeliling... And senyap2, dia dh boleh seme ni, tak pernah merengek tak pernah demam...

Namun begitu, walupun dia baik dan mengalah, dia lah anak yag aktif nya tak tekejar, lajunya tak tercapai, tapi senyap sorang dia jer... Sedar2 seme dia dh boleh buat... And dia sebenarnya, sangat la manja dengan caranya yang tersendiri...

So, proudly present, AHMAD FARIS ASRI...

Nota untuk gambar : Ini gambar yang paling seksi dia ada... Itu pun maksu yang amikkan..
Nota kaki entri ini : Faris, UMMI SAYANG FARIS SANGAT-SANGAT tau...

Tiap kali cerita pasal anak-anak, air mata saya pasti mengalir....

Wednesday, September 07, 2011

Nek ma


Nek ma with cucu cucu tersayang...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 06, 2011

Nota buat diriku

Assalamualaikum wbt,

Ingin ku tulis nota buat diri sendiri, agar suatu masa nanti dapat ku singkap masa-masa silam dalam fasa kehidupanku. Dalam setiap fasa, ibarat sebuah persinggahan di sebuah pelabuhan. Kadangkala indah, damai berlagu riang, kadangkala bising dengan hiruk pikuk kehidupan, kadangkala jua kosong tanpa sebarang pengertian…



Namun itulah sebuah perjalanan, turun naik suatu kehidupan. Tiada yang lebih hebat merancang selain yang MAHA ESA. Namun kita sebagai hambaNYA sentiasa harus bersyukur, sentiasa juga harus bersedia, sentiasa menerima dengan redha, kerana setiap yang berlaku telah ditentukan, dan sesungguhnya apa sahaja yang DIA kurniakan telah DIA ketahui bahawa kita mampu mengharunginya…



Cuma..

Cuma yang membezakan bagaimana kita mengatasi, bagaimana kita menguruskan setiap dugaan yang datang. Itu jua penilaian yang dibuat olehNYA. Itu juga pemarkahan yang dicatit oleh hulubalangNYA. Berjayakah kita di akhir perjalanan itu? Atau mungkin kegagalan yang kita pilih? Mengapa harus dipilih sebuah kedukaan di pengakhirannya?



Yang pasti, kita punya pilihan yang lebih baik. Pilihan yang kita sendiri telah maklum jalan serta liku-likunya. Itulah sebuah kehidupan, dimana kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Pilihan yang kadagkala, malah selalu, mengaburkan penglihatan mata hati kita.



Walau apa jua yang kita huraikan, pastinya penghuraian yang terbaik adalah dari yang MAHA ESA. Carilah kerana semuanya ada, tinggal usaha yang menentukan kejayaan sesebuah pencarian… Moga kita semua ditempatkan di dalam golongan yang diberkati dan dicucuri rahmatNYA.



Nota kaki entri ini : Nota ini kutulis agar suatu masa ia menjadi peringatan buat diri ini bahawa landasan yang disediakan telah jauh kutinggalkan.

Monday, September 05, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Nota untuk gambar : Raya terindah di hatiku...

Tiada kata yang ingin kuucapkan kecuali :

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang membaca dan mengenali. Seribu kemaafan kupohon andai ada kelakuan, perkataan serta gurauan yang berkesan dihati. Halalkan jua atas segala yang diberi atau termakan.

Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga...

Nota kaki entri hari raya ini : Banyak yang ingin kuceritakan... namun mcm biasa, masih dalam perancangan.. Ampun yaaaa, panjang betul perancangan saya.

Wednesday, July 20, 2011

Blurrr...

Dah lama sangat saya tak update apa2 entry diblog saya ni. Idea banyak. Merata saya duk rangka untuk buat post. Tapi setiap kali itu lah, saya rasa saya bermasalah untuk habiskan karangan saya tu. Ada yang bila saya baca nampak mcm tak tahu apa cerita, ada lagi intro citer lain, tengah citer lain, pastu dah nk tutup tak tau nak citer aper pulak..

Saya macam blurrr jer..

Pelik..

Tak reti nak buat ayat...

Soooo, bila seme ni ada, maka karangan tersebut akan jadi ntah2 apa2.. Kiranya kalau karangan budak sekolah tu, cukup la 300 patah perkataan tetapi, isi takder... Hahahahahaha... nampak sangat saya penin...

Memang pun. Saya memang penin. Tapi kaann.. Tak tahu pening aper.. Hahahahaha..

Nota kaki entri ini : Saya duk risau takut skill saya membuat laporan telah hilang sebab ada kawan yang kata, menulis blog ini adalah satu cara kita untuk improve our writing skill. Huhhhhhh...

Wednesday, July 06, 2011

@ Dynasty Hotel

Alamak.. Tersend la pulak. So assume entry td tu salah.

Saya berada di dynasty adalah kerana kerja. Bekerja ditempat baru menuntut lebih byk masa di luar berbanding di pejabat.

Kalau dulu mungkin seronok dapat kerja di luar, tp bila skrg dh selalu kena keluar byk juga implikasinya kpd kerja2 di pejabat. Byk yg terpaksa ditangguh... Byk juga yg tergendala.

So, moralnya. Bersyukur la dengan semua perkara yang ada disekeliling kita.. Insyaallah setiap apa yg telah ditetapkan adalah yang terbaik utk kita..

ALHAMDULILLAH.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@ Dynasty Hotel

Buat aper kat dynasty hotel??? Hurmmmm, sesajer buang masa kat sini. Hehehehe..

Xder la. Keje kat dyNasty skrg. Jd tea lady kat cni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...