Kahwin.
Bila kita tanyer lelaki "Best tak kawen?".
Mereka akan jawab "Menyesal tak kawen lebih awal"
Bila kita tanyer pompuan pulak "Best tak kawen?"
Mereka akan senyap seketika dan senyum.. ada juga yang berjaya jawab... Pelbagai jawapannya. Namun banyak erti dalam setiap jawapan tersebut.
Realistiknya
perkahwinan itu suatu tanggungjawab yang besar. Sangat besar....
-------------------------------------------------------------
How to make it a good start to a marriage?
|
Ehsan Gugel |
Hurmmm... Yang pertama harus sedar serta tahu yang perkahwinan bukan macam dalam fairy tale story, bukan juga mcam dalam novel. Jauh sekali macam dalam cerita novel yang difilemkan seperti OMBAK RINDU itu... Bukan juga seperti TENTANG DHIA yang sangat melodramatik itu...
|
Ehsan gugel |
|
Ehsan gugel |
Perkahwinan adalah sesuatu yang realistik. Yang apabila sahnya kita menjadi suami dan isteri, maka disitulah titiknya kita harus menerima pasangan kita. Buruknya, baiknya, he or she are made for us... Bunyinya mudah, namuk praktisya masing-masing punya perspektif sendiri...
Dan disini saya ingin berkongsi dari segi perspektif diri saya sendiri.... Perspektif memberi dan menerima... Perspektif seorang ISTERI.
-------------------------------------------------------------
Bila dah kawen, apa yang jadi?
Macam-macam yang jadi. Hanya yang dah lalui sahaja yang tahu...
Antaranya...
"Eh, dia ni baju kotor main letak merata jer"
"Laaaa, satu malam tak boleh tido dengar dia berkeruh"
"Hurmmmm, kuat betul jelesnya"
"Semua pun nk ikut cakap dia, ingat dia betul semua ker"
"Ishhh, tido buas betul, macam katil ni dia sorang jer tido"
"Rimas la, semua benda nk kena pada tempatnya, tahu la kita bila nak mengemas, menyebok jer"
Itu antaranya, banyak lagi. Semuanya kita akan nampak bila dah bersama. Dan kebiasaannya, kelemahan pasangan la yang akan jadi keluhan kita.
Cehhh, cakap laksana kita tak der kelemahan diri. Pernah tanyer tak apa yang dia tak suka pasal kita.
Eh, baru kawen, semua pun ok.. is it??? Allaaaaa, kan ker nk jaga hati. Kentut pun kita kepit kan, takut terkeluar.
-------------------------------------------------------------
Macam tu ker bila dah kawen? Macam tak syioookkk jer....
|
Ehsan gugel |
Eh, mana ader. Itu la keindahannya. Percayalah..
Tapi syaratnya, terima la seadanya. Beri la sebaiknya... Tanpa prejudis!!!
-------------------------------------------------------------
Terima seadanya??? Adoiiii la... Tensen betul!!!
|
ihsan gugel |
Ya. Harus
terima SEGALAnya.
Terima bahawa sesiapun punya kelemahan dan kekurangan. Tiada yang sempurna di dunia ini. Hemsem macam Brad Pitt kah dia? Buruk kah dia? Kurus cekeding macam cicak kubing kah dia? Gemuk gedempol macam tong drum kah dia? Putih melepak kah dia? Gelap gelita kah dia?
Semua itu bukan gambaran mereka sempurna. Kita pun tak sempurna. Layakkah kita mendambakan seorang yang sempurna untuk kita???
Cuma...
Jika mereka tak sempurna. Ketahuilah, bahawa mereka juga sedang belajar. Belajar menerima kita. Bantula mereka, kerana membantu mereka sebenarnya membantu diri kita.
Maka,
Mari la kita sama2 belajar menerima. Menerima seadanya pasangan kita. Jika betul kita tak sukakan apa2 tentang dirinya, berbincang la... Bergaduh la... Bertikam lidah la... Buat la apa cara yang kita selesa, namun jangan sesekali diam, kerana ia bukanlah pilihan. Ingat yang itu...
Untuk menerima, harus berterus terang, harus bercerita, harus berkongsi, harus mendekati. Jika disimpan, jika dipendam, jika disorok, maka itu menolak, jauh sekali belajar menerima...
Dan,
Dalam proses itu, kita harus bersabar. Bersabar melalui proses itu. Kerana semua pun melalui proses itu. Tiada yang terlepas. Tiada juga yang mendapat pelepasan....
-------------------------------------------------------------
Asik nk menerimanya jerrrr.... Kita pun ada ego kita. Ingat kita ni aperrrrr?
|
Ehsan gugel |
Laaaaa.. Kan dah kater, sama2 belajar... Jika "sama2" itu maksudnya adalah bersama-sama, together-gether kata omputih.. Kan dh suruh berbincang. Maka jika telah berbincang, sekarang harus pula memberi...
|
Ehsan gugel |
-------------------------------------------------------------
Memberi pulak??? Huhhhh, banyak sangat nk digest ni. Seme pun menyesakkan! Menensenkan! Membosankan!!! Malas arrrrr...
|
Ehsan gugel |
Malas??? Hurmmmm, itu larangan yang utama. Kalau malas kenapa decide nk kawen??? Tak per la, nanti cerita episod lain pulak ya.. Sekarang kita teruskan kepada memberi.
Memberi? Ini sama juga macam menerima... Alaaaaa, kalau macam bulan puasa tu, jiran kasi kita juadah berbuka, kita pun balas la kan.. dapat pahala wooooo...
Aper lak kaitan ngan puasa ni????
Samer jer jawab nya. Kalau dengan jiran tetangga pun kita digalakkan saling memberi dengan menerima. Apatah lagi dengan pasangan kita. Dan memberi kepada pasangan adalah satu keindahan tak terkata. Itu belum cerita pasal pahala (topik ni saya bukan orang yg layak becerita, sekadar menggunakan kosa kata itu bagi menggambarkan keindahan memberi kepada pasangan)...
-------------------------------------------------------------
Yer la.. Yer la... tapi nk bagi aper? hadiah ker??? Hurmmm, tak der duit arrr.. Lagi pun malas pikir nk beli aper. tak der mood!!!!
|
Ehsan gugel |
Huhhhh... Memberi dengan pasangan tak perlukan sebarang kos. Cuma perlukan sedikit usaha dengan keikhlasan. dan yang paling penting lakukan dengan hati yang terbuka...
Memberi la dengan ikhlas. Beri la aper sahaja yang mampu...
Dalam konteks ini, memberi itu besar maksudnya.
Memberi dalam segala hal.
Memberikan masa untuknya bermanja.
Memberikan tempat dihati kita.
Memberikan telinga untuk dengar luahannya.
Memberikan perhatian untuk dirinya.
Memberikan kekuatan kita bagi menampung kekurangannya. Dan juga sebaliknya.
Memberikan ruang untuk dia memperbaiki dirinya dan juga kita.
Memberikan ruang untuk dia mendekati kita lebih lagi.
Serta banyak lagi.. Jika ingin disenaraikan, maka tak abes laa entri ni nanti...
-------------------------------------------------------------
Tapi yang penting..
MEMBERIKAN DIRI KITA KEPADANYA. MENERIMA DIRINYA SEADANYA.
|
Ehsan gugel |
-------------------------------------------------------------
Yer la, yer la.. Akan diusahakan nanti... Akan belajar memberi dan menerima. Tapi ntah laaaa....
Ntah la???? Terima la hakikat.
Itu la permulaan hubungan suami isteri. Mengenali diri sendiri serta pasangan dengan lebih dalam lagi. Membongkari keburukan serta kelebihan diri sendiri juga pasangan. Mendalami hati serta perasaan diri sendiri juga pasangan.Sama2 bertatih menuju ke alam baru yang bakal dicorakkan oleh kita, pasangan suami dan isteri.
Maka, kini kita harus sedar apa jua yang kita lakukan kesannya kepada pasangan jua. Jika kita terluka, maka dia juga berdarah. Jika kita berduka maka dia juga menangis. Jika kita gembira dia juga ketawa. Jika kita merajuk, dia juga menjeruk...
Jadi bersyukur la, kerana kini kita ada kawan berkongsi duka gembira, ada doktor di kala terluka serta ada sang pujangga memujuk di kala merajuk... Bersyukur jua, kerana kini ALLAH telah berikan seseorang menjaga kita siang dan malam, mengambil berat perihal diri kita di setiap saat, berkongsi segala cerita tanpa kira ketika...
|
Ehsan gugel |
-------------------------------------------------------------
Sudah panjang penjelasan saya. Sudah banyak juga yang saya tuliskan. Dan kini yang tinggal cuma diri sendiri untuk menilai.
Menilai yang terbaik untuk kamu dan pasangan kamu. Berhenti mencari kesalahan dan keburukan orang lain. Mulakan dengan
menerima seadanya serta berikan yang terbaik dalam perhubungan suci ini. Jangan sesekali melepaskan tangan pasangan kamu, jangan pernah kenal erti putus asa, jangan sesekali menoleh lagi, jangan pula sering mengeluh. Lakukan la apa sahaja bersama. Nikmatilah kurniaan yang telah ALLAH berikan ini.
Percayalah, semua orang melalui apa sahaja yang kamu lalui. Semua orang jua mengalami turun naik sebuah perkahwinan. Dan yang pasti itulah keindahannya hubungan ini. Itu lah kenikmatan ikatan ini. Itu lah jua kebahagiaan yang hakiki.
Nota kaki entri ini : Saya bukan seorang yang layak menasihati, cuma saya cuba berkongsi. Tiada ada kaitan dengan sesiapa, sepenuhnya lahir dari rasa hati....
*Pasangan dalam karangan berjela saya ini adalah merujuk kepada SUAMI...